Pages

0
Sepatu ini dibeli sekitar 2006
usianya kini bersama aku almost 3 tahun
sepatu ini adalah peneman setiaku
satu2nya teman setia ketika pertama kali menjejak kaki ke sarawak
satu2nya teman setia ketika pertama kali bergelar pelajar universiti
ahh sepatu ini..beguti besar jasanya padaku..
sepatu ini juga telah membawa aku mengenal dunia
hanya satu2nya saksi dikala aku berduka
dan satu2nya sumber inspirasi dikala aku mengecap bahagia
nahh..lihatlah rupamu skarang si sepatu..
kecintaan ku pada sepatu ini tak dapat digambarkan
sepatu ini yang memberi satu kenangan indah..
ketika pertama kali bermain futsal..
dan pertama kali menjaringkan gol..
ohh indahnya saat itu..
lagi? dengan sepatu ini aku mendaki gunung gading
pertama kali dalam hidupku ber-hiking
sepatu ini juga yang meneman dikala pulang ke kampung
merentas laut china selatan..
mengharungi kota metropolitan kuala lumpur
sebelum tiba ke pangkuan keluarga
hanya kau yang ku cinta..wahai sepatu buruk
malam berganti siang, hari bertukar minggu dan bulan
ohsepatu..aku perlu pulang..dan kali ini..
aku hanya mahu kau sebagai teman ku disisi..
tp..kau usang sebelum waktunya..
aku dalam dilema
perlukah aku membeli sepatu baru?
mampukah dia berkhidmat seperti kau berkhidmat untuk ku?
arghh....tak keruan..
aku sayang kamu wahai sepatu usang!
tapi...tapi aku juga perlu tempuh satu perjalanan
perjalanan yang maha jauh..
tambahan, skarang banyak SALE..
banyak sepatu yang di-diskaun kan..
ohh..aku tak dapat menahan prasaan ini..
kesetiaan aku teruji!!!!

0 comments:

Back to Top