Pages

2

ini cerita benar.

april 18 2011. 22:49

Subhanallah.

mungkin ini saja yang aku mampu ucap skarang. ok hari ni memang ada prasaan untuk update blog. blog yang dah memang jarang2 aku view. jarang2 aku belek. tapi tak sampai lima belas minit tadi aku tegerak hati untuk scroll blog sendiri. tengok2 di sisi kiri. tengok followers. tengok stalkers (hehe) dan teruss sampai wishlist....

m e c c a..??????

ya Allah. sumpah aku tak ingat bila aku letak mekah sebagai wishlist aku. sumpah. mungkin seblum aku clash? mungkin sebelum aku dapat kerja 9 bulan dulu???? bila ehhh?? setahu aku memang dah lama sangat tak update, tak godek2 blog ni...so it should be longg long time ago nih...

subhanallah..Allah dengar doa aku ke??

rupanya Allah dengar doa aku..tanpa aku sedar.. seingat aku masa aku tulis mekah dalam wish list, aku cuma niat kalau boleh dapat laa sampai sebelum umur 30 tahun..tu jer... aku tak usahakan apa2. aku tak kumpul duit. dan aku dah lupa pon aku pernah wish macam tu.

sampai la hari ni. tak sampai stengah jam tadi. baru aku sedar aku letakkan MEKKAH sebagai wishlist aku. Allah dengar detik hati aku rupanya. dan ya, memang secara tak sengaja aku akan ikut famly aku untuk tunaikan umrah tak lama lagi.

sejak akhir2 ni, selalu aku tertanya2 kenapa tiba-tiba hidup aku banyak sangat ujian yang Allah bagi.. lepas satu, satu. lepas sorang, sorang lagi aniaya aku. ofis dengan hal ofis. rumah dengan hal rumah. dslr & laptop orang curi. kena fitnah lagi. tahan telinga dengar perli sana sini. sakit kott nak telan.

paling sakit bila tengok barang yang kita bagi, orang tak hargai langsung! walaupon aku ada niat yang baik untuk orang tu, end up macam2 yang aku trima balik. aku tak boleh berhenti berfikir, kenapa Allah detikkan niat yang baik dalam hati aku, dalam masa yang sama Allah balas niat baik aku dengan benda yang menyakitkan??

contohnya, aku niat untuk jual barang yang aku dapat, dan beli rak buku untuk diletakkan di surau rumah aku. so that the person dapat la pahala nanti. but when it comes to mine, baju aku beli dia pakai untuk peluk cium awek baru? ya Allah sakitnya hati. see how contras it was??

baru malam ni aku temu jawapan. sebab Allah nak bagi aku satu hadiah paling istimewa agaknya. Allah dah makbulkan doa aku untuk jadi tetamu Dia nanti. detik hati yang aku tak pernah sangka akan jadi kenyataan secepat ini. jadi kawan2, jika ada musibah yang yang datang bertimpa2, ada orang aniaya, ada orang hina, jangan sekali2 khuatir. Ada sesuatu yang Allah sudah janjikan buat kamu.

indah nya ya Allah cara Kau mengatur hidup aku.

insyaAllah doakan aku antara salah seorang jemaah yang berada dalam penerbangan penang-kl-kuwait-jeddah tak lama lagi. (banyak nya transit!)

sesungguhnya Allah tidak memanggil orang yang mampu, tetapi memampukan orang yang terpanggil.
dan inilah hikmah yang paling menginsafkan aku.. moga bermanfaat buat kamu jgak. salam
0

masih hidup..masih bertahan.

2:16 pagi jumaat.

aku mahu jerit sesuatu. ada sapa mahu dengar???

sepi. tak ada?

jadi aku taip disini.. ya?

aku rindukan benda-benda yang Allah dah tarik dari aku.

rindu. rindu...RINDUUU.

dslr yang dicuri; moga kau selamat bersama tuan yang baru. jaga diri ok! kau tetap dalam hati aku. sebab kau yang PERTAMA.

em.. dah. besok pagi harus kerja.

sampai ada kesempatan lagi untuk pinjam komputer riba rakan serumah untuk update blog.

oh ya; aku masih hidup ya. masih boleh senyum. masih boleh berjenaka. masih bisa tahan nagis walau dicerca manusia lain. masih masih.

dan aku masih tetap aku yang dulu. bai.


Back to Top