Pages

0

Jika Aku Jatuh Cinta

Assalamualaikum

aku mahu tampal 2 perkara. tapi tak tahu yang mana perlu di dahulukan. sejak sehari dua ni fikiran agak serabut. tp masih terkawal. dan skarang semua dah kembali normal.

Kadang kala aku rasa manusia di luar sana begitu celaka dengan aku. tapi berkat kesabaran, usaha gigih tahan prasaan...aku dapat tahu yang ramai jugak yang sebenarnya suka aku...cuma malu nak mengaku. hehe.

kadang kala aku rasa putus asa. sebab aku buat kerja baik, aku harap sepatutnya orang pon akan baik dengan aku...tapi aku dapat tahu, sebenarnya orang di luar sana memang hargai kerja aku. cuma malu nak mengaku. hehe

kadang kala aku rasa orang di luar sana tak sayang aku. jadi aku fikir mahu lari jauh-jauh tinggal semua orang tercari-cari mana aku pergi. tapi rupanya baru aku tahu..orang di luar sana sayang aku lebih dari yang aku tahu. cuma malu nak mengaku. hehe

most of the time, aku fikir aku ni budak jahat. aku makan benda curi. jumpa duit tepi tangga aku sapu. solat subuh memang susah nak lekat bila stay up. bila dating aku buat maksiat. tolong jangan fikir aku holy. biar kau pandang aku keji, asalkan aku tak hipokrit - pura2 alim arr konon~

tapi bila aku letakkan diri aku dalam golongan 'manusia yang mencari'...aku rasa sangat riang bila dapat pergi surau teman mak malam minggu. aku jadi sronok untuk join majlis ilmu. aku berusaha nak menang kitab fekah ape tah kalau jadi penghantar sms terbaik dalam siri al-kuliyyah... aku tak rasa penat jadi orang terakhir pulang untuk mop lantai surau.

sebab aku ni banyak dosa..

jadi jangan fikir aku holy. atau pura2 holy. atau pura2 jahat & nakal.

walau seberapa sundal pon seorang perempuan itu, aku yakin bila sampai 1 tahap dan ketika, dia tetap mahu yang terbaik juga. ok, aku bukan perempuan sundal. itu pasti. aku bukan ba ya ta cha ha. aku cuma sedikit keji. itu saja.

eh, aku mahu tampal apa sebenarnya?

oh ya..aku tampal doa ini. entah dari mana aku jumpa. aku peram. tapi lupa mahu kongsi. ini bukan aku tulis, tapi ini yang aku rasa..sama seperti penulis.

besar ksemungkinan kau pon rasa menda yang sama! mari sini aku dendangkan~


Ya Allah, jika aku jatuh cinta...

Ya Allah…Jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

Ya Allah…Jika aku jatuh hati,izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbul Izzati…Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MuYa Allah…Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajatdi sepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah…Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.Ya Allah…Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkan lah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.


Ini mcm ayat-ayat cinta geng tudung labuh kan...???

kan aku cakap aku ni keji.. ;P

0 comments:

Back to Top