Pages

0

GADOH (2009)

Hari ini hari selasa.

Aku nak tulis blog. sebenarnya aku baru sudah tonton drama jepun sedih tahap dewa, I LITRE OF TEARS tu..

Jadi kepada sesiapa yang belum tengok, sila dapatkan crita tuu skrang...!! siyess best nak mampos..nak aku review ke??hahah..tapi drama tuu dah lama.."tonton drama ini buat anda merasa sangat berdosa andai tidak mensyukuri nikmat hidup.." :)

Ok mari smbung kisah entry lepas..Ohh, sebelum tu nak buat sikit pembetulan. Aku bukan tuduh semua pelajar UITM tu racist, tapi cuma sebilangan aje..yang terlalu ekstrim dengan bangsa melayu ni..hmm...tapi memang bukan semua..yang aku kenal semua ok..tapi yang aku DENGAR, semua pelik2....huh..

Ok. cukup. Aku nak tulis menda lain..pasal drama GADOH (2009). Sambungan isu racist untuk entry lepas. Bagi sesiapa yang belum tengok, patut tengok. Terutama untuk orang yang ekstrim, obses & radikal sangat pasal isu bangsa ni. Main actor nya ZAHIRIL ADZIM..pelakon kacak yang pandai tulis blog tuuu...haha

Gadoh ni adalah satu drama yang cuba nak terapkan mesej 1 malaysia la. Jalan crita bermula dengan kes gadoh antara geng melayu & geng cina kat satu skolah menengah. Memang tak leh ngam langsung 2 geng ni... Oleh sebab makin kronik, jadi cikgu skolah tu mencadangkan supaya guru besar tubuhkan satu kelab teater. Jadi budak-budak jahat ni (melayu & cina) tepaksa la ikut bengkel teater tu. Bila lama2 praktis, masing2 mula ada kesedaran..bukan semua cina jahat. Bukan semua Melayu bagus! Tapi ada 1 dialog dia yang aku rasa betul; "Melayu ni bodo, blajar tak pandai pon boleh masuk universiti.."

Maksud aku, bukan statement ni yang betul...tapi mentaliti orang cina memang macam ni ponn kat orang mlayu. Jadi drama ni bagi aku, watak yang dibawak oleh plakon2 tu tak laa aku puas hati sangat, (kecuali ZA), tapi aku puji crita ni sebab kekuatan skrip dia. Apa yang crita ni cuba sampaikan memang realiti. Inilah realiti sebenar rakyat malaysia. Persepsi & mentaliti sebenar masyarakat Melayu terhadap Cina. dan cina terhadap Melayu... yang konon nya 1 malaysia ni..

Aku rasa review aku macam tak best je...
Tapi aku memang sarankan korang tengok crita ni. Mungkin tak menang award, tapi storyline dia penuh mesej walaupon cara dia lakonkan watak tu, simple aje...crita ni pon tak lama, 1 jam 15 minit je kot tak silap aku.

So sila layan ayat-ayat di bawah;

MELAYU
Gelap.
Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan.
Mata ini untuk melihat.
Tapi apa yang nak dilihat?? Jika semuanya gelap??
Ini cerita aku. Cerita kami..
Cerita kita yang hidup dalam kegelapan.
Berikan kami cahaya, agar kami dapat melihat semula..

CINA
Kita ak buta.
Kita hanya hidup tanpa cahaya.
Yang membolehkan kita melihat.
Lihatlah sekarang. Bukalah mata.

MELAYU
Aku dan kamu, apa bezanya??
Warna kulit ka??
Bahasa pertuturan ka?
Budaya? Keturunan?? apa???
Itukah alasan untuk kita bermusuhan??

CINA
Jika ya, kami rela dibutakan mata.
Dari hidup dalam kegelapan.

Bapa saya kata, kita Cina mesti kerja kuat!!
Negara ini Melayu punya.
Melayu tak guna! tak hormat sama Cina!
Jadi saya tak suka sama Melayu.
Melayu Bodo. Pemalas. Penindas.
Aku hanya kawan dengan Cina.

MELAYU
Aku tak ada kawan selain Melayu.
Aku diajar bahawa Cina adalah Bangsa penipu!
Aku percaya..!
Jangan bagi Cina kuasa, nanti Melayu hilang negara..
Aku percaya..!!
Aku jadi benci dengan mereka.
Aku diajar bahawa Cina adalah musuh, aku percaya!!
Aku benci mereka..

INDIA
Aku tersepit.
Aku tak boleh lari.
Aku yang slalu jadi mangsa.
Melayu, Cina, hanya fikir tentang kamu..!
Bagaimana dengan aku?
Kamu ingat aku apa?binatang?
Yang tak ada perasaan?
Yang kamu boleh sepak terajang?

Sampai bila kamu mahu tolak aku?
Sampai ke dinding?
Sampai aku mengamuk, membunuh?
Itu yang kamu nakk?
Aku hanya mahu berkawan.
Hidup bersaudara.


HENTIKAN PERGADUHAN INI.



*ini skrip 'teater' dalam drama tu..
Bagi aku memang kuat mesej dia. jelas..!
Jadi kepada manusia di luar sana..fikir2kan lah..
Tak ada yang untung kalau kita saling bermusuhan.. :)


*buat ape nak gado2???bakar2???

*unite kott....


see ya..!

0 comments:

Back to Top