Pages

10 ramadhan pertama...

Salam Ramadhan Mubarak.



Alhamdulillah syukur. Dengan izin Allah SWT akhirnya perjalanan dalam mencari redha dan rahmat Allah dalam 10 malam pertama ramadhan berjalan lancar dan slamat. Walau banyak mana bibir meniti kata-kata syukur, tak mampu aku gambarkan bertapa berterima kasihnya aku pada Tuhan yang mendengar doa sekian lama ni. Bersyukurnya aku dipilih menjadi tetamu Allah dalam usia muda, penuh kudrat dan dalam bulan yang penuh barokah. Bersyukurnya aku kerana diberi rezeki, kemudahan, kelapangan masa dan berpeluang menunaikan ibadah bersama manusia2 yang paling aku sayang, mak dan ayah.



Alhamdulillah. Trima kasih ya Allah. Terima kasih kerana dalam segenap dugaan dan ujian, rupanya Kau perlihatkan satu kelazatan dari kesabaran-kesabaran aku yang lalu. Tak tertanggung rasanya rindu untuk kembali semula menjadi tetamu buat kali kedua. Moga doa yang ini Kau perkenankan jua. Amin.



Lepas solat jumaat 29 July. Penerbangan pertama dalam journey umrah ku. Inilah ‘percutian’ paling berdebar, kaget dan takut namun tak sabar yang pernah aku rasa dalam hidup. Perjalan yang ditunggu-tunggu sekian lama. Impian kalbu yang akhirnya terlaksana. Masa di airport lagi sudah terasa bertapa bertuahnya dipilih menjadi tetamu Allah dalam usia muda. Dapat jugak tolong jemaah lain angkatkan beg. Dalam flight ajar tok wan pakai seat belt. Tunjuk kan mak cik tempat duduk. Nikmatnya ya Allah masa muda!


Perjalanan ke dari KL ke Kuwait untuk transit ambil masa lapan jam. Aku terbang 6329.90 km (google) tinggalkan bumi malaysia. Tinggalkan ‘dunia’ sebenarnya. Dunia dan isi-isi nya. Heh. Tapi kalau aku pon penat, apatah lagi tok n tok wan, mak cik n pak cik tu? It takes nearly 24 hours to reach Madinah from KL and Kuwait. Ini journey paling jauh. Semakin dekat semakin gementar.


Alhamdulillah. Ibadah di Madinah terutama di masjid Nabi boleh dikatakan lancar, walau aku tak boleh masuk masjid untuk 2 hari sebab period. Ini tandanya? Walau sehebat mana perancangan, jika Allah tak izin, tetap tak jadi. Hari terakhir di Madinah akhirnya baru sempat. Masjid Nabawi. Malu rasanya menjadi tetamu nabi bila fikirkan diri yang jarang2 berselawat ni. Malah Allah permudahkan pula jalan masuk aku ke Raudhah. Diberi lagi ruang untuk bersolat dalam kesesakan manusia.


Ya Rasulullah, aku datang menziarahi makam dan masjid mu bersama beban dosa yang tak tertanggung. Amalan yang kurang, sunnah yang jarang-jarang aku laksana. Siapa lah aku ini disisi mu ya Rasulullah?


Perjalanan diteruskan. 7 hari di Mekah bermula dari ramadhan ke 3. Berpuasa di Mekah sambil tunaikan umrah? Subhanallah! Cabarannya bukan main! Dengan suhu 40 darjah Celsius. 7 pagi bahangnya dah macam pukul 11 waktu Malaysia. Tawaf bersama puluhan ribu umat. Kemudian bersa’i pulak yang jaraknya 4km. Tak masuk jalan dari hotel ke masjid. Cari pintu & kasut tak jumpa. Entah brapa kilometer..PUASA!! aku kalah. Kali pertama, aku muntah. Lembik. Batal sudah puasa. Tapi semangat tok wan aku jadikan inspirasi untuk umrah seterusnya!


Tahu macam mana rasa bila pertama kali tengok kaabah? (ayat aku mati di sini sebab aku sendiri tak mampu nak tafsir) Jejak sendiri. Baru tahu macam mana rasa.


Kalau selama aku bersolat cuma nampak dinding. Cuma sejadah. Tapi untuk petama kalinya aku bangun dari sujud dan memang betul-betul real kaabah depan mata…aku sujud untuk kali kedua dan aku dah rasa tak mampu nak bangun lagi.. malu dengan Allah. Malu dengan dosa. Malu sebab sujud minta doa yang banyaknya bukan main.. Kau terima lah segala ibadahku ya Allah.. sungguh, terasa sangaaat kerdil. Bersama hampir 5 juta umat islam yang berpusu-pusu merebut barokah ramadhan, aku menangis entah kali yang ke berapa.


Terlalu banyak perkara yang aku blajar. Aku blajar sabar bila aku perlu bersusah payah bersai dan tawaf masa puasa. Aku belajar untuk redha bila satu2nya sandal aku hilang, dan balik masjid tak pakai kasut. Aku belajar cara berbuka Rasulullah bila Cuma berbuka dan bersahur dengan kurma n air zam-zam (sebab aku hilang dari mak ayah aku masa sai n azan subuh dah dekat. Jadi tak sempat sahur).


Aku belajar solat jenazah. Aku belajar berkongsi, bila stengah botol air zam2 yang aku bajet nak buat wuduk lebih diperlukan oleh makcik seblah sebab dia dahaga. End up dia minum air tu sampai habis. Aku belajar yang sebenarnya solat dan puasa ni bukan satu yang complicated. Belajar untuk makan apa yang ada, sebab focus sebenar bukan untuk kenyang tapi mengejar trawih! Aku belajar solat di kaki lima jauh dari mak ayah aku yang ada dalam masjid sbb mahu rasa thrill nya solat tepi jalan dengan saudara seislam yang aku tak pernah jumpa.


Dan yang paling terkesan dalam semua ibadah sepanjang aku di mekah ni bila aku ternanti-nanti kan imam yang sorang ni dalam solat trawih. Yang boleh buat aku sempurnakan trawih sampai habis even semua famly aku dah balik. Menitiskan air mata bersama semua orang termasuk imam ni sendiri dalam doa qunut dia yang panjang n paling sayu penah aku dengar. Ya Allah, rindunya nak menadah tangan, menjadi makmum pada imam yang hebat ini.


Aku Cuma harap segala ibadah aku yang aku dah buat ni diterima. Peluh dan keringat puasa aku mudah-mudahan tak sia-sia. Moga ini bukan ziarah terakhirku. Bukan juga ramadhan terakhir..! Aku dah berdoa. Doa yang terbaik untuk semua. Doa moga sahabat yang lain juga dapat kesempatan untuk jadi tetamu Allah dalam usia muda. Jangan takut untuk bermimpi, kerana aku percaya akan kata-kata ‘Allah tidak memanggil orang yang mampu, tapi memampukan orang yang terpanggil..’ insyaAllah. Aku juga tak mahu takut untuk bermimpi lagi.


Baitulmaqdis, tunggu kedatanganku!!

1 comments:

Anonymous said...

sayunye baca entry ko ni de'a..
insyaALLAH,aku pon nk psg niat nak ke sana la..tp,mcm ko la..rasa malu atas dosa lampau ..

Back to Top