Pages

10 ramadhan pertama...

Salam Ramadhan Mubarak.



Alhamdulillah syukur. Dengan izin Allah SWT akhirnya perjalanan dalam mencari redha dan rahmat Allah dalam 10 malam pertama ramadhan berjalan lancar dan slamat. Walau banyak mana bibir meniti kata-kata syukur, tak mampu aku gambarkan bertapa berterima kasihnya aku pada Tuhan yang mendengar doa sekian lama ni. Bersyukurnya aku dipilih menjadi tetamu Allah dalam usia muda, penuh kudrat dan dalam bulan yang penuh barokah. Bersyukurnya aku kerana diberi rezeki, kemudahan, kelapangan masa dan berpeluang menunaikan ibadah bersama manusia2 yang paling aku sayang, mak dan ayah.



Alhamdulillah. Trima kasih ya Allah. Terima kasih kerana dalam segenap dugaan dan ujian, rupanya Kau perlihatkan satu kelazatan dari kesabaran-kesabaran aku yang lalu. Tak tertanggung rasanya rindu untuk kembali semula menjadi tetamu buat kali kedua. Moga doa yang ini Kau perkenankan jua. Amin.



Lepas solat jumaat 29 July. Penerbangan pertama dalam journey umrah ku. Inilah ‘percutian’ paling berdebar, kaget dan takut namun tak sabar yang pernah aku rasa dalam hidup. Perjalan yang ditunggu-tunggu sekian lama. Impian kalbu yang akhirnya terlaksana. Masa di airport lagi sudah terasa bertapa bertuahnya dipilih menjadi tetamu Allah dalam usia muda. Dapat jugak tolong jemaah lain angkatkan beg. Dalam flight ajar tok wan pakai seat belt. Tunjuk kan mak cik tempat duduk. Nikmatnya ya Allah masa muda!


Perjalanan ke dari KL ke Kuwait untuk transit ambil masa lapan jam. Aku terbang 6329.90 km (google) tinggalkan bumi malaysia. Tinggalkan ‘dunia’ sebenarnya. Dunia dan isi-isi nya. Heh. Tapi kalau aku pon penat, apatah lagi tok n tok wan, mak cik n pak cik tu? It takes nearly 24 hours to reach Madinah from KL and Kuwait. Ini journey paling jauh. Semakin dekat semakin gementar.


Alhamdulillah. Ibadah di Madinah terutama di masjid Nabi boleh dikatakan lancar, walau aku tak boleh masuk masjid untuk 2 hari sebab period. Ini tandanya? Walau sehebat mana perancangan, jika Allah tak izin, tetap tak jadi. Hari terakhir di Madinah akhirnya baru sempat. Masjid Nabawi. Malu rasanya menjadi tetamu nabi bila fikirkan diri yang jarang2 berselawat ni. Malah Allah permudahkan pula jalan masuk aku ke Raudhah. Diberi lagi ruang untuk bersolat dalam kesesakan manusia.


Ya Rasulullah, aku datang menziarahi makam dan masjid mu bersama beban dosa yang tak tertanggung. Amalan yang kurang, sunnah yang jarang-jarang aku laksana. Siapa lah aku ini disisi mu ya Rasulullah?


Perjalanan diteruskan. 7 hari di Mekah bermula dari ramadhan ke 3. Berpuasa di Mekah sambil tunaikan umrah? Subhanallah! Cabarannya bukan main! Dengan suhu 40 darjah Celsius. 7 pagi bahangnya dah macam pukul 11 waktu Malaysia. Tawaf bersama puluhan ribu umat. Kemudian bersa’i pulak yang jaraknya 4km. Tak masuk jalan dari hotel ke masjid. Cari pintu & kasut tak jumpa. Entah brapa kilometer..PUASA!! aku kalah. Kali pertama, aku muntah. Lembik. Batal sudah puasa. Tapi semangat tok wan aku jadikan inspirasi untuk umrah seterusnya!


Tahu macam mana rasa bila pertama kali tengok kaabah? (ayat aku mati di sini sebab aku sendiri tak mampu nak tafsir) Jejak sendiri. Baru tahu macam mana rasa.


Kalau selama aku bersolat cuma nampak dinding. Cuma sejadah. Tapi untuk petama kalinya aku bangun dari sujud dan memang betul-betul real kaabah depan mata…aku sujud untuk kali kedua dan aku dah rasa tak mampu nak bangun lagi.. malu dengan Allah. Malu dengan dosa. Malu sebab sujud minta doa yang banyaknya bukan main.. Kau terima lah segala ibadahku ya Allah.. sungguh, terasa sangaaat kerdil. Bersama hampir 5 juta umat islam yang berpusu-pusu merebut barokah ramadhan, aku menangis entah kali yang ke berapa.


Terlalu banyak perkara yang aku blajar. Aku blajar sabar bila aku perlu bersusah payah bersai dan tawaf masa puasa. Aku belajar untuk redha bila satu2nya sandal aku hilang, dan balik masjid tak pakai kasut. Aku belajar cara berbuka Rasulullah bila Cuma berbuka dan bersahur dengan kurma n air zam-zam (sebab aku hilang dari mak ayah aku masa sai n azan subuh dah dekat. Jadi tak sempat sahur).


Aku belajar solat jenazah. Aku belajar berkongsi, bila stengah botol air zam2 yang aku bajet nak buat wuduk lebih diperlukan oleh makcik seblah sebab dia dahaga. End up dia minum air tu sampai habis. Aku belajar yang sebenarnya solat dan puasa ni bukan satu yang complicated. Belajar untuk makan apa yang ada, sebab focus sebenar bukan untuk kenyang tapi mengejar trawih! Aku belajar solat di kaki lima jauh dari mak ayah aku yang ada dalam masjid sbb mahu rasa thrill nya solat tepi jalan dengan saudara seislam yang aku tak pernah jumpa.


Dan yang paling terkesan dalam semua ibadah sepanjang aku di mekah ni bila aku ternanti-nanti kan imam yang sorang ni dalam solat trawih. Yang boleh buat aku sempurnakan trawih sampai habis even semua famly aku dah balik. Menitiskan air mata bersama semua orang termasuk imam ni sendiri dalam doa qunut dia yang panjang n paling sayu penah aku dengar. Ya Allah, rindunya nak menadah tangan, menjadi makmum pada imam yang hebat ini.


Aku Cuma harap segala ibadah aku yang aku dah buat ni diterima. Peluh dan keringat puasa aku mudah-mudahan tak sia-sia. Moga ini bukan ziarah terakhirku. Bukan juga ramadhan terakhir..! Aku dah berdoa. Doa yang terbaik untuk semua. Doa moga sahabat yang lain juga dapat kesempatan untuk jadi tetamu Allah dalam usia muda. Jangan takut untuk bermimpi, kerana aku percaya akan kata-kata ‘Allah tidak memanggil orang yang mampu, tapi memampukan orang yang terpanggil..’ insyaAllah. Aku juga tak mahu takut untuk bermimpi lagi.


Baitulmaqdis, tunggu kedatanganku!!
0

thing YOU DO..!

arrrghhh i love dhiss sho much...



You,
Doin' that thing you do,
Breaking my heart into a million pieces,
Like you always do
And you,
Don't mean to be cruel,
You never even knew about the heartache,
I've been going through
Well I try and try to forget you girl,
But it's just so hard to do,
Every time you do that thing you do

I,
Know all the games you play,
And I'm gonna find a way to let you know that,
You'll be mine someday
'Cause we,
Could be happy can't you see,
If you'd only let me be the one to hold you,
And keep you here with me
'Cause I try and try to forget you girl,
But it's just so hard to do,
Every time you do that thing you do

I don't ask a lot girl,
But I know one thing's for sure,
It's the love I haven't got girl,
And I just can't take it anymore

'Cause we,
Could be happy can't you see,
If you'd only let me be the one to hold you,
And keep you here with me
Cause it hurts me so just to see you go,
Around with someone new,
And if I know you you're doin' that thing,
Every day just doin' that thing,
I can't take you doing that thing you do
0

aku cumalah seorang aku.

salam.

aku temui diri aku pada satu saat dan ketika. yang aku ini cumalah seorang manusia. seorang manusai biasa. sungguh biasa. sungguh tipikal. sungguh tiada ada kelebihan yang menakjubkan..

aku temui diri aku pada saat dan ketika. dimana aku ini amarahnya tak menentu. nafsu yang sembilan sukar dikawal. iman dan pegangan agama ku dangkal. kesabaran ku terhad.

sungguh..!

baru kutemui diri. makian ku ada kalanya bukan pada tempatnya. selalunya. kesabaran aku juga bukan kena pada letak duduknya perkara. dan selalunya pon aku bersabar untuk perkara yang sungguh tak sepatutnya...dan mencarut juga pada benda dan orang yang entah siapa-siapa..

dan aku cuma dan hanya seorang manusia. yang telah dengan keras dikerah untuk menjadi manusia kental dalam masa singkat. yang dengan keras mengajar aku akan erti sebenar hidup ini rupanya sungguh celaka..tak pernah adil. tak punya belas kasih. a z a b.

telan. itu realiti.

tapi aku cuma manusia. manusia yang satu tika dulu tersungkur dan bangun semula... tersungkur lagi dan bangun semula..tersungkur dan gagah untuk bangkit dengan susah payah..



pasti bakal jatuh lagi namun tak mengapa kerana aku akan bangun!

kerana aku cumalah seorang manusia. seorang hamba sebenarnya. bukan apa-apa. bukan siapa-siapa. kuat mana cuma seorang hamba mampu menghalang langkah dari tersungkur atas ujian dari penciptanya?

mari. bersiap. bangun.

1. tempat kerja
jangan tikam saya kerana saya sudah tak punya apa-apa rasa lagi. :)

2. keluarga.
sori, bukan semua cerita along boleh kongsi. sori.

3. kawan.
mana?

4. cita - cita.
hanya itu yang tinggal. sumpah penat nak kejar..!

5. cinta.
dayana; nad ada bf?
aku; tak ada
dayana; TIPU!
jehan; nad kan heart-breaker. . . .
aku; . . .

6. harapan.
yang aku harap cuma dapat tatap kaabah depan mata. Allah, ampun dosa aku. t o l o n g..... dosa lalu bagaikan hantu..

7. kahwin
aku; ayah, jom p guangzhou. kan kawan ayah dok sana?
ayah; anak kawan ayah yg kerja dengan SPA dok sana.
mak: hensem tak anak kawan ayah? kira jalah dengan anak kita.
ayah: hen..sem....

Prepare untuk perhimpunan bersih 2.0. kali ini mesti jadi. mesti! b y e..!
2

ini cerita benar.

april 18 2011. 22:49

Subhanallah.

mungkin ini saja yang aku mampu ucap skarang. ok hari ni memang ada prasaan untuk update blog. blog yang dah memang jarang2 aku view. jarang2 aku belek. tapi tak sampai lima belas minit tadi aku tegerak hati untuk scroll blog sendiri. tengok2 di sisi kiri. tengok followers. tengok stalkers (hehe) dan teruss sampai wishlist....

m e c c a..??????

ya Allah. sumpah aku tak ingat bila aku letak mekah sebagai wishlist aku. sumpah. mungkin seblum aku clash? mungkin sebelum aku dapat kerja 9 bulan dulu???? bila ehhh?? setahu aku memang dah lama sangat tak update, tak godek2 blog ni...so it should be longg long time ago nih...

subhanallah..Allah dengar doa aku ke??

rupanya Allah dengar doa aku..tanpa aku sedar.. seingat aku masa aku tulis mekah dalam wish list, aku cuma niat kalau boleh dapat laa sampai sebelum umur 30 tahun..tu jer... aku tak usahakan apa2. aku tak kumpul duit. dan aku dah lupa pon aku pernah wish macam tu.

sampai la hari ni. tak sampai stengah jam tadi. baru aku sedar aku letakkan MEKKAH sebagai wishlist aku. Allah dengar detik hati aku rupanya. dan ya, memang secara tak sengaja aku akan ikut famly aku untuk tunaikan umrah tak lama lagi.

sejak akhir2 ni, selalu aku tertanya2 kenapa tiba-tiba hidup aku banyak sangat ujian yang Allah bagi.. lepas satu, satu. lepas sorang, sorang lagi aniaya aku. ofis dengan hal ofis. rumah dengan hal rumah. dslr & laptop orang curi. kena fitnah lagi. tahan telinga dengar perli sana sini. sakit kott nak telan.

paling sakit bila tengok barang yang kita bagi, orang tak hargai langsung! walaupon aku ada niat yang baik untuk orang tu, end up macam2 yang aku trima balik. aku tak boleh berhenti berfikir, kenapa Allah detikkan niat yang baik dalam hati aku, dalam masa yang sama Allah balas niat baik aku dengan benda yang menyakitkan??

contohnya, aku niat untuk jual barang yang aku dapat, dan beli rak buku untuk diletakkan di surau rumah aku. so that the person dapat la pahala nanti. but when it comes to mine, baju aku beli dia pakai untuk peluk cium awek baru? ya Allah sakitnya hati. see how contras it was??

baru malam ni aku temu jawapan. sebab Allah nak bagi aku satu hadiah paling istimewa agaknya. Allah dah makbulkan doa aku untuk jadi tetamu Dia nanti. detik hati yang aku tak pernah sangka akan jadi kenyataan secepat ini. jadi kawan2, jika ada musibah yang yang datang bertimpa2, ada orang aniaya, ada orang hina, jangan sekali2 khuatir. Ada sesuatu yang Allah sudah janjikan buat kamu.

indah nya ya Allah cara Kau mengatur hidup aku.

insyaAllah doakan aku antara salah seorang jemaah yang berada dalam penerbangan penang-kl-kuwait-jeddah tak lama lagi. (banyak nya transit!)

sesungguhnya Allah tidak memanggil orang yang mampu, tetapi memampukan orang yang terpanggil.
dan inilah hikmah yang paling menginsafkan aku.. moga bermanfaat buat kamu jgak. salam
0

masih hidup..masih bertahan.

2:16 pagi jumaat.

aku mahu jerit sesuatu. ada sapa mahu dengar???

sepi. tak ada?

jadi aku taip disini.. ya?

aku rindukan benda-benda yang Allah dah tarik dari aku.

rindu. rindu...RINDUUU.

dslr yang dicuri; moga kau selamat bersama tuan yang baru. jaga diri ok! kau tetap dalam hati aku. sebab kau yang PERTAMA.

em.. dah. besok pagi harus kerja.

sampai ada kesempatan lagi untuk pinjam komputer riba rakan serumah untuk update blog.

oh ya; aku masih hidup ya. masih boleh senyum. masih boleh berjenaka. masih bisa tahan nagis walau dicerca manusia lain. masih masih.

dan aku masih tetap aku yang dulu. bai.


3

Aku pon nak jadi awek penjaga gol!!

salam.

eh boleh tak aku nak update 2 entry dalam satu malam? tak boleh??

eh suka hati la blog aku!! ok2. pendek je, janji! haha.

tajuk; aku pon nak jugakkk ada boyfren yang terer tangkap bola macam khairul fahmi.

keke.

kalau la bf aku terer tangkap bola, mesti follower blog aku mencanak naik dari 29 orang ke 29 ribu orang. mesti banyak stalker!!tak tak...mesti semua orang baca entry aku sampai bengkak mata2...then cari entry yang aku tulis pasal AKU DAN DIA.... wahh... secara otomatik nama nadira tersenarai dalam antara carian terbanyak di google selepas hanis zalikha...wahh lagii...

suka. suka!

tp itu lah permulaan kepada satu bala! gile ar kesian aku kat awek kfcm ni. tak paham kenapa semua orang dengki sangat.. aku bukan nak hilite pasal awek dia yang kena kutuk secara terus-terusan selepas meng-over-expose-kan boyfren sendiri dalam blog sendiri..tp aku cuba nak ketengahkan perangai dengki orang melayu yang tak boleh tengok orang bahagia skit.

ehh lantak dia laa nak expose macam mana rupa pon, boyfren dia. biar laa dia paranoid pon sebab sapa yang suka tengok boyfriend ramai secret admire secara TIBA-TIBA. maksud aku seblom ni bf ko rakyat biasa. all of the sudden famous pulak! shock kot.

beb. kalo aku pon jeles. kalo aku ada bf, dan baru berusia 21 tahun...fikiran kurang matang sangat. diploma baru. mesti la excited glabah skit tulis pasal bf yang hensem macam plakon jepon tu...! dah aku sayang bf aku. aku express kn dalam blog. ape yang kau tak puas hati?

macam blog mamat ni, sanggup buat entry khas lagi. ye aku stuju memang annoying skit blog awek dia ni...tapi awek mane yang tak paranoid kalo bf tetiba fames? cuba kalo awek tu tulis entry khas untuk kau bro..mesti ko suka kan? sebab xde orang tulis menda mcm tu kat dia so dengan busuk hati kutuk orang paranoid. cuba tetiba awek ko jadi artis? paranoid takk? sengal.

sudah2 la dengki tu. KFCM tu bagos. bebakat.. orang macam dia tak dilahirkan setiap tahun. tapi bila ada ada isu mcm ni mesti ar distracting. hilang ar focus dia bodoh. biar jela dia nak kapel dengan awek dia. happy2. yang kau dengki kenapa?

aku emo laaaa!!! sebab aku pon penah kena. aku tau prasaan bila orang dengki dengan kita. bertahan & bertahan.... end up memang yang jahat & hati busuk gak menang. itu lah dunia. kan orang jahat slalu menang kat dunia??kan2??

kapel dengan laki yang tak brapa nak hensem pon ada orang dengki...inikan pulak khairul fahmi..!

haih. selamat mendengki...!

0

Jangan TAK terkinja-terkinja!!

salam satuuuuuuuu...mlasiaaaa!!!

pergh...sound so rosmah mansor.

ok first thing, salam tahun baru. cukup. aku dah wish masa maal hijrah.

2010 - tahun ujian. 2011 - tahun nikmat selepas melepasi ujian. Trima kasih ya Allah. moga iman aku terus teguh di situ. hati aku cekal. semangat aku terus tabah walau payah.

kedua.

aku mahu kongsi pengalaman turut serta dalam sambutan bersar-besar sambut tahun baru. yeah BESAR-BESAR. sampai KL jadi huru hara & sampai aku stuck dalam train balik kerja. (ye ye aku keja jumaat tu.) sebab semua orang tak tentu arah nak sambut tahun baru..konon!!

woi kau tahu tak kalau kat sungai petani semua orang rilek aje walopon besok tahun baru? kau tahu tak kau masih boleh drive kreta macam biasa pergi market ke hapa? pi lepak mamak macam 8 haribulan? woi huru hara kl, kau tahu tak kau slalu buat aku rindu hometown aku yang paling damai dan bebas dari sebarang huru hara tu? shit.

ok. ini ialah perspective aku dari seorang budak kampung yang pertama kali sambut tahun baru di bandar metropolitan. pergh. dalam keramain tu aku tercari2 dimana titik kenikmatan untuk satu keseronokkan malam tahun baru. yah, aku cuba mencari diri aku dalam suasana hingar bingar riuk pikuk niii. banyak soalan yang aku putarkan untuk aku sendiri jawab.

mula dengan; kenapa ramai sangat orang ni? seronok nampak? takmau share ke? apa yang sronok sangat tu kak? wah datang dengan boyfren. peluk2 bagai. woi kau lupa ye suhaimi meor hassan cakap apa?? DUDUK RENGGANG-RENGGANG... korang pegang2 ape tu?

eh ada spray2 buih? eh kita parti buih malam ni?? pesta muda mudi sampai pagi. ini ke yang dikatakan kl life tu?? kenapa aku tak teruja pon? kenapa aku tak rasa nak join pon lompat2? padahal masa study dulu aku obses jugak dengan gig..aku support je battle of the band...kan dunia aku jugak ni? apehal skarang aku tak feel pon.. apehal?? dah tak remaja ke aku ni??

woi ade tomok siot kat atas stage. apehal aku duduk je tepi bangku ni?? bangun la. join la diorang nyanyi. lompat2. apehal pasif sangat aku ni? ok fineee...apa masalah kau deea? new year eve kot. chill la..!!

puas aku pujuk. nampak gaya jasad dan minda aku langsung tak berminat. ok finee aku kuar jugak dari tempat persembunyian. yang td nya jauh dari orang ramai, skrang cuma less than 100m dari stage..

aku tenung2. anak melayu. anak cina. hindu pon ramai. semua sronok. dan aku buat tafsiran lagi. dalam majlis ni, sapa yang paling untung?? mlayu? rata2 yang aku perati kebanyak kan budak skolah & pelajar ipt. prangai gila2 tak tentu arah. hindu pon sama. tapi tak la ramai.

cina la yang paling untung ngongggg!!! kau tahu dia jual tin spray buih tu?? semua orang beli? bukan setin..bukan 2 tin..5 tin rm 10 bhai..seblah hidung je kot. tu kalau sorang yg beli..kalau dah macam laut orang kat situ?

ishhh rugi nyaa aku tak bukak pondok jual koci!!! sumpah bosan nak tunggu sampai pukol 12......dohhhh!

sampai habis bunga api, kena pulak himpit2 laga2 sondol2 gesel2 nak balik. aduh. laa tgok bunga api je pon. depan umah aku pon boleh. lepas tu bermula lah parti liar anak remaja sampai pagi. pesta seks pesta arak tak payah tanya. sebab aku tak reti nak crita. the exact time ialah lepas pukol doblas bodoh! bukan masa tunggu bunga api tu...paham?

ishh tak sabar tunggu bulan ogos. excited nak tengok jumlah kes buang bayi time tu.

but still, aku nak jugak appreciate raudhatus sakinah sebab dah anjurkan majlis gilang gemilang penuh barokah sempena tahun baru.

woi kau tahu aku sangat teruja nak join menda ni? kau tahu takk???

kau nampak??

then macam mna aku boleh telepas pegi join majlis kinja2 pulak ni?? sebab..sebab..sob2...sebab aku period! tak leh smayang. macam mana nak masuk masjid buat qiamulail berimam kan imam muda Azhar??? ya Allah...kecewa nak mampos siot. tp mesti ada hikmah. mesti ada.

Allah didik aku dengan cara yang aku tak pernah nak sangka pon. party ke, qiamullail ke, asalkan kau tahu kau siapa... insyaallah He will show you the way..

pandai-pandai tafsir hidup kawan! aku jugak pernah merasa muda satu ketika dulu. dan alhamdulillah dalam usia ini aku dah rasa terlalu cukup tua untuk sama-sama terkinja-kinja di luar sana.

aku sayangkan masa muda aku. terima kasih pengalaman!
Back to Top