Pages

3

Yang patah cuma hati..bukan semangat!

salam.

akhirnya. ada jugak ruang untuk aku update blog. aku mengaku selama world cup yang baru sangat habis ni, karangan-karangan dalam blog aku slalu diganggu oleh perlawanan-perlawanan repeat yang membuatkan aku tegar berada depan tv..mesti la distracting bila nak mencurah perasaan kalau ada match bola..

sejarah aku dan bola.

sejak aku umur 7 tahun, aku slalu heran kenapa ayah aku boleh tiba-tiba tido depan tv dalam jangka waktu tertentu. tapi tak pulak aku soal kenapa ayah aku tido kat ruang tamu sambil buka tv pukul 2 3 pagi. bila aku dah masuk skolah asrama kat langkawi, aku mula follow up WC 2002 kat jepun tu. match yang aku tak boleh and takkan penah lupa ialah perlawanan antara Portugal & South Korea la..kat situ lah aku kenal siapa itu Ahn Jung Hwan....dan korea menang penalti selepas seri 0 0..momen yang indah bila TV yang disediakan asrama untuk student lelaki n perempuan betukar kepada penyokong south korea n portugal.... ;)

saat itu, aku mula kenal nama2 player seperti nakata, raul...dan hidup aku mula begelumang dengan bola selepas aku ketagih untuk membaca majalah Wisel n majalah bola yg lain. even skarang pon majalah2 ni masih survive dlm bookshleve umah aku kat kg..!
masa final WC jerman, aku form six...aku slalu teman ayah aku tgok bola kat kedai tomyam tepi jambatan kat area umah kami.. dan apabila bapak aku me-recall-kan balik memori anak branak kami menonton perlawanan bola besama pada WC kali ini...aku realize yang masa begitu-sangat2 pantas berlalu....

"along..yang world cup hari tu kita mai tengok kat kedai ni jugak kan?? masa tu hang form brapa? form six kan..?? he he... "

dan final masa italy vs france 4 taun lepas, kami tengok sama2 dengan mak aku. cuma kami ber-3.....

arghhh...rupanya dah 4 tahun berlalu!

skarang.

hidup aku dah banyak berubah. aku dah habis blajar. masa aku dah jarang spend kat umah dengan famly sebab aku stay kat kl..cuba untuk melakar masa depan yang tentunya masih belum tentu arah & tuju nya.. belajar hidup susah dan keluar dari safety zone aku di kg.. dan yang pastinya sejarah cinta picisan yang penuh retorik yang aku bina selama 3 tahun 2 bulan akhirnya hancur dengan begitu tragis skali. mengajar aku merasai sakitnya putus cinta pada usia 23 tahun - di saat jiwa & semangat berkobar-kobar untuk mencari masa depan - dan tentunya sangat2 perlukan sokongan walau dari siapa pon!!!

arghh...aku tersungkur disaat punya keinginan paling tinggi untuk berlari laju. aku belajar untuk bangun walaupon payah. tapi aku redha. aku redha akan semua nya yang ALLAH tentukan untuk aku. and it's time for me to appreciate people yang all this while adalah penyokong setia aku sampai bila2 pon - mak dan ayah aku.

"biaqlah orang nak buat kat kita..asalkan kita tak buat kat orang"
argh. manusia yang dengki & perut busuk takkan kemana pon hidupnya!

saat ini.

aku dengan susah payah sedang menghabiskan pembacaan tetralogi Laskar Pelangi. damn! kalau aku baca karya superb andrea hirata ini 10 tahun lalu, tak mungkin aku disini. boleh jadi aku sedang menyusuri jalan2 di kota paris.. atau menikmati keindahan lembah edensor bersama team laskar pelangi! ya!! novel yang berjaya melonjakkan smangat aku untuk berjuang habis-habisan mencapai mimpi dan cita-cita! dan yang paling penting tentu saja menghentak kepala aku untuk bersyukur! ada manusia di luar sana yang jauh lebih teruk nasib dan keadaan nya...tapi berani mempunyai cita-cita!

jadi apalah sangat dugaan keceper putus cinta aku ni?????

besok dan hari-hari seterusnya.

aku dah diterima bekerja. alhamdulillah. mulai besok, takkan ada lagi hari senang lenang untuk aku. yang ada cuma hari susah payah - sebab hari2 aku perlu bersusah payah panjat bas awal2 pagi dan boleh jadi balik umah malam2 hanya untuk merealisasikan cita2 aku - kerja kat bank!

moga Allah permudahkan segala urusan aku. memohon kerja, hadir interview buat kali pertama & LULUS adalah perkara paling indah dalam hidup aku. sekurang2nya aku tak perlu hadir untuk 6-7-8 intv untuk dapatkan kerja!

aku perlu bersedia. mental n fizikal. takkan bersedih lagi. yeahhh! mari berhabis-habisan berjuang untuk masa depan!
till then, salam!

3 comments:

Blithely Me said...

it's HIS lost..BIG TIME
Terus ke depan..
kami orang2 kampung menyokong anda!
:)

Nadira Sani said...

tima kasih banyak2 tijah..u inspired me alot..! lucky i had u!! ehehe

ZieSalikan said...

bagus....lah kalu terus bersemagat..ingat hidup mesti diteruskan..mby nadira akan dapat jodoh yang lebih baik sebelum ini... anggap je nie semua cabaran hidup... semuanya ader hikmahnya....enjoy your life....

Back to Top