Pages

0

jom gi kulyah!

salam

2 hari menuju rejab.

sehari dua ni semua warga utara demam. demam dengan fenomena Ust Azhar. Alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan. bukti anak muda makin cinta kan majlis ilmu. jumaat lepas masa di Perwaja, crowd cecah 30 ribu! gila apa 30 ribu? ngalahkan konsert led zeplin dah ni..situasi sama masa di padang kota. ramai remaja, student, mat rempit, belia, yg jobless mcm aku..macam-macam laa.. acara seblom2 ni pon sambutan hangat sentiasa.. Alhamdulillah.. seronok tengok

tapi aku harap moga ini menjadi turning point untuk kita, untuk aku sendiri, muhasabah & terus istiqamah dalam menghadiri majlis ilmu. tak guna kan kita semata-mata sronok gelak-gelak masa kulyah, tapi takda output pon untuk kita. sia-sia kita susah payah mai jauh untuk dengar kulyah, smata2 nak dengar lawak ustaz azhar, tapi ilmu yang tersirat di sebalik jenaka tu kita tak ikut satu pon..

tak guna kita show off dalam fb jugak, post sana sini youtube ust azhar, yang kononnya sekadar nak orang tahu kita suka perkara-perkara agama...tapi hakikatsebenarnya kita jarang sangat nak jejak surau depan rumah untuk solat jemaah. nak dengar kulyah jauh sekali.

apa gunanya? ini satu perkara menyedihkan. sangat menyedihkan. apa yang dikejar sebenarnya? glamor? nama? respek? atau sebab skarang memang trend ust azhar, jadi kita kena ikut trend?

ingat pesan ustaz, apa tandanya Allah sayang kita? tanda Allah sayang kita, bukan Dia bagi kita kaya, banyak duit, umah & kereta mewah.. tapi tanda Allah sayang kita, bila ada majlis ilmu, ada kulyah, ada ceramah agama, kita rasa seronok untuk hadir. kta rasa rindu nak dengar kulyah. kita sanggup beli kitab, blajar sampai habis. kita susun jadual harian kita, supaya kita boleh attend majlis2 ilmu...

itu sebenarnya tanda Allah sayang kita. apa guna rumah mewah, kereta besar, tapi bila ada ceramah, kita sekadar duduk depan tv besar kita aja? akhirnya kita mati sebagai manusia yang lalai, tolak hukum Allah.

masyaallah.

jadi kita pilih dimana letak duduk nya diri kita. aku pon bukan bagus sangat. bertahun dah slalu p ngaji, ibadah tak tara mana jugak. kluar umah stokin tak pakai jugak. cuma sekadar mahu kongsi ilmu. moga2 kita jadi manusia yang lebih baik dari masa ke semasa.

penuhkan lah majlis ilmu di surau dan masjid berdekatan umah kita. kuliah subuh, kuliah magrib, BANYAK sebenarnya tapi cuma kita yang pura-pura tak nampak. kerana yang kita kejar bukan sekadar daei dan ustaz, tapi ILMU

till then, assalamualaikum
0

sABAQ NAA ORANG - ORANG mUKMIN

Assalam.

hey hey..!
penah tak pikir macam ni...:

ish awat laa berat sangat ujian Allah kat aku ni
ish bilaa laa nak lega sakit aku nii
ishh aku dah buat yang terbaik dah, awat laa jadi macam ni
kat mana silap ni?

aku dah solat, dah puasa, dah sedekah
dah tak kacau hidup orang
tapi kenapa laa banyak sangat masalah betimpa-timpa ni

apa lagi yang tak kena ni?
awat laa Allah macam tak dengaq jaa doa aku?

penah tak pikir?
aku pon penah pikir dulu, sampai aku jumpa ayat ni dalam Quran:

'Adakah manusia itu mengira bahawa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?' (Al-Ankabut:2)

jadi pada saudara dan sahabat, malah untuk aku juga..
jangan putus asa.
malah bersyukur jika kita dipilih untuk diuji...
maka kita berpeluang peroleh pahala berganda..

ustazah kata; ujian itu adalah didikan DIRECT..terusss dari Allah..

ustad kata pulak; kalo Allah test kita, dan kita berjaya harungi, maka itu merupakan kejayaan pada diri kita.. tapi jika kita redha saat ujian itu, maka secara berterusan pahala sabar sedang mengalir...

ketahulah disisi Allah tu tak penah ada pon orang yang gagal jika dia sentiasa beriman..

Allah uji kita dengan tara mana iman kita. lagi kuat iman, lagi kuat Allah test.
tapi bila Allah uji, Dia cuma minta kita buat satu benda ja; sabar banyak banyak sebab dari sabar itu la datangnya pahala..

lebih banyak ujian, lebih banyak pahala sabar Insyaallah.

wallahualam. sekadar peringatdan untuk diri sendiri.
0
Assalamualaikum!

OH LA LA... blogspot berwajah baru..!

Ihfazillah YahFazka.
ya..ini hadis nabi. maksudnya; "Pelihara Allah (dengan sungguh2), nescaya Allah akan memelihara kamu.."
hadis ini panjang. tapi kata ustazah, hafal sekadar mampu... ajarkan pada anak2 juga. moga mereka sentiasa tahu untuk mentauhidkan Allah..

sebelum apa-apa, aku kongsi dulu kalam Allah dalam surah al-Baqarah; ayat 164,


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang berlayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langi lalu Allah hidupkan dengan tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung diantara langit dan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran..


Subhanallah. terpegun bukan dengan ayat ni.?

mimpi apa aku update blog ni? ohh, aku dah banyak masa terluang skarang.. Allah bagi aku cuti panjang lepas sekian lama hempas pulas dengan hal dunia. dan saat ini aku sedang nikmati saat paling indah dalam hidup; setiap subuh celik mata, muka petama yang dilihat ialah mak ayah... bahagianya kalau selamanya begini ya Allah.. :)

apa mimpi aku balik kampung? ya, disini aku mahu clarify pada semua yang tanpa jemu bertanya;

"laa awat brenti keja? laa awat balik kampung? laa awat tak tunggu sampai contrak habis bulan tujuh? laa sayangnyaa..kat kampung mana ada gheja...nak kenduri dah kaa??"

Laaaaaa.... lala lala

entah macam mana mahu explain. tapi aku punya sebab kenapa; resign, balik kampung, dan pergi BERSIH..hehe

1. resign dari cimb
sebenarnya dah lama nak resign pon. dan aku cuma contract staff, paling akhir pulak tuu. (contractor lain sume dah blah). slama ni asik tercari-cari alasan paling concrete untuk tulis surat resign, tak sampai hati pon ada..hingga satu malam lepas jumpa sahabat sejati kononnya, lepas bincang & bincang, aku tegar letak jawatan dengan alasan paaaling kukuh; untuk jaga HATI..bukan hati bos, bukan hati colleague, tapi hati AKU..  

awat? hati aku luka berdarah ka keja dengan cimb tu? susah nak cakap. ini hal antara aku dan Dato Nazir. haha. yang pastinya, dari biarkan hati aku jadi kufur, tidak bersyukur, rosak, jalan terbaik cuma QUIT.
ok setel kot bab resign.

2. o o o balik kamphongg...!
kenapa balik kampung? stay la dulu cari keja kat kl, keja apa ada kat kampung tu??

ish.. teruk benorr bunyi nya. tak yakin dengan kuasa Allah kaa? rezeki nii UMNO bagi ka Allah bagi nii??
ok, sebab pertama aku balik, tentunya nak berbakti untuk mak ayah aku pulak la, seblum depa mati. dengan niat sesuci ni, aku harap moga Allah dengar doa aku, maka bagi aku kerja yang baik.. ketahuilah bahwa sebaik-baik profession itu ialah memberi bakti pada ibu dan ayah.
cukup kot dua tahun di KL..macam2 manusia aku jumpa. tapi saat ini rasanya mak dan ayah lebih perlukan aku di rumah.. (tapi nampak gaya macam ayah aku dah start bosan tengok aku cuti lama sangat.huhu)

sebab kedua; aku ada tersyok kat sorang 'budak lelaki' ni..dia kat utara pulak. shit. dia bukan suka aku pon (rasanya laa) tapi peduli apa kan? wakaka.. dah, part tu takyah cita banyak.

3. BERSIH 3.0
keja pon tadakkk, kalut nak p BERSIH buat apa??

takut benorr bunyinya? ketahuilah semua, bahawa nadira kini sedang melangkah ke alam dewasa. bukan anak remaja yang satu tika dulu hidup tanpa tujuan..kabur akan matlamat hidup.  dia sekadar mahu jadi wanita dewasa, yang sentiasa tahu apa tujuan dia diciptakan... fuhh


boleh jadi sebahagian kita ANTI dengan BERSIH, kononnya anak melayu ikut Ambiga, mlayu sama mlayu pon nak gadoh..??
maka ketahuilah saudaraku, sepedih2 hati melihat negara huru hara, maka perit lagi hati ini melihat ISLAM dan Ulama dihina...

tiba masanya kita menolak pemimpin yang tolak Islam.. Islam yg pertama, Melayu datang kemudian!
biar aku kelihatan bodoh di mata kalian, asal tidak bodoh dimata Tuhan.

deea tau apa yang di buat, insyaallah. demi Islam, jangankan water cannon, semboq api pon kami turun! fuaaaa....

ok, cukup sekadar itu. mohon maaf atas salah dan silap. bai.
Back to Top