Pages

0

Jangan TAK terkinja-terkinja!!

salam satuuuuuuuu...mlasiaaaa!!!

pergh...sound so rosmah mansor.

ok first thing, salam tahun baru. cukup. aku dah wish masa maal hijrah.

2010 - tahun ujian. 2011 - tahun nikmat selepas melepasi ujian. Trima kasih ya Allah. moga iman aku terus teguh di situ. hati aku cekal. semangat aku terus tabah walau payah.

kedua.

aku mahu kongsi pengalaman turut serta dalam sambutan bersar-besar sambut tahun baru. yeah BESAR-BESAR. sampai KL jadi huru hara & sampai aku stuck dalam train balik kerja. (ye ye aku keja jumaat tu.) sebab semua orang tak tentu arah nak sambut tahun baru..konon!!

woi kau tahu tak kalau kat sungai petani semua orang rilek aje walopon besok tahun baru? kau tahu tak kau masih boleh drive kreta macam biasa pergi market ke hapa? pi lepak mamak macam 8 haribulan? woi huru hara kl, kau tahu tak kau slalu buat aku rindu hometown aku yang paling damai dan bebas dari sebarang huru hara tu? shit.

ok. ini ialah perspective aku dari seorang budak kampung yang pertama kali sambut tahun baru di bandar metropolitan. pergh. dalam keramain tu aku tercari2 dimana titik kenikmatan untuk satu keseronokkan malam tahun baru. yah, aku cuba mencari diri aku dalam suasana hingar bingar riuk pikuk niii. banyak soalan yang aku putarkan untuk aku sendiri jawab.

mula dengan; kenapa ramai sangat orang ni? seronok nampak? takmau share ke? apa yang sronok sangat tu kak? wah datang dengan boyfren. peluk2 bagai. woi kau lupa ye suhaimi meor hassan cakap apa?? DUDUK RENGGANG-RENGGANG... korang pegang2 ape tu?

eh ada spray2 buih? eh kita parti buih malam ni?? pesta muda mudi sampai pagi. ini ke yang dikatakan kl life tu?? kenapa aku tak teruja pon? kenapa aku tak rasa nak join pon lompat2? padahal masa study dulu aku obses jugak dengan gig..aku support je battle of the band...kan dunia aku jugak ni? apehal skarang aku tak feel pon.. apehal?? dah tak remaja ke aku ni??

woi ade tomok siot kat atas stage. apehal aku duduk je tepi bangku ni?? bangun la. join la diorang nyanyi. lompat2. apehal pasif sangat aku ni? ok fineee...apa masalah kau deea? new year eve kot. chill la..!!

puas aku pujuk. nampak gaya jasad dan minda aku langsung tak berminat. ok finee aku kuar jugak dari tempat persembunyian. yang td nya jauh dari orang ramai, skrang cuma less than 100m dari stage..

aku tenung2. anak melayu. anak cina. hindu pon ramai. semua sronok. dan aku buat tafsiran lagi. dalam majlis ni, sapa yang paling untung?? mlayu? rata2 yang aku perati kebanyak kan budak skolah & pelajar ipt. prangai gila2 tak tentu arah. hindu pon sama. tapi tak la ramai.

cina la yang paling untung ngongggg!!! kau tahu dia jual tin spray buih tu?? semua orang beli? bukan setin..bukan 2 tin..5 tin rm 10 bhai..seblah hidung je kot. tu kalau sorang yg beli..kalau dah macam laut orang kat situ?

ishhh rugi nyaa aku tak bukak pondok jual koci!!! sumpah bosan nak tunggu sampai pukol 12......dohhhh!

sampai habis bunga api, kena pulak himpit2 laga2 sondol2 gesel2 nak balik. aduh. laa tgok bunga api je pon. depan umah aku pon boleh. lepas tu bermula lah parti liar anak remaja sampai pagi. pesta seks pesta arak tak payah tanya. sebab aku tak reti nak crita. the exact time ialah lepas pukol doblas bodoh! bukan masa tunggu bunga api tu...paham?

ishh tak sabar tunggu bulan ogos. excited nak tengok jumlah kes buang bayi time tu.

but still, aku nak jugak appreciate raudhatus sakinah sebab dah anjurkan majlis gilang gemilang penuh barokah sempena tahun baru.

woi kau tahu aku sangat teruja nak join menda ni? kau tahu takk???

kau nampak??

then macam mna aku boleh telepas pegi join majlis kinja2 pulak ni?? sebab..sebab..sob2...sebab aku period! tak leh smayang. macam mana nak masuk masjid buat qiamulail berimam kan imam muda Azhar??? ya Allah...kecewa nak mampos siot. tp mesti ada hikmah. mesti ada.

Allah didik aku dengan cara yang aku tak pernah nak sangka pon. party ke, qiamullail ke, asalkan kau tahu kau siapa... insyaallah He will show you the way..

pandai-pandai tafsir hidup kawan! aku jugak pernah merasa muda satu ketika dulu. dan alhamdulillah dalam usia ini aku dah rasa terlalu cukup tua untuk sama-sama terkinja-kinja di luar sana.

aku sayangkan masa muda aku. terima kasih pengalaman!

0 comments:

Back to Top