Pages

0

Hari2 terakhir ramadhan

salam..
Aku sedang menuju ke detik-detik akhir ramadhan..
bermakna aku akan pulang ke pangkuan keluarga tak lama lagi untuk menemukan Syawal bersama2 mereka..
ramadhan aku tahun ini penuh dengan ujian. sungguh.
ujian di tempat orang. ujian kerja baru. ujian teringatkan masa silam. ujian jauh dari keluarga. ujian iman. Hingga aku merasakan Allah menguji aku dari segenap sudut tanpa ada yang tertinggal pon.. dan kala itu terdengar bisikan sang ibu di corong telefon;
'Allah uji along bulan2 puasa ni sebab Dia nak bagi along pahala sabar..'
dan aku bersabar. moga Allah gantikan aku dengan ketenangan setelah jenuh bersabar. aku cuma manusia biasa. bilamana kesabaranku terus menerus diuji, kadangkala over-reacted jugak.. kerana manusia mana pon punya tahap kesabaran. kan?
aku sudah bersabar terlaaaalu lama. dan bila aku dikurniakan rezeki yang murah di rantau orang, aku diuji lagi dengan situasi & prospek kerja yang menuntut sepenuh tenaga fizikal hingga perlu bekerja 7 hari seminggu & pulang dari ofis seawal jam 8 malam.. ada kala hingga 11.30 sampai rumah.
keadaan yang sungguh merisaukan keluarga di rumah. moga mereka terus bersabar. lagi dan lagi aku diuji..seterusnya dan seterusnya ujian datang.... dan aku tempuh.
insyaallah pastinya hidup aku kini semakin tenang dan bahagia. aku merindukan masa lalu, yang takkan mungkin aku kecapi hari ini. tapi tak mengapa, aku sedia mengorak langkah untuk melakar hari esok menjadi lebih bermakna..bukan sekadar untuk diri aku sendiri, tetapi juga kepada manusia lain..!
kerana aku percaya dengan ayat2 ini; sebaik2 manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain..
doakan moga aku menjadi manusia terbaik. aku mahu mempergunakan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara dalam hidup aku.
bak kata Rhoma Irama; "masa muda masa berapi-api"
moga aku dikurniakan kekuatan.. till then salam ramadhan.
dengan penuh rasa rendah diri aku memohon sejuta maaf andai ada khilaf antara kita.. salam
Back to Top