Pages

7

Setel-kawen..? boleh setel ke..?? (Bahagian II)

assalamualaikum.

ok, jika anda membaca entry yang lepas, pasti anda tahu yang aku sudah tertutup hati mahu kahwin kan..? haha..untuk memberi kesinambungan pada entry lepas, sekali lagi aku sertakan satu artikel dari setelkawen.com yang memberi sedikit harapan-cahaya-sinar untuk aku kawen. atau sekurang-kurangnya berangan-angan untuk kawen..dan memadam niat untuk jadi career woman laa konon nya yang cuma akan kawen pada usia 30 tahun...haha

gila dasyat kan...sebab aku berfikiran paranoid macam tu? sebab 2 3 menjak ni aku slalu alami nighmare versi sesak nafas - sakit dada pasal kawen. contohnya 2 malam lepas aku mimpi aku berada dalam majlis kawen aku, tetiba aku realize yang aku xda baju pengantin. dalam mimpi tu aku asik pakai tshirt sambil tolong bapak aku basuh ayam & rebus kerang untuk kenduri...pelik kan? maka aku rushing drive keta ke pasaraya billion untuk cari baju pengantin pada pukul 12.45 sedangkan majlis bermula pukul 1...end up aku telah dipakaikan 1 jubah bewarna biru sebab kedai pengantin tu ala-ala muslimah la pulakk...! owhh dah la..aku tak sanggup cerita lagi. gila nighmare..!

bila aku gatai2 join website setelkawen.com, banyak la pulak artikel yang buat bijik mata aku tekeluar.. then tepaksa aku kutip bijik mata tu & masukkan balik. then proceed to the next article. muahahah.. tapi statement 'kalau takda rm20k, JANGAN MIMPI LA NAK KAWEN' memang buat aku fikir seribu kali nak kawen..huaaaa...mana dengan hutang ptptn lagi, nak beli kreta lagi..bagi duit kat famly lagi, duit pegi melancong, duit untuk spa, shopping..makan lagi....masa bila dapat kumpul rm20 ribu tu..?

arghh tertekan nya...! tp artikel ni mungkin dapat membantu aku. kena share dengan zul ni. hoho..


10 Tips Jimat untuk kumpul bajet kahwin

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p


ok, tips dah ada. masalah nya dapat folo ke?


7 comments:

djambu puadovich said...

terus terpikir utk tak kawin~~

hahau!

Nadrea said...

hahh...saya publish entry ini sambil mengesat peluh di dahi....hehehe

MsLieBe said...

itu br nk kawen.. kalo lps kawen nnt cane? haa...
bos aku bg persoalan td, org slalu wt budget ble nk kawen tp ade x wt budget lps kawen?
ni wt aku kne cut cost gak ni... wuu..

Nadrea said...

ha a betoi tu tina...sebab nak grand wedding punya pasai..snggup amik loan..lepas malam petama, trus pening pala cmana nak bayaq hutang banyak2...hoho

Rohaizat Hashim said...

ermm... kenduri buat doa selamat ja dah arr.. kat pihak pompuan buat granded.. kat kenduri uncle doa selamat tapaw roti jala ngan ayaq kota mcm moree malam jumaat tuh..
sempoi gakk mcm tuhhh
hak hak hak hak hak....

Nadrea said...

bahaha....hg jangan nak blagak laa..nasib baik anak ongsu ja..haizz...alangkah best nya kalu aku n zul pon anak bongsu...hehehe

Rohaizat Hashim said...

ermmm xdak bezanyaa sama ja pon... anak sulung lagii hepening majlis dia nanti... permulaan katakan.. hak hak hak hak....

Back to Top