Pages

0

Dan Perbicaraan Pon Bermula

Salam to all.

oooo hoii... blog aku berwajah baru. Kali ini lebih berketerampilan..

Entry kali ini aku nak cover beberapa benda yang berlegar-legar di sekeling aku.
ok, quick update & straight to the point.

Bicara 1.
Perbicaraan DSAI dah masuk minggu ke-2.. aku sebenarnya begitu berminat mengikuti menda2 macam ni.. Perbicaraan ni menarik sebab di sini lah kita sebagai golongan pelajar/mahasiswa/pelapis/generasi baru dapat menilai sejauh mana undang-undang & demokrasi di negara Malaysia tercinta ni dilaksanakan.. adakah dengan telus dan berintergriti? atau sebaliknya.... Aku tak berminat untuk ulas panjang.. Tapi aku mahu lihat perubahan.

Perbicaraan ini umpama drama wayang yang wajib tonton.. & aku harap masih ada saki baki demokrasi di situ... Di sini tiada lagi isu politik. Aku lebih melihat isu ini sebagai isu kezaliman & ketidakadilan kepada manusia yang difitnah..!

Mari kita lihat siapa yang kena...!!

Bicara 2.
Isu politik lagi..haha.. esok kita bakal mengetahui siapa MB Perak yang sebenarnya. Skali lagi aku bukan lihat isu ini atas dasar politik semata2, tapi lebih kepada isu demokrasi yang sudah diratah-ratah.. dan suara rakyat Perak yang sudah dicampak dalam longkang. Aku mahu tahu siapa menang...!

Bicara 3.
Minggu lepas aku dengan susah payah telah berjaya mengharungi perasaan malas untuk ke majlis ilmu. Alhamdulillah.. tanpa ajakan sesiapa, tanpa iringan sesiapa, aku gagahkan jugak untuk masuk dalam majlis ceramah motivasi ni..


*Poster baekk pnyaa kat dinding..


Dulu masa aku masih mentah, cikgu aku penah cakap;

"nadira, bila masuk U nanti, kamu jangan lupa untuk mencari ilmu kerohanian. perbanyakkan usrah. sebab ilmu ni takkan datang pada kamu kalau kamu tak cari.."

Jadi aku pegang ayat cikgu aku ni sampai skrang. Walaupun aku sorang2 kat sini, memang secara relatifnya aku jarang sangat untuk join majlis usrah.. (ishh tuu semua geng tudung labuhh...), tapi aku masih tetap berminat untuk pegi surau & join majlis agama..ye, walaupun sorang2.. :)
Jadi, sila jangan nilai aku dari sudut pakaian yang 'kurang' labuh itu ye..

'Harga Segulung Ijazah' bagi seorang yang bernama Nadira rasanya cukup murah. Dari sini baru aku rasa aku ni useless. Aku ini manusia untung yang tak pernah kenal erti syukur. Aku hanyak seorang pemudi yang tak pernah menyumbang apa2 untuk agamanya..itulah aku. Aku ini masih beruntung jika dibandingkan dengan saudara Islam yang lain.. yang menempuh kepayahan hidup, berperang & pertaruhkan nyawa untuk perjuangkan tanah air...dan yang paling penting untuk pertahankan agama dan akidah..

Jadi aku mahu keluar dari kepompong itu. Aku mahu lihat dunia dalam perspektif berbeza. Aku mahu berfikir matang.. sesuai dengan usia 23 tahun aku..& 53 tahun merdeka.. Penceramah itu menyedarkan aku tetang usia muda. siapa aku pada usia 23 tahun ini? soalan yang masih tak mampu untuk aku jawab.

Aku tidak mampu untuk jadi manusia hebat lagi pada usia ini.. Cuma aku harap dapat jadi manusia yang berguna.. Kerana, sebaik2 manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. Jadi dengan segulung ijazah yang tak seberapa ini, harap dapat memberi manfaat pada manusia lain juga, insyaallah.

Aku didengarkan dengan cabaran yang terpaksa umat islam tempuh skarang... & di Malaysia, masalah keruntuhan akhlak, kerapuhan jati diri & sebagainya menjadi ancaman besar kepada anak2 melayu yang beragama Islam. Aku mula sedar akan tanggungjawab sosial untuk berdakwah. Cuma barangkali aku masih tidak mampu untuk menjadi seperti yang diharapkan. Jadi lebih baik kiranya aku berdakwah & perbetulkan persepsi dan fahaman aku sendiri.. sebelum aku mula mentarbiyah manusia lain. Itu lebih penting.

*memang tak ramai yang suka majlis macam ni

Jadi di saat Islam mula diperkotak katik dan dipermainkan..dimana aku? Sabda Nabi SAW 'Islam di akhir zaman umpama buih di lautan' semakin menjadi kenyataan.. Jumlah nya ramai, tapi ketinggalan dalam semua bidang..bilangan nya 1/4 penduduk dunia, tapi lemah bak buih.. boleh dilambung ke kiri dan kanan..tiada pendirian umpama lalang..




Dan salah seorang itu adalah aku..
untuk itu, adakah aku masih punyai nafas yang panjang untuk bertahan..?
-tiada jawapan-

0 comments:

Back to Top