Pages

2

Dan 1 April pon tiba...

Salam sejahtera untuk semua.

Kali ini aku sengaja tunggu 1 april untuk mulakan entry. jika dilihat pada entry yang lepas-lepas, mesti ramai yang buat telahan aku ini manusia emo. sebab asik-asik tulis ayat-ayat pujangga ciptaan sendiri yang cuma aku sendiri yang faham apa makna tersiratnya. Takk, sebenarnya hidup aku lebih dari itu..cuma untuk bulan yang lepas, terlalu banyak kerja-kerja terbengkalai yang buat aku stress. Rupanya menanti debaran di semester akhir sangat dasyat. maha dasyat sebenarnya. boleh bikin jiwa kacau, hati kechamourk dan macam-macam rasa lagi...jadi aku tak ada masa untuk duduk lama depan lappy untuk taip apa aku rasa..sumpah tak ada masa...

jadi hari ini aku free sikit..ok, sebenarnya free agak banyak. tak, aku masih ada perkara perlu selesaikan, tapi jiwa aku tetap meronta suruh aku update kejayaan-kejayaan yang aku dah bejaya harungi untuk sebulan ni...lapang dada rasanya, tapi tetap tunggu dalam debaran!

Hari ini sudah April 1..please don't fool around with that. 1 haribulan april punya banyak makna buat aku. walau ini bukan hari yang ditunggu, tapi ya, sooner or later hari ini akan sampai juga bukan..? inilah harinya...

Bermula dengan skala kecil, 1 april rupanya memberi makna aku cuma ada 1 minggu terakhir untuk sesi 'persekolahan'..insyaallah...ya, aku di minggu akhir! sebelum bermula nya minggu ulangkaji...alhamdulillah, walau cepat masa berlalu, aku harap semuanya berakhir sperti yang diharapkan.. walau jauh di sudut hati tetap sayu untuk tinggalkan semua kawan dan kenangan.

untuk skala yang besar sikit, kedatangan 1 april bermakna hidup aku di sini cuma tinggal sebulan..ya, cuma sebulan saja lagi sebelum aku bergelar graduan, insyaallah...! rupanya aku hampir ke garisan penamat. rupanya aku di sini sudah 3 tahun..menyulam suka dan duka bersama teman. itu belum masuk pengalaman berharga di tempat orang. alhamdulillah, rupanya apa yang Allah tetapkan memang perkara terbaik bagi hambanya. syukur aku masih mampu bertahan...

Masuk fasa kedua. perkara yang buat aku terus semangat untuk habiskan apa yang sudah aku mulakan.. tentu sekali hubungan bersama zulaihi. walau yang ditunggu adalah 1 mei...



Cuma tingga sebulan..atau 30 hari untuk menjengah ke angka 3 tahun.. walau bagi aku 'baru 3 tahun', tapi perkara yang dah mula, tak patut dibiarkan saja tanpa makna. sebenarnya nak cakap, 3 tahun yang penuh makna! hehe...

alhamdulillah, walau aku rasa alam perkahwinan bakal menjadi perkara terakhir dalam hidup, aku juga manusia biasa yang punya naluri untuk jadi seorang isteri. boleh jadi angka 3 itu cuma separuh dari perjalanan kami..perjalanan aku dan dia.. andai 3 tahun sebelum ini tak terasa ianya berlalu, kenapa tidak ditunggu saja lagi 3 tahun..? jodoh itu kan ketentuan Allah..andai aku dan dia telah ditakdirkan bersama, kenapa perlu khuatir? jadi biar aku letakkan soal ini pada sudut hati. aku biar saja ia di sana dan mahu fokus pada perkara lain.. Ya Rasulullah, doakan kami..

Sekitar minggu-minggu akhir ini, aku dan pun berjaya habiskan presentation yang terakhir untuk subjek terakhir. walau saat akhir, tapi tetap puas hati bila dapat pujian dari lecturer. ini sebenarnya kelas kegemaran, lecturer nya juga aku gemar. bila dapat pujian, seolah-olah hilang semua penat lelah.. di bawah adalah muka-muka kelegaan. seronoknya...




Ada banyak lagi gambar dalam facebook, tapi di sini aku cuma letakkan gambar yang punya nilai estatika bagi diri aku. dan aku dengan susah payah buang masa duduk dan edit, supaya lebih sedap mata memandang. ikutkan hati mahu saja aku print dan scrap-book kan semua kenangan ini. . ini saat terakhir aku dan mereka bekerja dalam 1 kumpulan. lepas ini tiada lagi. tahniah janet, azra n anis...kamu kawan-kawan terbaik aku di sini.

April 1 dah hampir ke penghujung. lepas ni akan ada lagi event yang best untuk dikenang. Trip ke bako, dinner, dinner n dinner...tp aku tetap teruja dengan bako.HAHA. tak kisah walau janet & azra tak berminat. aku fikir aku kan jadi manusia paling menyesal andai terlepas trip ini...

my journey has just began..

2 comments:

djambu puadovich said...

xda apa2 nk komen...saje je nak mnyebok! :P

Nadira Sani said...

ahahh...tq kerana sudi dtg menyibuk.. ;)

Back to Top