Assalamualaikum!
OH LA LA... blogspot berwajah baru..!
Ihfazillah YahFazka.
ya..ini hadis nabi. maksudnya; "Pelihara Allah (dengan sungguh2), nescaya Allah akan memelihara kamu.."
hadis ini panjang. tapi kata ustazah, hafal sekadar mampu... ajarkan pada anak2 juga. moga mereka sentiasa tahu untuk mentauhidkan Allah..
sebelum apa-apa, aku kongsi dulu kalam Allah dalam surah al-Baqarah; ayat 164,
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langi lalu Allah hidupkan dengan tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung diantara langit dan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran..
Subhanallah. terpegun bukan dengan ayat ni.?
mimpi apa aku update blog ni? ohh, aku dah banyak masa terluang skarang.. Allah bagi aku cuti panjang lepas sekian lama hempas pulas dengan hal dunia. dan saat ini aku sedang nikmati saat paling indah dalam hidup; setiap subuh celik mata, muka petama yang dilihat ialah mak ayah... bahagianya kalau selamanya begini ya Allah.. :)
apa mimpi aku balik kampung? ya, disini aku mahu
clarify pada semua yang tanpa jemu bertanya;
"laa awat brenti keja? laa awat balik kampung? laa awat tak tunggu sampai contrak habis bulan tujuh? laa sayangnyaa..kat kampung mana ada gheja...nak kenduri dah kaa??"
Laaaaaa.... lala lala
entah macam mana mahu
explain. tapi aku punya sebab kenapa; resign, balik kampung, dan pergi BERSIH..hehe
1. resign dari cimb
sebenarnya dah lama nak resign pon. dan aku cuma contract staff, paling akhir pulak tuu. (contractor lain sume dah blah). slama ni asik tercari-cari alasan paling concrete untuk tulis surat resign, tak sampai hati pon ada..hingga satu malam lepas jumpa sahabat sejati kononnya, lepas bincang & bincang, aku tegar letak jawatan dengan alasan paaaling kukuh; untuk jaga HATI..bukan hati bos, bukan hati colleague, tapi hati AKU..
awat? hati aku luka berdarah ka keja dengan cimb tu? susah nak cakap. ini hal antara aku dan Dato Nazir. haha. yang pastinya, dari biarkan hati aku jadi kufur, tidak bersyukur, rosak, jalan terbaik cuma QUIT.
ok setel kot bab resign.
2. o o o balik kamphongg...!
kenapa balik kampung? stay la dulu cari keja kat kl, keja apa ada kat kampung tu??
ish.. teruk benorr bunyi nya. tak yakin dengan kuasa Allah kaa? rezeki nii UMNO bagi ka Allah bagi nii??
ok, sebab pertama aku balik, tentunya nak berbakti untuk mak ayah aku pulak la, seblum depa mati. dengan niat sesuci ni, aku harap moga Allah dengar doa aku, maka bagi aku kerja yang baik.. ketahuilah bahwa sebaik-baik profession itu ialah memberi bakti pada ibu dan ayah.
cukup kot dua tahun di KL..macam2 manusia aku jumpa. tapi saat ini rasanya mak dan ayah lebih perlukan aku di rumah.. (tapi nampak gaya macam ayah aku dah start bosan tengok aku cuti lama sangat.huhu)
sebab kedua; aku ada ter
syok kat sorang 'budak lelaki' ni..dia kat utara pulak.
shit. dia bukan suka aku pon (rasanya laa) tapi peduli apa kan? wakaka.. dah, part tu takyah cita banyak.
3. BERSIH 3.0
keja pon tadakkk, kalut nak p BERSIH buat apa??
takut benorr bunyinya? ketahuilah semua, bahawa nadira kini sedang melangkah ke alam dewasa. bukan anak remaja yang satu tika dulu hidup tanpa tujuan..kabur akan matlamat hidup. dia sekadar mahu jadi wanita dewasa, yang sentiasa tahu apa tujuan dia diciptakan...
fuhh
boleh jadi sebahagian kita ANTI dengan BERSIH, kononnya anak melayu ikut Ambiga, mlayu sama mlayu pon nak gadoh..??
maka ketahuilah saudaraku, sepedih2 hati melihat negara huru hara, maka perit lagi hati ini melihat ISLAM dan Ulama dihina...
tiba masanya kita menolak pemimpin yang tolak Islam.. Islam yg pertama, Melayu datang kemudian!
biar aku kelihatan bodoh di mata kalian, asal tidak bodoh dimata Tuhan.
deea tau apa yang di buat, insyaallah. demi Islam, jangankan water cannon, semboq api pon kami turun!
fuaaaa....
ok, cukup sekadar itu. mohon maaf atas salah dan silap. bai.