Pages

Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts
0

Brothers (2009)


SHALOM...

*Dalam mood kuchiwa menulis

ok. malam ni aku frust sikit sebab kedah kalah.
tak, aku frust banyak sebab tak dapat tengok live kat BJ.
tapi kalau tengok live aku pasti tahap keciwa aku paling tinggi.
tapi tak apa.aku puas hati.
kedah kalah with pride.
hoho..
[ayat sejuk ati]

*suasana stadium yang buat aku rindu

-done-

ok. malam ni sebelum tidur nak review filem Brothers (2009) yang aku baru tengok 2 3 hari lepas. sebenar nya dah lama tunggu movie ni, tapi x masuk wayang ponn..! ada, tapi kat KL. luckly my fren ada beli dvd yang clear nak mampos ala-ala blue ray....alalala. lets say TQ to azra.

Penggerak utama filem ni ada 3 orang. Beb, its Natalie Portman la..! heroin Dark Nite! si jelita ni jadi isteri pada Micheal Tobey (Spiderman) dan ada 2 orang anak perempuan. so tobey is a marine captain. dia slalu kena g keja kat afghanistan. si tobey ni, ada adik lelaki yang bermasalah skit. ala hero 'day after tomorrow'.. aku malas nak cari nama dia apa kat google. dalam crita ni dia jadi uncle tommy.

masa scene awal2 tu, diceritakan tobey ni memang kebanggaan famly dia..slalu la mak ayah dia compare dengan tommy yang bermasaalah tu, since ade part tunjuk dia baru lepas kena jamin oleh abang dia kat penjara. one day, si spiderman ni dapat pangglan suruh dia g keja kt afganistan. then masa dia kat sana, kena culik plak dengan askar taliban dan tlah dijadikan tebusan...tapi askar US lain ingt dia dah mati.

bila dah tau suami dia mati, memang sedih gila laa si natalie ni. dah la sipderman tu cam caring n baik n romantic gila masa mula2 citer tu...so semua org pon bekabung. tommy pulak bila dah tau abg dia mati, terus mcm insaf je dan rasa betanggungjawab untu jaga family abg dia. so dia slalu la lepak umah kak ipaq dia dan akhirnya uncle tommy menjadi fabret kepada anak2 natalie ni tadi. then bila dah slalu jumpa, mcm tejatuh cinta pulak 2 2 orang ni.

saat cinta baru nak besemi, cewahh....tetiba natalie dapat call yang menyatakan 'laki hang idop lagi laa rupanya..' in between tu ada laa tunjuk spiderman kena touchier dengan askar taliban sampai dia tepaksa pukul kawan baik dia sendiri untuk terus hidup. (eh org taliban behave cmtu ke? aku tak stuju je...)

bila dapat tau suami dia hidup, gile best! semua orang excited je nak jumpa tobey balik. tp tommy mcm susah hati skit. aku faham kenapa dia susah hati. aku rasa sebab dia akan kena kondem balik dengan bapak dia kot, since bapak dia slalu compare dia ngn abang dia...then masa tobey mati dia sangat laa baik sampai aku pon mcm nak jatuh cinta ngn dia jugak..

malangnya, lepas tobey balik, semua dah berubah..tobey kena trauma upanya. dia jd psyco. dah pelik2 dah prangai. then dia tanya pendapat tommy pasal bini dia tu.. 'did u fu*k her..' dia tnya tommy.. 'cuz u two seems to be 2 remaja yang sedang becinta..' haha, ok aku lupa skrip. tp lebih kurang mcm tu la..

tobey ni paranoid, dia slalu ingt natalie n tommy ni dah curang dengan dia. actually nyaris2 la. tp cuma kissing je. then masing2 tesedar. (ceh, masa tengok trailer ingat depa curang!) sampai la 1 malam tu anak sulung dia g meroyan kat meja makan masa dinner ckp ' u know what, mommy n uncle tommy are having s*x all the time..' celaka kan budak ni tuduh mak dia curang? padahal tak pon..! *eh dialoq yang ada ayat lucah boleh plak aku ingat!

budak tu dah benci kat ayah dia sbb psyco sgat. kan dah biasa ngan uncle tommy..!
sebenarnya tobey ni trauma sebab dia bunuh kawan dia la.tp xmau habaq kt bini dia. last2 dia mengamuk ckp cmni 'you know what i have to do to get back to you bi*ch?'
sambil pecahkan kabinet dapur. kesian kan? dia tepaksa bunuh org untuk survive, bila balik umah tengok bini main cinta ngan adik sendiri. mau tak hangin..!

masa tu tetiba tommy pon sampai. then abg dia nak bunuh diri terus. ala family matters. misunderstanding je pon. micheal tobey letak pistol kat pala dia. aku ingt nak bunuh diri dah. tp bila tommy n natalie dok jerit2 kat blakang, dia x jadi shoot plak..memang main-main sama gua punya feeling!

last2 lepas p kaunsling, bini dia tanya 'tell me what happened..'
boleh pulak dia bgtau 'i kill billiy william jr' (sumpah aku tak ingat nama kawan dia yang mati tu) then habeh la crita...

eh tapi menda ni memang betui-betui belaku. tentera US yang balik dari taliban memang ada symtom trauma n bunuh diri camtu. aku penah tengok dukumentari kat channel pressTV (channel Iran) yang keluarkan statistik around 50 US army commit suicide per week ..
tu tak masuk yang gila, meroyang lagi tu....

so aku bagi 3 stengah bintang. masa tengok trailer mcm nak bagi 5 bintang, tp hampeh. banyak plot cam tegantung..tp uncle tommy paling best..credit to him..

ok adios!
0

GADOH (2009)

Hari ini hari selasa.

Aku nak tulis blog. sebenarnya aku baru sudah tonton drama jepun sedih tahap dewa, I LITRE OF TEARS tu..

Jadi kepada sesiapa yang belum tengok, sila dapatkan crita tuu skrang...!! siyess best nak mampos..nak aku review ke??hahah..tapi drama tuu dah lama.."tonton drama ini buat anda merasa sangat berdosa andai tidak mensyukuri nikmat hidup.." :)

Ok mari smbung kisah entry lepas..Ohh, sebelum tu nak buat sikit pembetulan. Aku bukan tuduh semua pelajar UITM tu racist, tapi cuma sebilangan aje..yang terlalu ekstrim dengan bangsa melayu ni..hmm...tapi memang bukan semua..yang aku kenal semua ok..tapi yang aku DENGAR, semua pelik2....huh..

Ok. cukup. Aku nak tulis menda lain..pasal drama GADOH (2009). Sambungan isu racist untuk entry lepas. Bagi sesiapa yang belum tengok, patut tengok. Terutama untuk orang yang ekstrim, obses & radikal sangat pasal isu bangsa ni. Main actor nya ZAHIRIL ADZIM..pelakon kacak yang pandai tulis blog tuuu...haha

Gadoh ni adalah satu drama yang cuba nak terapkan mesej 1 malaysia la. Jalan crita bermula dengan kes gadoh antara geng melayu & geng cina kat satu skolah menengah. Memang tak leh ngam langsung 2 geng ni... Oleh sebab makin kronik, jadi cikgu skolah tu mencadangkan supaya guru besar tubuhkan satu kelab teater. Jadi budak-budak jahat ni (melayu & cina) tepaksa la ikut bengkel teater tu. Bila lama2 praktis, masing2 mula ada kesedaran..bukan semua cina jahat. Bukan semua Melayu bagus! Tapi ada 1 dialog dia yang aku rasa betul; "Melayu ni bodo, blajar tak pandai pon boleh masuk universiti.."

Maksud aku, bukan statement ni yang betul...tapi mentaliti orang cina memang macam ni ponn kat orang mlayu. Jadi drama ni bagi aku, watak yang dibawak oleh plakon2 tu tak laa aku puas hati sangat, (kecuali ZA), tapi aku puji crita ni sebab kekuatan skrip dia. Apa yang crita ni cuba sampaikan memang realiti. Inilah realiti sebenar rakyat malaysia. Persepsi & mentaliti sebenar masyarakat Melayu terhadap Cina. dan cina terhadap Melayu... yang konon nya 1 malaysia ni..

Aku rasa review aku macam tak best je...
Tapi aku memang sarankan korang tengok crita ni. Mungkin tak menang award, tapi storyline dia penuh mesej walaupon cara dia lakonkan watak tu, simple aje...crita ni pon tak lama, 1 jam 15 minit je kot tak silap aku.

So sila layan ayat-ayat di bawah;

MELAYU
Gelap.
Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan.
Mata ini untuk melihat.
Tapi apa yang nak dilihat?? Jika semuanya gelap??
Ini cerita aku. Cerita kami..
Cerita kita yang hidup dalam kegelapan.
Berikan kami cahaya, agar kami dapat melihat semula..

CINA
Kita ak buta.
Kita hanya hidup tanpa cahaya.
Yang membolehkan kita melihat.
Lihatlah sekarang. Bukalah mata.

MELAYU
Aku dan kamu, apa bezanya??
Warna kulit ka??
Bahasa pertuturan ka?
Budaya? Keturunan?? apa???
Itukah alasan untuk kita bermusuhan??

CINA
Jika ya, kami rela dibutakan mata.
Dari hidup dalam kegelapan.

Bapa saya kata, kita Cina mesti kerja kuat!!
Negara ini Melayu punya.
Melayu tak guna! tak hormat sama Cina!
Jadi saya tak suka sama Melayu.
Melayu Bodo. Pemalas. Penindas.
Aku hanya kawan dengan Cina.

MELAYU
Aku tak ada kawan selain Melayu.
Aku diajar bahawa Cina adalah Bangsa penipu!
Aku percaya..!
Jangan bagi Cina kuasa, nanti Melayu hilang negara..
Aku percaya..!!
Aku jadi benci dengan mereka.
Aku diajar bahawa Cina adalah musuh, aku percaya!!
Aku benci mereka..

INDIA
Aku tersepit.
Aku tak boleh lari.
Aku yang slalu jadi mangsa.
Melayu, Cina, hanya fikir tentang kamu..!
Bagaimana dengan aku?
Kamu ingat aku apa?binatang?
Yang tak ada perasaan?
Yang kamu boleh sepak terajang?

Sampai bila kamu mahu tolak aku?
Sampai ke dinding?
Sampai aku mengamuk, membunuh?
Itu yang kamu nakk?
Aku hanya mahu berkawan.
Hidup bersaudara.


HENTIKAN PERGADUHAN INI.



*ini skrip 'teater' dalam drama tu..
Bagi aku memang kuat mesej dia. jelas..!
Jadi kepada manusia di luar sana..fikir2kan lah..
Tak ada yang untung kalau kita saling bermusuhan.. :)


*buat ape nak gado2???bakar2???

*unite kott....


see ya..!
Back to Top