Pages

0

Allah Sayang Aku (by Iqbalsyarie)

*Terbaik dari iqbalsyarie.blogspot.

Allah sayang aku.
Dia beri aku ibu dan bapa untuk sayang aku. Jaga aku. Didik aku.
Dia juga beri aku kakak dan abang untuk menghiburkan aku.
Tapi kasihan, ada saudaraku hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa.

Allah sayang aku.
Dia beri aku makanan. Aku lapar, Allah bagi aku kenyang.
Tapi kasihan saudara-maraku, ramai yang kebuluran.

Allah sayang aku.
Dia beri aku pakain. Walaupun tidaklah secantik mana, aku tak menggigil kesejukan.
Tapi kasihan saudara-mara aku, ramai yang tidak berpakain, menggigil mereka kesejukan.

Allah sayang aku.
Dia beri aku tempat tinggal. Walaupun tidaklah seindah istana, tapi cukup untukku berlindung.
Tapi aku kasihankan saudaraku, ada yang merempat.

Allah sayang aku.
Dia beri aku harta. Aku membeli keperluan asasku dengan harta.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang terpaksa mengemis jika mahu terus hidup.

Allah sayang aku.
Dia jadikan aku mampu membaca dan menulis. Kerana itu, aku boleh bekerja dengan baik.
Tapi, kasihan. Ada saudaraku yang tak mampu membaca dan menulis kerana terpaksa bekerja sejak kanak-kanak lagi.

Allah sayang aku.
Dia beri aku sahabat. Aku berkongsi suka dan duka dengan mereka.
Tapi, kasihan saudaraku. Ada yang hidup tanpa teman. Sebatang kara.

Allah sayang aku.
Dia beri aku teknologi. Aku berhibur dengan teknologi yang pelbagai ini.
Tapi, aku kasihankan saudaraku. Ada yang terpaksa senyum untuk menghiburkan hati sendiri.

Allah sayang aku.
Dia beri aku macam-macam.
Aku tak mampu kira guna akal,
jadi aku cuba guna kalkulator saintifik,
ah...math error?
Itu tanda terlalu banyak benda yang telah Allah beri.

Allah sayang aku.
Aku mahu sayang Allah juga.

Allah beri aku macam-macam. Aku pun perlu beri sesuatu!

Aku cuba cari satu hadiah paling istimewa buat-Nya.

Aku belikan teddy bear tercantik.
Mahal. Besar. Bulunya cantik. Wangi.
Allah tak mahu.

Aku belikan perfume terwangi.
Mahal. Cantik. Import dari Amerika.
Allah tak mahu.

Aku belikan gadget tercanggih.
Boleh main game. Boleh access internet. Boleh buat macam-macam.
Allah tak mahu.

Kenapa Allah tak mahu? Aku sayang Kau, Allah!

Hari ni baru aku tahu, apa yang Allah mahu.

Hanya satu.

Allah mahu supaya aku menjadi hamba-Nya yang taat.

Tapi, aku tak boleh.
Kerana aku memang hamba yang pembohong.
Yang aku tahu hanyalah mengatakan cinta, tapi hati dusta.
Yang aku tahu ialah berkata syukur, tapi hati kufur.

Aku bukan hamba yang baik, kan Allah?

Tapi..
Allah, aku mahu menjadi hamba yang baik. Boleh kan?

Terima kasih Allah,
kerana memberi aku kesedaran,
serta memberi aku peluang,
dan kerana tidak menghukum aku atas segala kelalain aku selama ini.

Aku ialah hamba, Engkau ialah Tuhan.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku (51;56)

0 comments:

Back to Top