salam
2 hari menuju rejab.
sehari dua ni semua warga utara demam. demam dengan fenomena Ust Azhar. Alhamdulillah sambutan sangat-sangat menggalakkan. bukti anak muda makin cinta kan majlis ilmu. jumaat lepas masa di Perwaja, crowd cecah 30 ribu! gila apa 30 ribu? ngalahkan konsert led zeplin dah ni..situasi sama masa di padang kota. ramai remaja, student, mat rempit, belia, yg jobless mcm aku..macam-macam laa.. acara seblom2 ni pon sambutan hangat sentiasa.. Alhamdulillah.. seronok tengok
tapi aku harap moga ini menjadi turning point untuk kita, untuk aku sendiri, muhasabah & terus istiqamah dalam menghadiri majlis ilmu. tak guna kan kita semata-mata sronok gelak-gelak masa kulyah, tapi takda output pon untuk kita. sia-sia kita susah payah mai jauh untuk dengar kulyah, smata2 nak dengar lawak ustaz azhar, tapi ilmu yang tersirat di sebalik jenaka tu kita tak ikut satu pon..
tak guna kita show off dalam fb jugak, post sana sini youtube ust azhar, yang kononnya sekadar nak orang tahu kita suka perkara-perkara agama...tapi hakikatsebenarnya kita jarang sangat nak jejak surau depan rumah untuk solat jemaah. nak dengar kulyah jauh sekali.
apa gunanya? ini satu perkara menyedihkan. sangat menyedihkan. apa yang dikejar sebenarnya? glamor? nama? respek? atau sebab skarang memang trend ust azhar, jadi kita kena ikut trend?
ingat pesan ustaz, apa tandanya Allah sayang kita? tanda Allah sayang kita, bukan Dia bagi kita kaya, banyak duit, umah & kereta mewah.. tapi tanda Allah sayang kita, bila ada majlis ilmu, ada kulyah, ada ceramah agama, kita rasa seronok untuk hadir. kta rasa rindu nak dengar kulyah. kita sanggup beli kitab, blajar sampai habis. kita susun jadual harian kita, supaya kita boleh attend majlis2 ilmu...
itu sebenarnya tanda Allah sayang kita. apa guna rumah mewah, kereta besar, tapi bila ada ceramah, kita sekadar duduk depan tv besar kita aja? akhirnya kita mati sebagai manusia yang lalai, tolak hukum Allah.
masyaallah.
jadi kita pilih dimana letak duduk nya diri kita. aku pon bukan bagus sangat. bertahun dah slalu p ngaji, ibadah tak tara mana jugak. kluar umah stokin tak pakai jugak. cuma sekadar mahu kongsi ilmu. moga2 kita jadi manusia yang lebih baik dari masa ke semasa.
penuhkan lah majlis ilmu di surau dan masjid berdekatan umah kita. kuliah subuh, kuliah magrib, BANYAK sebenarnya tapi cuma kita yang pura-pura tak nampak. kerana yang kita kejar bukan sekadar daei dan ustaz, tapi ILMU
till then, assalamualaikum
0 comments:
Post a Comment