Pages

0

picture of the week [fri, aug 21, 2009]
MidairJovanee Jarrett of Jamaica competes in the women's long jump qualification during the world athletics championship at the Olympic stadium in Berlin.
i cought that @ TIME.COM.
0
i'm counting days..
its Ramadhan 7 now..
how fast the days flew..
perhaps none of the people bother..
more to their business and what to have during bebuka..
sounds silly..
its Ramadhan..but people just bothering about foods..
but probably ramadhan ni is where Allah says, '4get food n remember ME'..
yeah..i'm tazkirah-ING maself..

just got a text message from my superDAD..
"manusia itu jika ia tahu apa yang ada pada bulan Ramadhan, nescaya ia akan minta semua bulan dalam setahun itu adalah Ramadhan.."

Tq ayah..walopon ayat ada skit trabor..tapi makna yg tersirat tu tetap sampai kat hati anak ayah ni..

till then, happy fasting...
0
PELUDAH BAHASA

Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa-
insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah.

Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana.
Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit:
Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya.

Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya;
pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas.
Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa;
masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah.
Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya.

Tapi, kuasa tersangat nikmatnya-darjat dan harta sebuah buana.
Lalu, dalam lagu gema ternyaring giginya berubah menjadi taring.
Leluhurnya kini damai di kubur, dan sayang, dirinya meruncing takbur.
Terakhir, dengar kisah lupanya – semua dangkal kecuali dirinya.
Terakhir, merebaklah bongkaknya sebagai peludah bahasa Ibunda.

Tak lagi dirinya budayawan desa, pembela bahasa tidak juga.
Kini dia niagawan haloba pemburu kuasa paling selesa.
Memang bukan lagi cucu desawan; segebu dirinya kuasawan.
Dilupa Syair Siti Zubaidah dan tidak dikenal Hikayat Hang Tuah.
Sangatlah selesa dan bangga-dirinya tulen peludah bahasa.

A SAMAD SAID...
0
pekerja TNB yang ku rindu..
:p
0
aku mahu menulis lagi..
persetan kan siapa yang mahu membaca
yang penting aku mahu tulis
biar tenang jiwa...sedikit..

aku perlu kuat
hari ku tak selalu cerah
memoriku tak selalu indah
tp aku masih mampu berdiri..
bisa..hingga kini...
tapi...hanya AKU tahu sengsaranya..
hanya aku...

manusia berubah..
aku juga berubah..
dia?mungkin dalam sessi perubahan..
wind of change bak kata scorpions..

perubahan??
sebabnya mungkin berbeda..
berubah dari segi apa?
pemikirannya kah? kematangannya kah?
atau hanya pada nama??

kami berubah..
aku dan dia..
yaa..aku akur dengan perubahan itu..
itu perubahan apa? namanya apa?
aku kurang pasti..

kematangan mengubah kami..
komitment hidup juga mengubah kami
dan kini..kemajuan teknologi bakal mengubah kami..
sekali lagi..
tp aku tak sekuat itu..
aku masih perlu masa
masa yang kritikal untuk trima angin perubahan ini..
ini perubahan apa????gelarnya apa?
aku masih kurang pasti.....

lantas...
haruskah aku biarkan saja?
peritnya aku tidak mampu!!

aku lakukan semua..
semua yang aku fikir wajar..
walaupon rasionalnya 100% pesong..
terkadang aku sesal..tp sesalku hanya sementara..
begitu smentara..

i give you respect
all i want is just a respect from you..as a return..
i love you..and all i want is just you love me back..
i know you do your best..
itu buat aku lemah!!!!!

jalanku masih panjang..
mampukah aku pikul hingga ke hujung??
aku takut bermain angan..takut memakan diri
tapi aku cuma manusia..
kekadang bagai anak kecil yang punya angan dan cita2..

mula dari saat ini..
ku letakkan diriku dalam landasan sendiri..
ciptaan aku sendiri..susur beloknya aku tentukan..
dan kamu..dalam landasan kamu..susur beloknya hanya kamu tentukan..
persetankan andai rupa litar kita berbeza..
asalkan..
kita bertemu di garis penamat yang bersama..
nahhh..aku berangan lagi....
2
aku rindu.......
rindukan rumah..
rindukan mak ayah..
rindukan adik2...
rindukan masa bersahur..berbuka..

aku rindukan dia...
rindukan tawanya..
senyuman raganya...
perhatiannya..
ohh ketahuilah...aku rindukan kamu..
cubalah kau mengerti......

sampai bila?
sampai bila harus ku tanggung rindu ini?
rindu yang tak dapat diluah..
tapi menegrtilah..
aku rindu..

aku lelah
lelah menaggung rindu..
letih sekali...
kuatnya aku..hanya pada nama
lemah bila dicengkam rasa yang dipanggil rindu
siksanya jiiiwaaaaa

arghhhhhhhhh...
hanya 24 hari..
tak bisa kah aku menunggu??????

hanya perlu........menunggu...........
mampukah aku??
0
yg paling ceruk itu aku..
12345..nombor 5..seblah aku itu Dato Sri
[people call him like that]

Menulis lagi..
Mood msih di Miri..masih ada 3 entry untuk itu. Banyak yang ingin dikongsi bersama semua. Aku mulakan dengan isu politik?boleh? kerna ini subjek kegemaran…

Seperti yang aku mention pada entry lepas..pengalama mengiring seorang menteri adalah satu pengalaman yang berharga..entah apalah kebaikan yang aku dah buat..Allah balaskan dengan perkara itu..mungkin dari doa ibu di kampung..mungkin belaka..
Jadi kami berkongsi rumah..berkongsi bilik air, juga berkongsi ruang makan..kami sempat berborak, bersalam mesra, dan minum kopi bersama…biar betol?

Ya betol laa..bukan nak riak atau apa..Cuma, apa yang perlu disingkapkan [dari pandangan aku, seorang yang berbeza fahaman politiknya], dato seri ini memang seorang tokoh yang mesra dan layak dipuji sebagai seorang pemimpin..Lupakan perbezaan fahaman politik kami..kami tahu akan hal itu..[disebabkan hal t-shirt pada entry lepas]..jadi aku masih bisa diberi peluang untuk menyesuaikan diri..dalam satu bilik tamu bersama beberapa orang dato', Tan Sri, Dr dan orang yg agak berpangkat..aku juga dibenarkan bersuara..Cuma..suara aku begitu minor..dalam erti kata lain, ya.. aku dihentam! Tapi masih juga diberi ruang untuk bersuara!!..kan memang itu nasib minority..kalo x, Greenday xbuat lagu kan..

Itu perkara wahid…berganjak ke perkara seterusnya..bila orang yang tinggal di kawasan paling remote di Sarawak berbicara tentang politik..bunyinya begitu asing..sumbang dan melulu…namun atas rasa hormat, aku diamkan aja..Cuma, ada aku tekan kan sesuatu…dengan nada jocking2 bila mengutarakan isu AKU-SOKONG-PAS..“yes I’m..but not that obsess..”…itu ponn kerna bimbang aku dianggap racist..atau extreme agama..itu saja..

Sumber utama mereka hanya satu – TELEVISION..dialognya juga seperti pembaca berita bulletin utama tb3..sebijik dan bulat2..jadi kawan2, tidak hairan bila Parti yang selalu keluar TV dianggap paling molek oleh kaum ini…itu konklusi lemah dari aku, tapi..itulah konklusinya untuk perkara ini…tiada internet. Golongan terpelajar sudah jauh meninggalkan kampung..yang ada hanya golongan veteran..old skool bak kata orang muda..tapi, mereka tetap berpolitik, berpesatuan..walau jauh di ceruk bukit..

Seterusnya..perbualan aku dan uncle dalam kereta..uncle Thomas, adalah SU kepada President Parti Rakyat Sarawak..sebelum itu, uncle bersama parti PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak). Perjalanan yang jauh kadang bikin aku rasa bosan..panorama bukit bukau yang dibikar dan ditarah sesedap rasa..bikin hati pedih..panas..lantas mengutarakan soalan2 silly kepada uncle Thomas..yg super cool bak kata orang putih celup mcm aku…


“kan uncle ckp nak masuk PKR ari tu..?”…aku pendekkan cerita..lelah nak tulis dari mula..Isunya bukan disitu..tapi disini..Ok teruskan..heh..aunty yg jawab… “memangg..PKR sini kuat. Anwar jugak kuat. Ramai sudah kawan2 uncle yang masuk PKR..” nahh… satu jawapan maha jujur dai golongan politician Sarawak..itu kepastianku!

Lepas tu apa jadi? Aunty jawab lagi..[memang PA yg bagus].. “nak aja kami masik PKR dikk..asal Anwar Berahim kasi business..mauk aja..kami pon mau survive..”


Yes..dan itulah jawapannya..business..n survival politik..itu yang aku sebut dalam entry lepas sebagai ‘berbedanya ideology politik aku dan mereka’..kerna?


1. Ada orang berpolitik untuk business
2. Ada orang berpolitik untuk berjuang menentang kerajaan yang zalim..dan bangkit dri ditindas
3. Ada orang berpolitik untuk agama..

Jika uncle Thomas masuk PKR, kami mungkin bernaung bawah payung yg sama, tetapi ideology dan niat kami adalah berbeda..Itu konklusinya untuk entry ini…setuju?andai tidak utarakan pendapat..jika x faham, dibenarkan bertanya..sekian
0
مرحباً يا رمضان
Marhaban Ya Ramadhan...
Alhamdulillah..dengan izin-Nya, aku dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan..bulan yg mulia dan penghulu segala bulan..dimana permulaannya adalah rahmat, pertengahannya pengampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka...1001 rahmat yang Allah janjikan kepada umaT Nabi Muhammad...SAW..


Tahun ini masih seperti tahun yang lepas2, bersahur, berpuasa dan berbuka jauh dari keluarga di kampung..apa pon, amalan tetap ku teruskan..malah semakin kuat tahun demi tahun menghadapi segala cabaran di rantau orang..moga dikurniakan kesihatan yang kuat bagi memikul amalan puasa tahun ini..insyaallah..


Kepada rakan2, salam ramadhan..selamat menjalani ibadah dengan tenang dan ikhlas..andai ada salah dan silap, terlebih dahulu kupohon ampun dan maaf..harap dapat bersua di hari lebaran kelak..jaga diri jaga kesihatan...
0
Page dalam blog ini masih dibawah penyelenggaraan...

maaf atas kesulitan yg dialami..

tq...
0
BERMULA DENGAN KISAH INI....

malam pertama ni Miri..dan kisah lucu lagi kontreversi ini pon bermula...
alkisahnya...tak ada baju tidur! lantas bertanya pada aunty si tuan rumah..merangkap ibu sahabt baik ku, dayang azra.."aunty, ada tshirt tidur?" bertanya aku menebalkan muka...
"tshirt tidur nad kaler hitam..takut nyamuk pulak..huhu" muka aunty nampak serba salah..tekejut pon ada..sebabnya?perbezaan saiz barangkali..aku bersaiz S dan aunty...erm..mungkin XL...hehe..
"ok nanti aunty cari.."lantas masuk ke bilik seblah..kurang 10 minit, masuk semula dengan satu tshirt putih-biru di tangan...
"ini jak yg paling kecik dikk...baju aunty semua besar2.."
"eh xpe aunty..mcm na pon xpe.." sambil tangan dengan konfiden membuka lipatan..emm baju baru..tapi.......
tertera jelas - BARISAN NASIONAL.....erk..
senyum...tp ada suara sumbang di blakang..yg aku pasti suara itu milik Janet Chong.." tapi nad sokong PAS aunty..."
adoihhhh....mcm mana nak react nih???dan tawa terus berderai...kuwang asam punya janet!!!!!!
dan bermula saat itu, kisah aku-sokong-pas dah menjadi isu hangat..kepada kawan2 uncle, even dato seri, n seisi umah panjang sg asap...
[kisah seterusnya menyusul kemudian....]
4
1001 MEMORI DI TANAH MIRI
Alhamdulillah..doaku pada entry yang lepas termakbul jua..5 hari di Miri, tahap kesihatan sangat sempurna. Special thanks to MADU CIK TON kerna berjaya menguatkan antibody anak dara dia yg sorang nih..muahaha
Orite..cukup setakat itu untuk promosi MADU mak aku...nanti promote lagi…
5 hari di Miri, agenda seharian padat sekali. Berpeluang mengiring Dato Sri James Jemut Masing, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, bersama Persiden PRS Miri uncle Richard dan beberapa politician lain ke satu majlis penutup di Rumah Panjang Belaga...aduh..satu pengalaman berharga yang sangat2 mustahil untuk dilupakan.. Satu entry khas untuk itu nanti..title nya mungkin “berbedanya ideology politik aku dan mereka..”..tp mungkin jua berubah mengikut mood semasa..ngeh2..ada sesuatu yang perlu disingkap!

Agenda lain..hmm..melihat sendiri telaga minyak Petronas & Shell di Miri..yes, Miri adalah bandar minyak..dan hanya dua jam perjalanan dari Brunei.. sayang tak ada passport!!!
Standard of living di Miri agak tinggi berbanding Kuching…opss…mungkin ayat ini perlu didahulukan – Miri adalah Bandar kedua termaju / terpesat selepas Kuching..jadi bagi orang ber-DUIT di area Borneo, andai tak ke Kuching, boleh jugak berjalan-jalan di Miri..dan begitulah sebaliknya..
Sambung..
Kenapa std of living di Miri tinggi?? sebab yg aku boleh find out buat masa ini – dekatnya perjalanan Miri – Brunei n besarnya jurang matawang RM dan $Brunei…sedollar = 2.40 hingget Malaysia…bayangkan! lebih double n almost triple...[mcm kita g indon & mcm org S’pore g Johor…] got it?

One more thing..mungkin sebab lambakan pekerja shell n petronas yg kaya2 kan Bandar Miri..menjadikan kadar inflasi terus melonjak..biase le beb..engineer2, geologist2..yg mostly dari semenanjung..Banyak engineer ensem2 tuu..sob sob..
[sempat jumpa di rumah panjang..muehehe..shuuuu..t abe zol jeles]

Aha..itu satu hal…mungkin akan ada 1 entry yang bagus untuk dikongsi..topic pembakaran hutan..sebab aku perpeluang menyusuri satu perjalanan ke Empangan Bakun, 5 jam driving, yg jalannya MASYAALLAH… dan berselisih dengan lori2 balak yg bukan sedikit muatan kat blakang tu…nanti kalo ada masa insyaallah ada entry untuk itu beserta gambar..kalo x, nanti balik raya jumpa aku n aku crita..buat presentation..keke.. [teruja nya saya..!!!]
Ada 1 menda lagikk yg ingin di-hilite…agak menyentuh emosi..agak sensetif juga..tapi…aah, pendek kata ada 3 entry berasingan untuk trip ke miri..tp bukan mcm day1, day2 n day3..tu dah jadi dairy..busan pulak..cara penulisan mcm gini sebenarnya diinspirasikan darp blog kat page TI JAH..haha..sangat masyuk dengan jiwa…harap lu org x kisah..

Till then…layan la beberapa view dari Aribus AK 6541 ni. sebab aku baru landing tadi..basuh baju 3 timba..n mata x dapat layan blog lagik…izinkan aku berundur..salamzz!





0
Sangat terganggu dengan berita ini:-

"...Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban akibat penyakit itu meningkat kepada 38 orang, dengan 270 kes jangkitan baru menjadikan jumlah jangkitan 2,253 kes setakat ini..."
Berita Harian, 2009

dan lagi...

"...Mengenai situasi global,sehingga kini jumlah jangkitan H1N1 di seluruh dunia mencecah 208,990 kes dengan 1,716 kematian di 174 negara iaitu peningkatan 835 kes dan 28 kematian berbanding hari sebelumnya..."

sumber yg sama

dan baca pula yang ini..

"...The World Health Organization predicts 2-billion people may become infected globally. That’s a third of the worlds total population..."

[poetic mood ON]
mampukah kita berlari?
sedang babi berhingus mula mengejar?

atau kita hanya mampu berserah..
membiarkan diri diratah..?



being away to MIRI for 5 days....harap semuanya selamat..dan dilindungi Allah..
aku tak mampu berlari..hanya kerana ia kuat mengejar..
walau hidup ini sangat celaka...ia tetap kehidupan..yang perlu diteruskan....

Ya Allah..izinkan aku terbang melihat keindahan ciptaanMu...
Kurniakan aku kekuatan itu..kerna ramai yang sedang menunggu....[poetic mood OFF]

0
gambaran sebenar..
penyiksaan ..
and muka2 orang tak cukup udara

gambar ini jelas menunjukkan
ke-pucatan + ke-pancitan..
hua..hua..

dan akhirnya letih setengah mati itu
dibalas dengan satu panorama indah memukau pandangan
subhanallah...
4

Trip ke Gunung Gading - tercapai juaa....

tarikh: 9 ogos 2009 [ahad yang berkabus]
hari yang dinanti
kini bertukar menjadi kenangan
ada manis..dan ada pahit
namun bakal segar dalam ingatan


my ONE MALAYSIA friends
yang sudi meluangkan masa berhibur di kaki gunung
walaupun hanya sehari bersama
but yes..it takes like forever
maklum la..pertama kali mendaki
keh..keh..

sahabat sahabat yang setia
indahnya dunia bila bersama!!

dah akhirnya..

gunung gading ditawan jua....

alhamdulillah..

[more pics @ my facebook]

0

mari menyanyi..!

The Show lyrics by Lenka

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why
Slow it down, make it stop
Or else my heart is going to pop'
Cause its to much, yeah its a lot
To be something I'm not
I'm a fool, out of love'
Cause I just can't get enough
I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why
I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go
And just enjoy the show
The sun is hot in the sky
Just like a giant spot light
The people follow the signs
And synchronize in time
It's a joke, nobody knowsthey've got a ticket to the show.
Yeah, I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why
I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go
And just enjoy the show
Just enjoy the show
I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze, and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone
I've tried, but I don't know why
I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down
I know, I've got to let it go
And just enjoy the show
Just enjoy the show
dum de dum, da dum de dum
and just enjoy the show
da dum de dum, da dum de dum
and just enjoy the show
I want my money back (3x)
Just enjoy the show
I want my money back(x3)
Just enjoy the show

nothing to do...

assalamualaikum...

beku lak tangan nak menaip..lately, asik mengikuti perkembangan demo kat sogo..
aduh...ralat sungguh tak dapat join demo tuu..seriously, aku memang rasa terpanggil untuk turut serta andai masa dan keadaan mengizinkan..tanggal 1 ogos 2009 mungkin akan jadi satu hari yang bersejarah..we never know..n i want to be there..seblom ni dah keciwa tak dapat join demo PPSMI..n this time ISA pulak..
at least nanti bila ada anak, boleh gak aku story.."mummy, pe jadi mase 1 ogos 2009?" and aku ada jawapan untuk itu.."mummy wuz there.."
aku tgok tb3 x sudah2 mengutuk orang yang berdemo ni..diperalat oleh pembangkang la, bukan budaya kita la, rugikan suma orang and everything yang teruk2..kalau kita hanya mendengar dan menerima..mungkin hampir termakan dengan ideologi tuu..tp sometime kita kena jugak fikir di sebalik ape yang pembaca brita tu cakap..
by the way....kenapa orang berdemo?????perkara ni yang patut difikir...
orang malaysia dah suka berdemo skarang..sebab suara mereka dah tak didengari oleh kerajaan..ni bukan pertama kali pon orang nak akta zalim ni dihapuskan..tapi kerajaan tanak..y?
sebab untuk jamin keselamatan..fine..then kenapa tahan diorang tanpa bicara?ske hati kurung orang 2 3 tahun...ape salah org tu?ok kalo salah, then y tanak ikut prosedur mahkamah, ada lawyer and everything...??kalo betul de salah..kalo x salah???
simple kan???tu sebab orang anggap akta ni zalim..ia diwujudkan oleh seorang diktator yang tak boleh terima teguran..mase tu gov is always rite kan..but this time no more!
bila difikirkan balik...mungkin akan ada lebih ramai penentang kerajaan andai akta ini dihapuskan..sebabnya?orang dah tak takut nak tetang kerajaan, and dare to say everything, demos everywhare..cuz tak ada lagi ISA...akta ni, just like 'kes naya' lah...bila somebody come to ur house n says, anda ditahan..!
tp itu dulu..sekarang dah ramai yang ada kesedaran..thats y since PPSMI, orang dah tak takut nak berdemo..ini bukan budaya kita??sound silly..berbelas tahun blajar sejarah..masa orang melayu nak menentang Malayan Union, apa kita buat??berdemo jugak kan??bawak jugak kain rentang tepi jalan "HAPUSKAN MALAYAN UNION"...rite?? sket sebanya, ini MEMANG budaya kita...bukan kita je..tp seluruh rakyat kat dunia ni..bila dah suara rakyat tak diambil kisah, krajaan gubal policy sesuka hati..end up akan berakhir kat tepi jalan jugak..macam movie V for Vendetta...inilah isu yang cuba disampaikan dalam cite tu..memang real!
Then weird laa bila peniaga cakap rugi beribu sebab demo ni..izit??mana mungkin peniaga ni rugi dengan kehadiran 10,000 orang kat pot diorang meniaga??yang buatkan peniaga ni rugi ialah bila FRU sembur air n pemedih mata..sembur asid..that sucks!!aku ase polis tu yang make thing worst..natijahnya, memang peniaga pon yang jadi mangsa...orang berdemo bukan untuk create huru hara or what..just nak sampaikan memorandum..n berhimpun untuk suarakan pendirian masing2 yang akta tu patot dihapuskan..ingt orang suka ke berdemo?hujung2 minggu baik lepak depan tv je kat umah.. tapi disebabkan kesedaran n semangat nak memperjuangkan menda yang benar, ramai jugak yang turun mase tu...n aku yakin, most of it memang anak2 muda, student2 universiti n para intelektual & professional..cuz kalo ikut statistik pon, golongan ni yang slalu buat BN kalah masa by-election..heheh
mungkin memang sudah ditakdirkan..aku disini hanya mampu memerhati..tapi aku tetap kagum dngan semangat semua orang yang join demo tu...andai ada kesempatan dalam hidup ni, i want to be part of them...
ok back to reality...untuk minggu ni, aku standby untuk ber-debate..dalam 4 minggu lagi..& ada satu tugasan untuk me-review 1 buku karya Jonathon Porritt (Capitalism: as if the worls matters)..phew..ape tuh?? insyaallah harap semua akan berjalan lancar..this becoming sabtu, planning untuk mendaki gunung gading..sebelom fly to Miri khamis depan..insyaallah..till then, have a good time!
Back to Top