Pages

0

Ini Bulan C.h.e.n.t.a

Salam..

Jangn lupa ini bulan Febuari...
Kita berada dalam bulan cinta..

Disaat ini hati, jiwa dan sanubari aku penuh rasa cinta.
Rasa cinta pada diri. Rasa cinta pada keluarga. Rasa cinta pada alam. Rasa cinta pada sahabat.
Dan rasa cinta pada sang kekasih.
Aku mahu hidup aku terus seperti ini.
Dipenuhi rasa cinta.

Cinta itu adalah anugrah. Cinta itu fitrah.
Manusia takkan bisa hidup tanpa cinta.
Manusia menerima sesuatu dengan hati yang penuh dengan cinta.
Jadi cinta rupa-rupanya adalah keperluan.

Aku.
Aku memerlukan cinta dalam hidup.
Aku lemah tanpa cinta.
Ya...aku juga lemah kerana cinta..!!

Di saat ini, aku slalu khuatir.
Adakah cinta aku ini cinta hakiki?
atau hanya cinta berlandas nafsu?

Cinta aku.
Kecintaan aku pada usia begini..
sebenarnya pada apa? atau sebenarnya pada siapa??

Aku mahu masuk ke syurga kerana cinta.
Namun aku tahu.
Tidak kurang juga yang dihumban ke neraka kerana cinta!
Kemanakah hala tuju cinta yang aku agung2kan sebenarnya?

Aku mahukan kecintaan ku itu diredhai..
Aku mahukan kerinduan aku itu diberkati..
Aku dambakan kecintaan dan kerinduan yang sejati..
Namun layakkah aku memperoleh cinta sedemikian?
Layakkah aku dicintai oleh seorang pencinta hakiki??

Ohh adakah aku sedang mengeluh?
Adakah aku sudah mula lemas dengan cinta dunia yang aku sanjung dan banggakan?
aku sama sekali bingung..
Aku capit dengan cinta. aku lelah.

Namun masih kah bisa aku bernafas tanpa cinta?

Aku sudah jauh dari landasan.
Landasan menuju cinta yang sejati.
Suatu masa dulu, aku kagum dengan anugrah cinta yg Allah kurniakan pada aku.
Namun pada saat ini, cinta aku hanya ibarat....
aku kurang pasti....

Aku benci dengan cinta itu.
Cinta yang murah nilai harganya.
Cinta yang tanpa matlamat dan tujuan.
Cinta yang tanpa hala tuju dan pedoman.

kini hanya tinggal aku sendiri mencari konklusi..!!
Tanpa ada sesiapa yang mengerti..


arrghhhhh
aku mahu keluar....!!!!
tunjukkan aku dimana jalan keluarrr.....!!!!!!!



Jeritan batinku;
siapakah yang mampu mengembalikan nafasku dari kesesatan..??

0 comments:

Back to Top