Pages

Showing posts with label Kongsi ilmu. Show all posts
Showing posts with label Kongsi ilmu. Show all posts
0

Tips Kawen Yang Rupanya Agak Complicated

assalamualaikum.

Quick update. aku nak paste satu entry ni yang aku amik dari blog 'cursing malay'..cari sendiri la kat google ye. best blog dia ni. pasal politik la mostly, but ada 1 previous2 entry dia tulis pasal kawen.. nasihat2 yang jarang aku baca dalam blog @ majalah..mungkin dari pengalaman dia kot.

tapi more focusing on pengantin lelaki la. takpa, yang perempuan boleh baca, then sampaikan pada orang tersayang ye. sama macam aku slalu buat dengan zul. bila balik dengar cramah ke, slalu tanya macam ni 'tau tak tadi ustad tu kata apa..??'...so walaupon pasangan kita tu tak join, masih dapat kongsi ilmu kan..?


Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!


Step Unofficial

1. Carik pasangan.Pasangan kalau boleh cariklah yang senang dipandang,berakhlak elok,menjaga kelakuan,beradab,tahu malu,menutup aurat dan berbadan seksi macam kerengga.

2. Kumpul duit untuk hantaran dan lain-lain.Simpanlah 15 ribu.Rundingkan dengan keluarga belah perempuan jika anda kurang berkemampuan.

3. Dapatkan persetujuan wali secara lisan.Bila wali kata "datanglah bawak wakil dan 2 bentuk cincin,satu cincin risik (tanda) dan satu cincin tunang," itu maknanya harapan agak besar.Jika wali kejar anda dengan parang,janganlah sesekali cuba melawan balik.Balik rumah dan fikirkan sebabnya.Mungkin anda tak hensem.

4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah.Bertunang tu nak buat ke tak nak,terpulanglah kepada pihak perempuan.Tarikh dah dapat,usaha lah simpan apa yang tak cukup lagi.

Step Protokol dan Undang-Undang

Sekarang masuk protokol2 dan borang2. Bab protokol ni,aku nasihatkan,buat 3 bulan sebelum tarikh nikah. Ada sebabnya. Buat awal-awal takleh sebab sesetengah benda ada expired date.Buat lambat nanti pihak perempuan kelam kabut sebab pihak perempuan kena tunggu borang anda,baru diorang boleh proceed.

1. Pergi kursus kahwin!RM80 untuk kursus 2 hari.Kepada yang tidak ada pasangan,ini adalah peluang yang baik untuk anda mencari pasangan kerana jumlah peserta perempuan sangat ramai.Pastikan gadis itu datang seorang sebelum anda cuba mengayat dia.Dapat sijil,pakai untuk seumur hidup.Manalah tau lepas2 ni nak tambah lagi seorang dua ke,sijil masih valid.

2. Pegi Klinik Kesihatan Kerajaan.Buat saringan HIV.Benda ni valid 3 bulan aje.Ada sesetengah tempat kena buat appointment.Biasanya HIV test ni dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis pukul 2 sampai 4.30 petang.First come first serve basis.Datang awal sebab test kit tu limited quantity.

2. Jika anda menetap di daerah berlainan dengan alamat IC anda,pergi ke Jabatan Agama negeri anda dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan anda menerima "Borang Pengesahan Pemastautin." Isi borang itu selengkap mungkin.Tips : Jika anda tidak pasti bila dan dimana anda akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu."Takpe",kata brader Jabatan Agama hari tu,belah lelaki tak kisah sangat.

3. Jika anda seorang perantau,macam aku,anda KENA pergi carik penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim anda.Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.

4. Selepas semua borang sudah pun diisi,bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan anda.Jika anda tak kenal siapa,pastikan anda tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal.Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang anda valid.Dia pun akan cop jugak.Jika tempat anda takde jurunikah (macam kes aku),pegi ke Jabatan Agama Daerah anda.Kat situ ada jurunikah.Macam Selangor,aku kena bawak dua orang saksi yakni member aku untuk sain borang tu depan Pegawai Jab.Agama.Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.

5. Surat Akuan Bujang perlu disediakan.Pegi jumpa dengan Human Resource Dept. tempat anda bekerja dan cakap "Saya bujang,saya nak surat yang mengesahkan saya bujang sebab saya dah nak kahwin.Nasib baik ada orang nak kawin dengan saya" dan HR Dept. akan faham lah apa yang kena disediakan.

Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri anda dan hantar semua benda tadi tu.Kalau KL dengan Selangor,pagi hantar,petang dah boleh ambik balik.Apa yang anda dapat selepas semua usaha keras anda tadi?

Sepucuk surat yang membenarkan anda untuk berkahwin.Itu yang paling penting.Kerja berat kiranya dah setel.Tinggal sisa-sisa kerja aje sket lagi.Ingat!Surat ni ada expired date.Kalau Selangor,mesti kahwin dalam 3 bulan lepas surat tu keluar.Tempat lain aku tak tau.

Dah dapat surat tu,protokol untuk pihak lelaki dah setel dan konsentret untuk majlis kahwin.

Step-Step Terakhir

1. Pegi kedai gambar dan cakap nak buat gambar lesen tapi ANDA DIMESTIKAN memakai SONGKOK!Kopiah,serban,tarbus atau helmet tidak dibenarkan.Wajib ada 5 keping.

2. Dah ambik gambar,fotostat semua borang yang ada 4 keping.1 salinan untuk anda simpan.Semua yang original dan 3 salinan tadi bagilah dekat pihak perempuan.

Kenapa kena bagi yang original?Lain negeri,lain requirement,kalau tiba2 Jabatan Agama negeri bakal isteri anda nak tengok yang original,pihak perempuan ada dan boleh tunjuk.Takyah nak mintak2 dengan anda.Mana tau anda orang Pahang dan gelfren anda orang Sarawak,payah jugak nak menghantar dokumen2 tu.

Bagi jugak gambar anda bersongkok kepada pihak perempuan.Kedai gambar buat 8 keping minimum,jadi 3 keping lebih adalah untuk simpanan peribadi bakal isteri anda atau bakal mak mertua anda.

Step Penutup

Setel semua benda protokol,tibalah masanya untuk anda menghitung hari.Adakah ada aku terlupa sesuatu?Oh!Step terakhir yang anda perlu ambil dan PALING PENTING SEKALI....

1.Pegi berurut.Dan bila aku tulis pegi berurut,urut betul2.Bukan pegi mana-mana pusat Spa dan kena "urut" dengan amoi.

2. Revise balik doa dan surah2.Manalah tau Tok Kadi tanya.

3. Jaga diri baik-baik.

Harap benda ni membantu anda.Orang selalu heboh pasal baju,pelamin,dulang hantaran....tak ramai yang tunjuk ajar pasal benda ni.

*********
rumit jugak kan? kena attend kursus kawen, kena buat ujian saringan HIV...bla3...
kalau kita kerja yang susah untu dpt cuti ke susah jugak la nak arrange. kalau pasangan kita duduk jauh, LAGI susah nak arrange.

aku teringat pulak zul cakap kat aku smalam 'best wo kawen. buat kita rasa bermotivasi nak kerja. kawan abg yang baru kawen tu dah rajin2 p market beli sayuq skrang ni..."

aku gelak aja. tak kawen pon boleh pi market! asalkan tahu tanggungjawab. kan? as a husband memang tanggungjawab dia la p market. hehehe.

sebab bagi aku marriage is about commitment & responsibilities la. once u dah kawen, u're life turn from a woman to a wife. then from a wife become mother pulak. tak ikut ckp bf tak bedosa. tak ikut ckp suami, bedosa kan? masam muka pon bedosa, tidur membelakangkan dia pon dosa...semua kena consider kan?

sebab tu laaaaa aku takut nak kawen. aku takut dengan tanggungjawab yang dihitung satu persatu andai aku fail untuk sustain menda tu lepas kawen. haiyo. susah nak jadi yang terbaik dalam keadaan yang serba kekurangan ni..

but i will try. because i want to see this world with YOU, my husband! hehe. i need some time to become a gud wife, ok??!

till then, salam!

0

Dugaan Untuk Aku..?

Assalamualaikum

Sebentar lagi pukul 2 aku ada exam. tp aku tak sempat study betul2 sebab smalam perut aku tersangat sakit akibat datang bulan untuk kali ke 2 bulan ini...

huhh...pada hari pertama saat datang bulan, keadaan aku sangat tragik. betambah tragik bila aku tepaksa bangun study sambil ignore kesakitan perut yg rasanya mcm diramas2 oleh tangan ajaib mak lampir..hoho..

ini lah dugaan.

tapi apa lah sangat dugaan ni kan?

jom baca artikel ni. aku copy paste dari blog member aku.

ni origional link. ni blog member aku ;)

-teetttt-

Manusia sering mengeluh apabila diuji Allah dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan, kemiskinan dan kefaqiran. Tetapi manusia tidak pernah gelisah apabila diuji dengan kekayaan, kebahagiaan, kecukupan dalam kehidupan dan kemewahan. Itulah lumrah manusia………..anda, saya dan kita semua.

Tetapi berbahagialah manusia yang diuji dengan kesakitan, kegagalan, kekecewaan dan kemiskinan kerana sesungguhnya mereka di dalam golongan yang dikasihi oleh Allah. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w suatu ketika menangis apabila mereka tidak diuji oleh Allah, kerana takut mereka telah hilang kasih sayang Allah. Tetapi kita hari ini di saat diuji........

Maka ketika hati kita tertanya-tanya “mengapakah Aku yang diuji?” maka ingatlah firman Allah:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Tatkala diri berkata “Mengapakah aku tidak memperolehi apa yang aku citakan?” Allah berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

Lantaran disaat diri terasa lemah, nafsu telah mengalah, hidup terasa tidak bermakna lagi maka renungilah ayat Allah:

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


Ditika hati bermonolog “Bagaimanakah harus aku depani segala ini” maka Allah telah berfirman untuk mu:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

Sementara dirimu tercari-cari dahan untuk bergantung, seseorang untuk memperolehi kekuatan, Allah telah sedia ada bersamamu .....;

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129

Dan apabila kau merasakan “AKU DAH TAK MAMPU BERTAHAN LAGI !!!!!”
Maka ingatlah firman Allah.........

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya..............

" Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... -Surah At-Taubah ayat 111

Dan akhir sekali ingatlah diriku, dirimu dan diri kita semua,

“ Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

“ Ya Allah..... jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”


P/S3 - Moga dapat berkongsi ilmu ;)
7

Setel-kawen..? boleh setel ke..?? (Bahagian II)

assalamualaikum.

ok, jika anda membaca entry yang lepas, pasti anda tahu yang aku sudah tertutup hati mahu kahwin kan..? haha..untuk memberi kesinambungan pada entry lepas, sekali lagi aku sertakan satu artikel dari setelkawen.com yang memberi sedikit harapan-cahaya-sinar untuk aku kawen. atau sekurang-kurangnya berangan-angan untuk kawen..dan memadam niat untuk jadi career woman laa konon nya yang cuma akan kawen pada usia 30 tahun...haha

gila dasyat kan...sebab aku berfikiran paranoid macam tu? sebab 2 3 menjak ni aku slalu alami nighmare versi sesak nafas - sakit dada pasal kawen. contohnya 2 malam lepas aku mimpi aku berada dalam majlis kawen aku, tetiba aku realize yang aku xda baju pengantin. dalam mimpi tu aku asik pakai tshirt sambil tolong bapak aku basuh ayam & rebus kerang untuk kenduri...pelik kan? maka aku rushing drive keta ke pasaraya billion untuk cari baju pengantin pada pukul 12.45 sedangkan majlis bermula pukul 1...end up aku telah dipakaikan 1 jubah bewarna biru sebab kedai pengantin tu ala-ala muslimah la pulakk...! owhh dah la..aku tak sanggup cerita lagi. gila nighmare..!

bila aku gatai2 join website setelkawen.com, banyak la pulak artikel yang buat bijik mata aku tekeluar.. then tepaksa aku kutip bijik mata tu & masukkan balik. then proceed to the next article. muahahah.. tapi statement 'kalau takda rm20k, JANGAN MIMPI LA NAK KAWEN' memang buat aku fikir seribu kali nak kawen..huaaaa...mana dengan hutang ptptn lagi, nak beli kreta lagi..bagi duit kat famly lagi, duit pegi melancong, duit untuk spa, shopping..makan lagi....masa bila dapat kumpul rm20 ribu tu..?

arghh tertekan nya...! tp artikel ni mungkin dapat membantu aku. kena share dengan zul ni. hoho..


10 Tips Jimat untuk kumpul bajet kahwin

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting – contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded – kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi you all kerana ingat yang sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda – sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok! – Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudah addicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu – untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda – ada beberapa cara yang you all boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku – untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik – di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p


ok, tips dah ada. masalah nya dapat folo ke?


0

Setel-kawen..? boleh setel ke..??

assalamualaikum.

ok hari ni aku nak share satu artikel yang buat aku bepeluh2 lepas baca. sebab aku free skit hari ni, then bosan pulak, so aku explore la menda yang tak sepatutnya. artikel ni aku cedok dari setelkawen.com. tetiba aku ter-jadi FAN pulak kat FB sebab website ni..pergh..gila banyak info & tips menarik. walaupon niat nak kawen tu lambat lagi (dan akan jadi makin lambat bila aku baca artikel2 dalm website tu..haha) tp aku tau ramai di luar sana yang tengah planning untuk kawen kn.. jadi aku mahu kongsi;



Anggaran ‘budget’ untuk perkahwinan anda

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb…

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++… depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7. Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10. Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la…Tepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13. Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :)


so macam mana? bepeluh tak ketiak baca menda macam ni? keja kawen ni rupanya bukan senang. terlalu banyak menda yang perlu di-consider...untuk manusia yang tak suka pening-pening kepala mcm aku, elok jangan berangan lansung pasal kawen....huhu.

Update fast-fast

Salam to all..

Sementara tunggu bihun sup masak, aku mahu update blog. :)

Entry lepas sepatutny aku bicarakan tentang Fasisme & fasiq. Tapi nampak gaya aku lebih banyak melalut tulis yang tah hapa-hapa...

Jadi sementara tunggu bihun sup masak, aku jelaskan serba sedikit apa sebenarnya fasisme @ fasis... ehh fasiq pun perlu jelas kan juga? ok aku bukan orang yang pandai agama ya...tp aku jelaskan juga apa yang aku faham....

Lately memang aku mengekori rapat cerita2 politik tanah air. Jadi bila banyak baca blog, banyak term baru aku blajar.. Sebenarnya fasisme adalah perkataan untuk golongan yang menolak secara mutlak amalan demokrasi @ kebebasan bersuara. Fasis dalam pemerintahan slalunya lebih merujuk kepada sesebuah kerajaan yang berteraskan Regim... contoh pada zaman terdahulu adalah seperti pemerintahan firaun...kemudian Nazi...dan mesoillini... emm jika di malaysia? fikir-fikirkan ....

Jika di-google kan perkataan fasisme, akan ada juga huraian dari penulis buku HARUN YAHYA.. kamu kenal Harun Yahya? Jika tidak, sila ke library sekarang untuk dapatkan 1 dari siri buku beliau..!... 1 pon jadi lah untuk buat kamu tertarik dan terus akan ke perpustakaan laju-laju untuk baca siri yang keseterusnya.. *(sbb aku juga baca buku beliau di perpustakaan awam...)

Harun Yahya lebih banyak menjuruskan makna fasisme dalam ideologi Darwinis... oh pada sesiapa yang belum kenal HY, beliau adalah seorang yang menolak sekeras-kerasnya ideologi darwinisme...Tolak - beserta alasan nyata yang ditulis secara ringan-santai-mudah faham...

Sesuai untuk dummies mcm aku!
HY banyak menyentuh tentang ideologi2 barat sebenarnya... dan menghuraikan dalam buku beliau melalui gambar rajah dan bahasa mudah faham.. seolah2 menfokuskan kepada pembaca yang di bawah umur yang berminat untuk mengenal agama & tuhan mereka. Bila baca buku HY, kita tak perlu buka ensyclopedia hanya untuk tahu 'bagaimana wujudnya bumi..' setakat ini, aku fikir HY adalah penghurai perkara2 asas terbaik dalam buku2nya... sila baca untuk tambah ilmu!

Jadi untuk lebih faham tentang Fasisme, sila jangan tak sila klik web ini... :) kamu pasti teruja...!!

Pada mulanya aku fikir fasis ini bahasa arab yang seakan2 fasiq, rupanya bukan. (bodohnya...) Fasiq sememangnya berasal dari bahasa arab yang membawa 2 maksud- Fasiq Akbar & Fasiq Ashgar

1. Kefasiqan akbar (besar) yang bersifat kulli (menyeluruh). Artinya keluar dari Islam secara keseluruhan dan ini sama dengan kufur. Sehingga orang kafir bisa disebut fasiq dalam pengertian ini.

2. Kefasiqan ashghar (kecil) yang bersifat juz’i (sebagian). Artinya keluar dari sebagian ajaran Islam dengan cara melakukan dosa besar. Dari pengertian ini seorang mukmin yang melakukan dosa besar disebut fasiq atau Al-Fasiqul Milli (orang fasiq yang masih dalam agama Islam) atau Mu’min Naqishuh Iman (mukmin yang imannya kurang) atau Mu’min bi Imanihi Fisiq bi Kabiratihi (mukmin dengan imannya, fasiq dengan dosa besarnya).

*ini cilok dari blog.. :P

sudah jelas sekarang?? sila jangan terkeliru mcm aku lepas bacaini ya...

kita ubah tajuk. sementara aku mahu telan bihun lembik ala2 putu mayung...... -_-''

Hey, kamu tahu? Pemimpin idola aku Anwar Ibrahim telah tersenarai dalam global thinker? beliau di ranking ke-32.. dan aku sangat bangga. Lebih suka bila baca perenggan ini;

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

Menarik bukan?? haha...

Klik sini untuk tengok senarai penuh.

Rasanya cukup setakat ini. aku mahu makan dan terus buat kerja. minggu depan aku ada midterm exam tapi nampak gaya masih belum bersedia..

Sebenarnya aku ada 2 cerita mahu kongsi, tp biar aku hold dulu. Aku beli sebuah buku baru2 ini.

Hampir 3 minggu aku tunggu buku ini untuk sampai depan pintu...


Teruja nya bila selak, ada tandatangan penulis!!


Nampak gaya aku perlu kerja keras untuk mid-term, assignment dan PTA.
jadi buku ini aku jadi barang-wajib-bawa dalam beg
entah bila dapat habiskan...
baca bila ada kelapangan masa sementara tunggu kelas mula
huhu...

Minta maaf gambar x diedit.
tiada masa untuk itu



till then,
see ya next time
assalamualaikum..!
0

di sebalik VALENTINE


dipetik dripda: akhi mohamad


salam..buat sahabat2ku yg disayangi,di sini ana nak selitkan tntg ape itu valentine day..sbbnya tarikh tsbt smakin mghampiri utk disambut oleh psgn2 kekasih ni..msti ramai xtau tntg ini..dan mgkn jga rmi yg dh tau tapi buat2 xtau..jadi,marilah kita sma2 luangkn sdikit msa bagi mgetahui dgn lbh lanjut tntg hal ini..smpaikanlah pda yg lain agar mrka tidak terikut2 dgn ape yg diajarkn oleh org2 barat..sesungguhnya, ini adalah slh satu cara or blh dkatakan muslihat oleh musuh2 islam utk myesatkan akhlak n akidah umat2 islam n strsnya mjatuhkn umat islam itu sndri..


Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman memerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella... Lihat seterusnya..
yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova,... Sepanyol pd 14 Februari. Jasanya itu dianggap olehRatu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh
dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu.

Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya.

Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya. beliau sgt kasih n cinta akan umatnya hinggakan ke akhir hyatnya n shingga beliau dbangkitkan kmbali ktika hari phitungan( hari kiamat) nanti..

jadi, wahai sahabat2ku yg dsygi, sedarilah hakikat ini..dunia kini sudah smakin mghampiri akhirnya.. prbanyakknlah amal sbagai bekalanmu di akhirat kelak dan jauhilah kmungkaran dan kemurkaan Allah.. sbagai renungan bersama..

salam..
Back to Top