what a long long week i went through. and finally here i am, menghitung detik-detik sayu untuk tinggalkan bumi sarawak. sumpah aku emo.
ok2..mari kita berblogging. memang minggu ni sangat panjang. tapi sangat singkat jugak aku rasa. YEAAH ENTRY INI JUGA SANGAT PANJANG. sila bersandar untuk mengelakkan sakit blakang... huhuu..
kerana ini entry terakhir aku di kuching...kott..
29hb lepas officially aku habis final exam. alhamdulillah. semoga semuanya seperti yang diharapkan..doakan aku berjaya dapat scroll ye kawan2..ehehe
previously . . . . . .
30th april 2010
ada slot makan-makan bersama supervisor. at first lecturer yang aku kenal since semester dua ni asik ulang ayat2 puaka berbunyi 'i help u a lot u know..without me i donno what happened to your PTA..u should belanja me la...i want seafood..i want lobster...!'
adeh..!
memang SV aku banyak tolong kami. memang jugak aku terhutang data n buku n ilmu dengan dia. memang aku nak belanja dia kalau aku banyak duit. ahaha.. so kami decide tarikh yang semua orang free untuk ajak dia kuar makan. bepeluh jugak la nak sediakan bajet lobster dia tu.. then last week ialah birthday beliau juga, so kami share2 duit beli dia kek.
supervisor aku sangat laa hepi menerima perkhabaran ini. siap nak bawak wife n sons n jiran2 tetangga lagi sebab makan free. di kala itu kami hanya mampu mengelap peluh dengin yang mula menitik2 di dahi...phew!
we are the first team arrived. semangat woo nak belanja sv.
kami telah berpakat untuk makan saja apa yang dia order.sobsob
sesi makan2 sangat cepat. aku tak sempat snap gambar lauk pon.
HO. my sv telah meng-order ketam & udang & lobster & sup sesuka hati beliau
dan makan dengan begitu berselera..ciss!
ahahh...ni la sv aku. dr. puah chin hong
padahal semasa sesi makan2 tadi dia tak sedar pon telah berlaku pergerakan duit-duit kertas di bawah meja..
macam orang exchange ganja!
HO lagi...!
of kos laaa supervisor aku yang belanja!!
haha. what a gimmick!
tq arr sir for belanja me!!
hell yeah..i'm shoo glad to be d odd ;)
1st may 2010
eh eh..dah 1st may rupanya...inilah hari yang aku tunggu-tunggu. finally. ok hari ini genap 3 tahun aku berpacaran dengan zul..alhamdulillah. moga Allah panjangkan jodoh kami. sebenarnya aku tak penah celebrate pon tarikh ni, sebab since our first date, every 1st may aku ada di sarawak. tapi zul cakap, takpa, insyaallah tahun depan boleh kot celebrate sama.
ok start tahun depan aku nak pura2 tak ingat tarikh ni. tak pon aku nak pura2 sakit...ini disebabkan laporan dari kawan-kawan aku yang outing pada hari tersebut menyatakan semua pasaraya penuh sesak. wayang full house. parking susah cari. jalan jammed. what da what???? aku rela tidur saja di rumah. sorry sayangku. mungkin kita patut tukar saja tarikh anniversary kita kepada 25hb...eh kan itu hari u dapat gaji???? ahahahah...funny..funny...
ok sebagai hadiah, aku telah request zul untuk tulis surat cinta.. tunggu la nanti entry depan2 aku publish surat cinta dia tu...semangat sungguh beliau bila disuruh tulis surat cinta. cuba aku request macam ni; 'yg, u tolong i tulih surat rasmi mintak kerja boleh...??' ngahahaha...konfom zul akan bagi 1001 alasan tak munasabah. keh2
2nd may 2010
hoyeyy..aku berangkat ke sibu untuk main. trip to sibu makan masa 6 jam naik hillux. hujan lebat di sepanjang perjalanan. sebelum sampai tu, ada 4 biji kreta terbabas. maaf, tak ada highway mcm semenanjung. yang aku boleh katakan, jalan cuma 2 lane - 1 hala ke sibu, dan 1 lagi hala ke kuching. kiri kanan hutan. ala macam jalan pergi ke Baling ikut jalan lama. macam tu la sebijik...
fuh ini baru namanya travelling! perkara paling bermakna bagi aku dalam trip ini ialah dapat duduk himpit2 dalam kreta dengan orang yang sewel.
muka tetap maintain cool ;)
walaupun masing2 macam dah nak terberanak dalam kreta tu
adoilaaaa.....
foto ini diambil semasa berenti minum di Sri Aman
nasib baik barang di blakang dah di seal dengan plastik sampah :)
ketika berenti kencing kat 1 perhentian terpencil.
gila macam dalam movie hantu.. kan slalu dalam movie2 seram tunjuk sekumpulan anak muda travelling dan singgah di motel terpencil. dan selepas itu seorang demi seorang akan dibunuh without mercy punya macam friday the 13th tuuu... ha begitulah rupa bentuk tempat rehat yang kami singgah ni. akibat takut dibunuh, kami cuma snap sekeping gambar sahaja.. :P
oh. ini gambar paling terbaik dalam hidup aku. sila enjoy.
aku snap masa ikut mak azra beli sayur di market sibu.
6 jam travelling memang rasa berbaloi je bila dapat snap gambar macam ni..
ehehe..
kesian ayam ni..
ada 1 lagi dalam facebook aku. malas nak uplod dah.
on my way back to kuching.
see see...seram x seram jalan macam ni??
eh ini gambar mabuk2 ketika karokk di sibu.
finally dapat jugak aku dengar suara merdu azra n janet. yeahh...janet telah membuat gimmick dengan memilih untuk menyanyikan lagu 'heaven' dan ketika lagu 'heaven' itu berada di pertengahan, tiba2 ayat ini pula yang keluar; 'woi bukan lagu ni laa...'
ngahahahaha....
itu bukanlah lagu 'heaven' yang janet nak nyanyi tetapi entah heaven mana tah... yang peliknya, mula2 intro tu baekk je dia nyanyi.. dah sampai tang chorus baru sedar tesilap lagu...!!
hahahahaha. walau mcm mana pon aku tetap puas hati la dengar janet nyayi lagu walaupun silap. merdu wooo!!
my purple-hill dari sibu
oh ya..nak jugak aku letak. ini buah tangan aku dari sibu. sepasang purple-hill yang berharga CUMA RM10..apaaa??
ya. cuma rm10..bersedialah untuk aku balut seluruh kaki dengan plaster supaya tidak melecet nanti...ngehehe
5 may 2010 (today)
aku dah ada di hostel. aku dah berjaya menyerahkan thesis aku pada supervisor tadi. sayu sungguh nak keluar dari bilik dia tu. dia pon muka berat hati jugak nak tengok kami keluar. eh tak la, ayat tu aku buat2 aja untuk tambahkan kesayuan. ehehe...
thesis aku dah siap dijilid
macam nak menangis aku tengok nama aku atas kulit thesis ni. tapi tahan aje lah. hopefully all the hard time will eventually paid. aku dah go through banyak menda demi nak menjayakan misi 3 tahun di sini. bukan stakat pergi balik kuliah aja. tu yang aku sayu sangat tu. harap dapat jumpa lagi la sahabat2 baik aku masa konvo bulan 10 nanti.
besok parent aku sampai. tak sabar nak jumpa jugak. untuk minggu ni tempat tidur aku berubah2 lagi. slasa lepas di sibu, rabu & khamis di kuching, jumaat insyaallah di KL, sabtu mungkin dalam train dan finally ahad di rumah berjumpa my bio2logical siblings...haha
aku tak sabar nak balik sungai petani. walau macam mana pon, orang-orang sarawak tetap di hati. ;)
go i must, return i will bebeh...!! kamek sayang kitak!
0 comments:
Post a Comment