Pages

0

Allah Sayang Aku (by Iqbalsyarie)

*Terbaik dari iqbalsyarie.blogspot.

Allah sayang aku.
Dia beri aku ibu dan bapa untuk sayang aku. Jaga aku. Didik aku.
Dia juga beri aku kakak dan abang untuk menghiburkan aku.
Tapi kasihan, ada saudaraku hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa.

Allah sayang aku.
Dia beri aku makanan. Aku lapar, Allah bagi aku kenyang.
Tapi kasihan saudara-maraku, ramai yang kebuluran.

Allah sayang aku.
Dia beri aku pakain. Walaupun tidaklah secantik mana, aku tak menggigil kesejukan.
Tapi kasihan saudara-mara aku, ramai yang tidak berpakain, menggigil mereka kesejukan.

Allah sayang aku.
Dia beri aku tempat tinggal. Walaupun tidaklah seindah istana, tapi cukup untukku berlindung.
Tapi aku kasihankan saudaraku, ada yang merempat.

Allah sayang aku.
Dia beri aku harta. Aku membeli keperluan asasku dengan harta.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang terpaksa mengemis jika mahu terus hidup.

Allah sayang aku.
Dia jadikan aku mampu membaca dan menulis. Kerana itu, aku boleh bekerja dengan baik.
Tapi, kasihan. Ada saudaraku yang tak mampu membaca dan menulis kerana terpaksa bekerja sejak kanak-kanak lagi.

Allah sayang aku.
Dia beri aku sahabat. Aku berkongsi suka dan duka dengan mereka.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang hidup tanpa teman. Sebatang kara.

Allah sayang aku.
Dia beri aku teknologi. Aku berhibur dengan teknologi yang pelbagai ini.
Tapi, aku kasihankan saudaraku. Ada yang terpaksa senyum untuk menghiburkan hati sendiri.

Allah sayang aku.
Dia beri aku macam-macam.
Aku tak mampu kira guna akal,
jadi aku cuba guna kalkulator saintifik,
ah...math error?
Itu tanda terlalu banyak benda yang telah Allah beri.

Allah sayang aku.
Aku mahu sayang Allah juga.

Allah beri aku macam-macam. Aku pun perlu beri sesuatu!

Aku cuba cari satu hadiah paling istimewa buat-Nya.

Aku belikan teddy bear tercantik.
Mahal. Besar. Bulunya cantik. Wangi.
Allah tak mahu.

Aku belikan perfume terwangi.
Mahal. Cantik. Import dari Amerika.
Allah tak mahu.

Aku belikan gadget tercanggih.
Boleh main game. Boleh access internet. Boleh buat macam-macam.
Allah tak mahu.

Kenapa Allah tak mahu? Aku sayang Kau, Allah!

Hari ni baru aku tahu, apa yang Allah mahu.

Hanya satu.

Allah mahu supaya aku menjadi hamba-Nya yang taat.

Tapi, aku tak boleh.
Kerana aku memang hamba yang pembohong.
Yang aku tahu hanyalah mengatakan cinta, tapi hati dusta.
Yang aku tahu ialah berkata syukur, tapi hati kufur.

Aku bukan hamba yang baik, kan Allah?

Tapi..
Allah, aku mahu menjadi hamba yang baik. Boleh kan?

Terima kasih Allah,
kerana memberi aku kesedaran,
serta memberi aku peluang,
dan kerana tidak menghukum aku atas segala kelalain aku selama ini.

Aku ialah hamba, Engkau ialah Tuhan.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51;56)
0

Lama Aku Hilang

Salam.

ah lama sunggung tak jengah blog. sumpah tak ada masa. fikir-fikir mahu retired aja dari dunia blog..dunia facebook.. rasa dah tua nak layan semua nonsence ni....arghh sembang aja Deea ni..

aku tak tahu dari mana nak mula. tapi aku kena jaga-jaga sebab si ayah di sana dah tahu si anak dara ini punya blog.. di lewat usia 50 tahun genap, curiousity ayah aku pada anak-anak dara nya makin tinggi...nasib la ayah, baca blog along sampai demam..! itu entry putus cinta..pada siapa lagi along nak crita?thiehehe....itu cerita dulu.

ok ubah topik. gembira sikit (atas nasihat mak)..

lately..hmm. aku dah mula rasa nikmat hidup. lepas ujian demi ujian Allah bagi. aku kuat kan?? bos gelar aku 'sunshine' - sebab slalu happy datang office.... confirm bos aku buta! atau aku yang terer selindung duka? ahaha.

mak di rumah suruh aku tulis entry happy2... jangan sedih2..tapi aku tak reti tulis blog masa aku happy. ilham tak keluar. bahasa tunggang langgang. jadi aku berhenti. enjoy saja!

skarang aku sedang update blog. eh maksudnya aku sedih lagi? ehe...takkk...bodoh! aku cuma nak update. kerja kat office berjalan lancar. aku ikut kan saja flow nya..andai kena balik lambat, aku stay saja...it just a work orang putih kata. no need to be so stress...aku kata!

oh ya..lately something happend! aku dengan tiba-tiba rasa hidup semula lepas satu hamba Allah ni hadir..sumpah aku happy..! aku senyum selalu! setiap masa. hidup jadi semangat. ceria lagi tiada duka. aku rindu... its real..!

tapi tak lama.

Ya Allah, dugaan apa pulak kali ni? penat aku pohon doa. nasib jugak tak terus hanyut. bila aku nyaris buat benda salah yang aku sumpah janji sampai mati tak mahu buat lagi...takut pulak jadinya. takut tahap menggigil. sampai sujud lama2. ya Allah, dah lama aku tak sujud lama mcm tu... apa yang kau bisikkan tika aku jauh dariMu Ya Allah?

ahh aku hambamu yang ingkar satu masa dulu. tak tertanggung-tanggung rasanya prasaan ni. nak lari entah mahu kemana.. nak luah entah pada siapa.. lebih baik berintuisi dengan qalbu sendiri. bermonolog dengan hati. end up tulis kat blog. nanti ayah baca lagi sampai demam!

aku fikir ini pasti ujian. datang cuma sebentar..impact nya dasyat pada aku. bila kita dalam mode 'mencari diri'..syaitan pasti dengki! dan yang pasti aku bangga dapat harungi.dan buat aku makin kenal siapa diri aku. syukur ya allah.. Kau slamatkan aku! phew..

ingat senang hidup sorang-sorang?

ok aku mahu berhenti. aku rasa mahu review buku. tapi aku post kan dulu imej nya.. tapi buku ini 100% aku sarankan pada semua untuk baca..

writternya columnist. bahasa sumpah puitis. buku ni cuma koleksi artikel2 penulis dalam satu kolum majalah @ surat khabar..tak pasti. aku jumpa masa tunggu kawan di MPH mid valley. islamic...& santai. baca2..! ini beli masa gaji bulan lepas.

bulan ni aku beli novel. baru beli so tak dapat review. cuma boleh show off la..aku jumpa buku ni kat satu kedai kecik jual kitab kat jalan masjid india tu..kedai kecik. tapi ilmu banyak di situ. banyak jual novel islamic yang ada perkataan 'NOVEL PENGGUGAH SEMANGAT' kat kulit buku tu...ehehe..mostly from indonesia. and mostly aku dah baca (tertralogi laskar pelangi)...

novel melayu. tapi sinopsis blakang agak mengegar jiwa...tajuk macam best. jadi la. ada jugak menda nak baca.

till then, have a very colourful holiday..happy dewali..!
Back to Top