Pages

0

Hari2 terakhir ramadhan

salam..
Aku sedang menuju ke detik-detik akhir ramadhan..
bermakna aku akan pulang ke pangkuan keluarga tak lama lagi untuk menemukan Syawal bersama2 mereka..
ramadhan aku tahun ini penuh dengan ujian. sungguh.
ujian di tempat orang. ujian kerja baru. ujian teringatkan masa silam. ujian jauh dari keluarga. ujian iman. Hingga aku merasakan Allah menguji aku dari segenap sudut tanpa ada yang tertinggal pon.. dan kala itu terdengar bisikan sang ibu di corong telefon;
'Allah uji along bulan2 puasa ni sebab Dia nak bagi along pahala sabar..'
dan aku bersabar. moga Allah gantikan aku dengan ketenangan setelah jenuh bersabar. aku cuma manusia biasa. bilamana kesabaranku terus menerus diuji, kadangkala over-reacted jugak.. kerana manusia mana pon punya tahap kesabaran. kan?
aku sudah bersabar terlaaaalu lama. dan bila aku dikurniakan rezeki yang murah di rantau orang, aku diuji lagi dengan situasi & prospek kerja yang menuntut sepenuh tenaga fizikal hingga perlu bekerja 7 hari seminggu & pulang dari ofis seawal jam 8 malam.. ada kala hingga 11.30 sampai rumah.
keadaan yang sungguh merisaukan keluarga di rumah. moga mereka terus bersabar. lagi dan lagi aku diuji..seterusnya dan seterusnya ujian datang.... dan aku tempuh.
insyaallah pastinya hidup aku kini semakin tenang dan bahagia. aku merindukan masa lalu, yang takkan mungkin aku kecapi hari ini. tapi tak mengapa, aku sedia mengorak langkah untuk melakar hari esok menjadi lebih bermakna..bukan sekadar untuk diri aku sendiri, tetapi juga kepada manusia lain..!
kerana aku percaya dengan ayat2 ini; sebaik2 manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain..
doakan moga aku menjadi manusia terbaik. aku mahu mempergunakan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara dalam hidup aku.
bak kata Rhoma Irama; "masa muda masa berapi-api"
moga aku dikurniakan kekuatan.. till then salam ramadhan.
dengan penuh rasa rendah diri aku memohon sejuta maaf andai ada khilaf antara kita.. salam
2

dan telah ku ketemu jawapannya...

salam..

disaat aku berteriak bertanyakan kenapa aku diuji ya Allah???

lantas DIA menjawab:

'apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta..." (Al-Ankabut:2-3)

disaat aku bertanya kenapa aku tidak mendapat apa yg aku idam2kan..

lantas Allah menyahut;

'boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu...Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..' (Al-Baqarah;216)

dan apabila aku bertanya kenapa ujian seberat ini ya Allah????

lantas Allah menjawab;

' janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati..padahal kamulah org2 yg yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman..' (Al-Imran;139)

Jadi bagaimana harus aku menghadapinya ya Allah..??

maka Allah berikan petujuk;

'dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jln sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yang kusyuk.. (al-Baqarah;45)

aku bertanya lagi, apa yg aku dapat dari semua ini ya Allah..??

lantas Allah menjawab;

'sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (at-Taubah;111)

kepada siapa harus aku berharap ya Allah?

'cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain dari Nya. hanya kepadaNya aku bertawakal..' (at-Taubah;129)

AKU TAK DAPAT TAHAN YA ALLAHHH...!!!!!!

Maka Allah menyahut;

dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesunguhnya tiada yg berputus asa dari rahmat Allah melainkan mereka yg kafir...


syukur.
0

at d end of the day...

salam.

aku dah kurang masa untuk online skarang. apatah lagi nak update blog. walau aku suka bermonolog...

aku mahu merasai nikmat ramadhan...aku mahu perbetul diri. aku mahu segera habiskan buku2 pemberian sahabat2 yang mahu lihat aku tenang..

aku tak layak untuk ke indon. belum layak. jadi aktiviti hidup aku skarang cuma berkisar tentang kerja dan pulang ke rumah dan bangun untuk kerja dan balik rumah berhat, supaya besok pagi dapat bangun semula untuk bekerja.

bosan.

aku rindu hidup yang dulu. aku rindu dia yang dulu. ya, survival is a dying art.... dan aku masih survive hingga kini.. but how long it going to be, aku kurang pasti.

all i need is a right guy in a right time... and that ONE-FINE-DAY will eventually come...

yang pasti aku tak pernah putus berdoa.

Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku. sesungguhnya aku sangat lemah ya Allah dalam menghadapi ujian Mu ini..

haihhhh.. penat aku nak fikir.

till then, have a very fruitful weekend.
3

Entry ini entry istimewa..

salam...

istimewa untuk sahabat dari bintang... yang aku kenal sejak 6 tahun. yang aku kagum hingga kini. yang aku sayang & hormat sampai bila-bila.

ayat ini takkan penah aku lupa sampai kapan pon.

"Sahabat dari syurga, trima kasih untuk segala"

-oni, 7-8-2010-

"sahabat dari bintang.. aku kuat kerana cahayamu..!"

-deea-


(maaf, entry ini tiada gambar)

0

Sang Pemimpi

salam.

"Aku ingin mendaki puncak tentangan, menerjang batu granit kesulitan, menggoda mara bahaya, dan memecahkan misteri demi misteri. Aku ingin menghirup pengalaman-pengalaman lalu terjun bebas menyelami liku-liku hidup yang hujungnya tak dapat disangka. aku mendamba kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bereaksi satu sama lain seperti entukan molekul uranium; meletup tak terduga-duga, menyerap, mengikat, mengganda, berkembang terurai dan terpancar kearah yang mengejutkan. aku ingin ke tempat-tempat yang jauh, menjumpai beragam bahasa dan orang-orang asing. aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. aku ingin mengharungi padang dan gurun-gurun...ingin melepuh terbakar maahari, limbung dihentam angin dan menciut dihentam dingin. aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh dengan penakhlukan...."

(Hirata, Edensor 2007)


dan division kerja aku di CIMB telah menawarkan kekosongan jawatan di INDONESIA selama 2 TAHUN...!!!

challenge it deea..!! challenge it..!!
challenge yourself.
givvit a try sayang!
*word that i called myself recently

***********************

People always said, 'you are what you read..'

aku dah mula ketagih untukk baca novel2 penggugah semangat indonesia. aku dah bermimpi2 untuk kerja di indonesia. dan ketemu cintaku - Andrea Hirata.

ini novel baru. best seller. since aku bakal menamatkan tetralogi terakhir Laskar Pelangi tak lama lagi - Maryamah Karpov, aku dah target buku ni sebagai bacaan seterusnya. (damn novel tetinggal kat ofis n aku tak masuk ofis minggu ni). then tepaksa hold sampai minggu depan untuk finishing!

t a d a a a . . .
baca sinopsis dari mamat ensem ni
dah 2 kali aku survey kat popular..
rm.25++

sumpah tak cukup bajet
tolonggg laa beli untuk aku.
peliz.peliz.peliz

another best seller book

ada ustazah suggest suruh baca
then masa passed by seblah kedai buku, aku nampak dia photostat cover buku ni
and gantung2 kat pintu..
so aku assume ni pon buku best seller la

baca sinopsis di sini
macam best kan??
cangak apa lagi? p beli skarang n bagi aku pinjam!
gaji lepas raya baru lepas ni sambaq buku ni
haishh.

dana. dana
all i need is dana.

till then, see ya!



6

Tenanglah Wahai Hati

Salam..

Its good to be back again..
Ini bukan entry sedih. Bukan tulisan-tulisan untuk meraih perhatian. jauh skali rasa simpati.
Eh ni blog aku..aku punya suka laa nak tulis apa!

aku cuma rasa nak tulis blog malam ni. letih2 balik keja pukul 10 pon nakk jugak tulis. sebab aku ada terlalu banyak menda nak crita..so many things to share, so many things to story... but since i have no one to sit and listen, aku share jelah kat blog ni.

aku tengah dalam proses recovery putus cinta. mak aku cakap, sekejap aja. nanti hilang laaaa. aku cuba macam2 nak buat sakit tu hilang.aku baca quran. aku spend time banyak2 dengan family aku. aku layan novel. aku merayau2. aku cari ex ex ex boyfriend aku balik.haha. aku layan lagu sedih2.

gila desperate kot???

tapi sapa yang tak sedih putus cinta? all this while aku cool je layan lagu sedih walopon aku memang sedih gila.. tapi bila 1 lagu krispatih ni masuk tlinga aku..trus rasa lemah lutut. mesti la aku tak tahan nak nangis dengar lirik macam ni;

bila rasa ku ini rasamu
sanggupkah engkau menahan segala sakitnya

terkhianati cinta yang kau jaga?????


SUMPAH AKU JAGA!!!

Tapi kenapa Allah putuskan jugak? aku tak penah buat jahat kat orang. kenapa orang jahat ngan aku? kenapa Allah temukan aku dengan seorang yang buat aku rasa 'he's the one' tapi Allah akhiri dengan perpisahan mcm ni? aku setia, aku tak penah flirt, aku ikhlas, aku tak bekira..tapi kenapa Allah uji aku dengan menda yang tak ter-tanggung2 ni??

itu antara soalan2 bodo yang aku slalu tanya masa awal2 dulu.. perit aku nak telan ending yang mcm ni. bodoh.

tapi bila mak aku mai and peluk aku saat aku tengah sakit hadapi menda ni kat hujung katil, cium kepala aku sambil bisik

"ada orang yang boleh jaga along lebih baik dpd dia... "


aku cuba untuk redha.

there must be!! MUST BE someone yang akan jaga aku. ayah yang baik untuk anak2 aku..even it seem so far rite now, tapi aku pecaya dengan doa mak aku.

saat aku rasa Allah tak berlaku adil dengan aku, rupanya Allah nak bagi aku rezeki yang tak putus2.. Allah amik sesuatu yang aku ertikan sebagai cinta nafsu penuh retorik, Dia gantikan dengan keindahan rezeki atas hasil usaha sendiri. betapa aku merasa nikmat bila dapat memberi.

saat ini aku cuba untuk memaafkan semua orang. cuma ini dapt buat jiwa aku tenang.

tenanglah wahai hati. nescaya akan ada seseorang sedang menunggu mu nanti.

till then, salam

3

Yang patah cuma hati..bukan semangat!

salam.

akhirnya. ada jugak ruang untuk aku update blog. aku mengaku selama world cup yang baru sangat habis ni, karangan-karangan dalam blog aku slalu diganggu oleh perlawanan-perlawanan repeat yang membuatkan aku tegar berada depan tv..mesti la distracting bila nak mencurah perasaan kalau ada match bola..

sejarah aku dan bola.

sejak aku umur 7 tahun, aku slalu heran kenapa ayah aku boleh tiba-tiba tido depan tv dalam jangka waktu tertentu. tapi tak pulak aku soal kenapa ayah aku tido kat ruang tamu sambil buka tv pukul 2 3 pagi. bila aku dah masuk skolah asrama kat langkawi, aku mula follow up WC 2002 kat jepun tu. match yang aku tak boleh and takkan penah lupa ialah perlawanan antara Portugal & South Korea la..kat situ lah aku kenal siapa itu Ahn Jung Hwan....dan korea menang penalti selepas seri 0 0..momen yang indah bila TV yang disediakan asrama untuk student lelaki n perempuan betukar kepada penyokong south korea n portugal.... ;)

saat itu, aku mula kenal nama2 player seperti nakata, raul...dan hidup aku mula begelumang dengan bola selepas aku ketagih untuk membaca majalah Wisel n majalah bola yg lain. even skarang pon majalah2 ni masih survive dlm bookshleve umah aku kat kg..!
masa final WC jerman, aku form six...aku slalu teman ayah aku tgok bola kat kedai tomyam tepi jambatan kat area umah kami.. dan apabila bapak aku me-recall-kan balik memori anak branak kami menonton perlawanan bola besama pada WC kali ini...aku realize yang masa begitu-sangat2 pantas berlalu....

"along..yang world cup hari tu kita mai tengok kat kedai ni jugak kan?? masa tu hang form brapa? form six kan..?? he he... "

dan final masa italy vs france 4 taun lepas, kami tengok sama2 dengan mak aku. cuma kami ber-3.....

arghhh...rupanya dah 4 tahun berlalu!

skarang.

hidup aku dah banyak berubah. aku dah habis blajar. masa aku dah jarang spend kat umah dengan famly sebab aku stay kat kl..cuba untuk melakar masa depan yang tentunya masih belum tentu arah & tuju nya.. belajar hidup susah dan keluar dari safety zone aku di kg.. dan yang pastinya sejarah cinta picisan yang penuh retorik yang aku bina selama 3 tahun 2 bulan akhirnya hancur dengan begitu tragis skali. mengajar aku merasai sakitnya putus cinta pada usia 23 tahun - di saat jiwa & semangat berkobar-kobar untuk mencari masa depan - dan tentunya sangat2 perlukan sokongan walau dari siapa pon!!!

arghh...aku tersungkur disaat punya keinginan paling tinggi untuk berlari laju. aku belajar untuk bangun walaupon payah. tapi aku redha. aku redha akan semua nya yang ALLAH tentukan untuk aku. and it's time for me to appreciate people yang all this while adalah penyokong setia aku sampai bila2 pon - mak dan ayah aku.

"biaqlah orang nak buat kat kita..asalkan kita tak buat kat orang"
argh. manusia yang dengki & perut busuk takkan kemana pon hidupnya!

saat ini.

aku dengan susah payah sedang menghabiskan pembacaan tetralogi Laskar Pelangi. damn! kalau aku baca karya superb andrea hirata ini 10 tahun lalu, tak mungkin aku disini. boleh jadi aku sedang menyusuri jalan2 di kota paris.. atau menikmati keindahan lembah edensor bersama team laskar pelangi! ya!! novel yang berjaya melonjakkan smangat aku untuk berjuang habis-habisan mencapai mimpi dan cita-cita! dan yang paling penting tentu saja menghentak kepala aku untuk bersyukur! ada manusia di luar sana yang jauh lebih teruk nasib dan keadaan nya...tapi berani mempunyai cita-cita!

jadi apalah sangat dugaan keceper putus cinta aku ni?????

besok dan hari-hari seterusnya.

aku dah diterima bekerja. alhamdulillah. mulai besok, takkan ada lagi hari senang lenang untuk aku. yang ada cuma hari susah payah - sebab hari2 aku perlu bersusah payah panjat bas awal2 pagi dan boleh jadi balik umah malam2 hanya untuk merealisasikan cita2 aku - kerja kat bank!

moga Allah permudahkan segala urusan aku. memohon kerja, hadir interview buat kali pertama & LULUS adalah perkara paling indah dalam hidup aku. sekurang2nya aku tak perlu hadir untuk 6-7-8 intv untuk dapatkan kerja!

aku perlu bersedia. mental n fizikal. takkan bersedih lagi. yeahhh! mari berhabis-habisan berjuang untuk masa depan!
till then, salam!
0

salvato Palestina




assalamualaikum.
seperti yang dijanjikan.. i wa there with the rest of the protestant all around the world...
Akhirnya..niat suci untuk berdemostrasi bersama ribuan manusia di tepi jalan tercapai... alhamdulillah.
bertempat di bangunan kompleks tabung haji, tanggal 4 jun 2010, BUKAN 1-1-2006...WE MADE IT...!
harap dapat berdemo lagi lepas ni. insyaallah!

anwar was there too!



some of the international reporters

damn punya fru


worst come to worst...!
banyak kenderaan mmbunyikan HONNNNN sebagai tanda sokongan!


ok. one of the protestant yang sangat sedap mata memandang
:P
thats it??
visit my facebook to see more!
0

i'm still here..

salam...

hang on sebentar tentang gambar-gambar hutan menarik di frim.
hari ini aku dengan semangat bekobar-kobar akan menyertai demo anti israel di masjid jamek kg baru.

tunggu gambar!
0

Tag from SHA....by me...hehehe

ok, aku tengah bosan. nak buat entry pasal hari jadi, macam buhsan...tp boleh lihat saja gambar-gambar seksi aku bersama rakan karib siti munirah di pagi hari jadi. oh ya, trima kasih zulaihi atas hadiah quran tafsir..walaupon tiada kek hari jadi, walaupon sepotong, i tetap shayang yu!

n thank you so much untuk semua kawan2 kat facebook yang drop by untuk wish birthday aku..cayalahh!!!

jom buat tag. nak buat entry pasal FRIM tapi camera belom ready, so xde gambar best lagi..n yes, aku jawab tag ini ini di opis frim..uhuhu :)

1.adakah anda rasa anda hot?
Hell yeah! aku sangat hot sampai nak cair dah ni...nyesal aku balik mlasia..

2.update wallpaper pc/laptop anda guna sekarang?


3.cerita pasal gambar ini?

ni wall paper kat pc opis la....ngahaha

4.kali terakhir makan pizza?

kemarin dulu..makan dengan anak cucu pak cik sarif kat puchong :)

5.lagu terakhir anda dengar

syahir laa..!

6.apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

baru kuar bilik bos..eh, bos aku ada meeting rupanya..boleh laa aku balik skarang!!!

x jadi buat tag...
zaaaassssss!!
Back to Top