Pages

0

Tag from SHA....by me...hehehe

ok, aku tengah bosan. nak buat entry pasal hari jadi, macam buhsan...tp boleh lihat saja gambar-gambar seksi aku bersama rakan karib siti munirah di pagi hari jadi. oh ya, trima kasih zulaihi atas hadiah quran tafsir..walaupon tiada kek hari jadi, walaupon sepotong, i tetap shayang yu!

n thank you so much untuk semua kawan2 kat facebook yang drop by untuk wish birthday aku..cayalahh!!!

jom buat tag. nak buat entry pasal FRIM tapi camera belom ready, so xde gambar best lagi..n yes, aku jawab tag ini ini di opis frim..uhuhu :)

1.adakah anda rasa anda hot?
Hell yeah! aku sangat hot sampai nak cair dah ni...nyesal aku balik mlasia..

2.update wallpaper pc/laptop anda guna sekarang?


3.cerita pasal gambar ini?

ni wall paper kat pc opis la....ngahaha

4.kali terakhir makan pizza?

kemarin dulu..makan dengan anak cucu pak cik sarif kat puchong :)

5.lagu terakhir anda dengar

syahir laa..!

6.apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?

baru kuar bilik bos..eh, bos aku ada meeting rupanya..boleh laa aku balik skarang!!!

x jadi buat tag...
zaaaassssss!!
0

just drop by..

to say..

i cries in the jungle...life sucks, but i have to move on..(without knowing what to do!)

i'm missing you zualaihi but i have to let that go..

i cant stop relying on people at this time which i hate so damn much.

i'm blur. i'm blank. my life is just floating on the air.

i miss my splendid summer. i miss the flawless moment.

n now what? i'm whining to myself about life that just started...

thanks to you waisting time reading this.

i'm stucked. s t u c k e d..n s t u m b l e d!




happy birthday to meeee...happy birthday to meeee!!!!!
m o n o l o g u e - i n g
0

oh aku ada blog rupanya..

assalamualaikum..

oh aku ada blog rupanya kan..aku dah agak kurang masa untuk menulis lately. so this time aku curi skejap masa untuk aku update;

perviously.. (on prison break....) ehehehe

1. aku ada kat kepong skrang.

2. besok ada job interview dengan sime darby

3. sorry kepada kawan2 yang tak dapat jumpa aku. bukan blagak ke apa, aku macam ada banyak plak komitmen dengan family skrang. then nak outing2 slalu pon bajet tak banyak jugak. so aku prefer dok umah je amik adik2 skolah n prepare buat resume. cuaca yang macam kat padang pasir skarng ni lagi2 laa buat aku maleh nak outing. gila cair badan aku kalo kuar ari2...so aku tunggu hari yg semua orang ada...jumpa ramai2 arr... :)

4. so now i'm stucked in kepong. stay dengan family kepong lak since my cu n pakcu off to jakarta next week. aku kena take over jadi bibik sat. heran apa, mereka meninggalkan sebuah rumah bersama ekon 24 jam beserta tv40 inci dengan astro full...oh ya, internet berkelajuan stremyx & printer colour skrang dibawah kelolaan aku juga..ha ha ha...cuma perlu tengok2 kan 2 orang cousins perempuan yang sangat senang dijaga n genius pula dalam pelajaran. so no sweat langsong ahh!! paling susah pon time nak pujuk makan ubat.thiehehe

6. oh aku belum jumpa zul pon. masing2 bz minggu ni. dah 100 bapa hari tah. tak larat aku nak kira. birthday aku minggu depan woi. tapi aku tak excited pon. rasa mcm biasa aja. no more counting2. dah bukan zaman tu dah skarang.huhu (aku rasa2 la...)

moga ada rezeki untuk aku di luar sana. i'll be back to Kedah masa awal cuti skolah memandangkan sume famly kl aku nak turun sp... till then, take care & salam.
2

Another Phrase of Life!

assalamualaikum.

mak aku slalu ulang ayat ni kat aku lately;

"along kena ubah tabiat. along skrang bukan dalam student life lagi. kena semangat, cari kerja cepat2 sebelum smangat tu hilang..."

manja kan ayat2 mak aku. nak dengar ayat2 pakcu aku di KL pulak?

"dalam 3 taun ni kalo aku denar ko gedik nak belaki, siapp..!!"

cu aku ckp lak;

"zaman skarang ni ko tak payah fikir pasal umur2 ni..orang dah tak heran dah..yang penting career. keja dulu cari duit tolong family. adik2 ko skolah lagi..."

ye ye..tah masa bila tah aku cakap aku nak kawen.

aku rasa sangat bersemangat bila dengar ayat2 macm ni..pakcu n cu aku memang pure org kl. so dah masak dah dengan hidup kat bandar mcm kl tu. bg famly aku, mmg sangat silly bila ko kawen awal2..kerja dan merasa duit hasil titik peluh sendiri lebih nikmat..

aku nak cuba dapatkan kerja cepat2. aku ada future plan untuk melancong ke luar negara besama keluarga tahun depan. insyaallah.moga Allah mendengar suara hati aku...

till then, salam!
2

jon jon jonny...!

assalamualaikum...

my jonny ends tonite.... ;)

alhamdulillah. i reached home safely. day 1 in hometown is so damn great. 2 days spending a super duper precious value time with my parents was so damn awesome. syukur.. syukur.. syukurrr alhamdulillah.

hell yeah. ada satu kecelakaan besar tlah berlaku masa aku on d way back to KL. nama aku tetiba TIADA dalam senarai penumpang. such a motherfucking system from air asia. and i'm one of the victim yang tak bernasib baik

sebenarnya last time masa aku nak booking tiket, aku dah seriuosly go through part by part. ye la sebab nak key in particular parents aku lagi..and this is my first time la selama 3 taun nak flite png-kl-kuch-kl-png what so ever...tak mungkin aku silap key in. arghhh....!!!!!

nak dijadikan trajedi, masa aku nak check in di airport kuching, tetiba akak kaunter tu bgtau nama aku tak tersenarai plak. gelabah arrr apa lagi. dah la booking number aku tak bawak. harapkan IC aja kot. setelah beberapa action yg aku buat, aku dapat tau yang nama aku sebenarnya ada dalam penerbangan pukul 5.30 tadi...apa???????

yea betol. end up bapak aku berlari2 mcm dalam amazing race untuk beli tiket baru yang berharga rm280. ffffuckk that!! celaka punya air asia. & bapak aku bagitau ada passanger sorang lagi pon jadi kes macam aku jugak bila flite dia sebenarnya retime, tapi air asia cakap dah call tapi pompuan tu ckp dia tak terima call apa2 pon..last2 tepaksa bayar tiket baru jugak.. sucks arghh. gila aku rasa nak maki hamun tony farnandez skarang n sampai bila2...hua hua.

natijahnya, aku telah dileteri ibu di sepanjang berada di epot. tapi last2 skali mak bapak aku jadikan benda ni sebagai lawak jenaka yang tak lawak langsonggg bagi aku semasa di kl dan di umah. sebab mak aku rasa sangat lawak tengok muka aku menangis mcm orang sasau kat epot sehinggakan mengulangi bait-bait ayat seperti berikut;

'menyesaiii mak tak rakam muka hang masa tuu...'

dan bila aku pulang ke kl, aku tak boleh buat lawak langsung. nanti bapak aku akan mengeluarkan kata2 pedih seperti ini pula;

'wahh...hang boleh gelak lagi nohh...kalo ayah tak bayaq tiket hang smalam macam mana?? hang rasa hang tidoq kat mana??'

kata bapak aku sambil tersengih2....ok memang tak lawak langsung.

ya memang aku menyesal, salah aku jugak sebab sangat clumsy & amik ringan menda ni. so nasihat aku, bila deal denga air asia bustard ni, sila laa print segala booking number suma. n always recheck timing flite anda...oh ya, jangan jadi panik tak tentu pasal macam aku. jadilah cool macam parent aku yang slumber sahaja deal n come out with an idea untuk beli tiket baru. dan mak aku juga sangat cool sebab menghulurkan sapu tangan sejurus selepas 5 saat aku menangis akibat panik.

malang sungguh dapat anak clumsy macam aku. dan akibat rasa bersalah, aku dengan ini akan bertungkus lumus untuk cari kerja secepat mungkin bagi membayar segala hutang piutang parent aku. dut tiket tu sebenarnya reserve untuk membeli belah di kl.tapi apa nak buat kan..ahaha.aku hampir2 dirogol oleh adik perempuan aku bila mengetahui duit beli kasut dah habis diguna untuk beli tiket. well...aku kan ALONG BUKIT BERUNTUNG.. ;)


parent aku yang cool. pic in kuching

syiok woo bercuti bersama parents ;)

pic yang mengundang cemburu buta daripada adik2 di rumah


haha.
sayangi KL seperti mana anda menyayangi istri anda..!

aku akan update lagi bila ada masa. ohh rupanya pavillion sangat menggoncang iman. sebelum pulang ke SP, aku dengan jakun nya telah ke pavillion untuk tengok wayang bersama sanak saudara di KL. ye aku first time jejak kaki kat tempat super mewah macam tu. gila tinggi kos yang perlu blanja untuk menda yang nonsence.
sebagai contoh, aku telah ter-makan nasik lemak bodo2 beharga rm8. tiket wayang pula berharga sekitar rm13. dah yeahhh...aku telah dapat 1 handbag berjenama di parkson pavi secara percuma. tima kasih banyak CU...harga asal ialah rm258. ahahaha...gila riak. of kos la kami beli selepas didiskaun!
aku kan ke kl sebelum 26mei ini untu babysit cousins aku di sana. jadi aku mahu makan dan tidur puas2 skarang...till then, salam!
0

Bila Zul Laei Menulis Blog

Salam...

malam ni aku free, kebetulan line internet laju nak mampus. aku...emm..

aku baru baca surat zul tu. memang aku dah janji dengan dia nak publish pon.. haish lemah lutut aku...layan la ye. jangan muntah sudah la.eheheh....

Asalamualaikum..

Pertama skali tuan2 dan perempuan2 jgn terkejut akan kehadiran aku dalam tempat ini..hehe..1stly aku malas jgk nak share2 dengan semua org ni..aku kan org yg pemalu…aku ada sorg awek+sahabat+kawan+teman…nak tawu ka sapa dia..tuan punya blog..hehehe..
Aku suka kat dia ni bukan sebab rupa paras…(jgn mare) tp sal hati budi dia..

Huh,benda aku plg suka ada lah di mana kami makan roti 5kupang ja 1st date..cehh..2 dluuuuu kk.masa aku pun terhoyong hayang kat mana lagi masa 2…hehehe..tp la zaman da berubah.haha


Dia telah byk mengajar aku(dah part serius)ini seriusss..byk mengajar aku erti kehidupan,byk bg aku semangat,bukan semangat untk membangun shaja tp semangat kesukanan jua..tq my dear..aku suka bila dia nagis sebab aku,e2 bermakna dia betul2 syg kan aku..tp aku bkn kejam nak bg dia nageh..hehehe..kalo ampa semua nak tao,dlu aku ingat nad@dea ni adalah yg ganas,upanya….jeng2..biarlah aku & dia yg tawu..byk perkara aku dan dia lalui selama 3taun..jauhhhh kami..tp dekat kami di hatii…

3taun yg amat bermakna sekali dalam hidup kami..pasni dia akan tempuh alam pekerjaan di mana byk lagi cabaran dan dugaan akan hadir..aku harap sangat kami dapat tempuh sama2..dia adalah seorg yg penyabar….dan suka berterus terang..aku suka part 2…tp ini nasihat ku..aku suka dia shoping..tpp ikut pada tempat dan keadaan kita..kdg2 benda 2 pkai 2,3x n last dah xguna lagii..soo 2 lah harapan aku..aku tawu dia akn lagi kuat pas ni..aku percya kat dia mcm na diapercya kat aku..mmg byk dugaan dan org2 mememrhatikan kmi..apa pun kmi akan cuba yg terbaik bg kami..

Byk benda kenangan yg tercipta…tp nak cita kat sini mmg xckup la..dia mmg ambil berat sal aku..aku asa diri disyangii…walaupun kdg2 berbeza pendapat tp last kami sehaluan..e2 perkara biasa dalam perhubungan…apa pun aku harap pas ni kami akan terus maju kehadapan…terus bertakhta dihati ku..

Last skali…
aku harap dia akan terus ada dalam hati ku…apa pun terjadi,baik maupun buruk e2 sebelum atau selepas ini adalah ketentuanNYA..kita hanya merancang dan mencuba, Allah yg akan tentukannya..amin…

sekian saja ulasan aku,walaupun xpjg tp bermakna bg 3taun ni..

jumpa lagii..assalamualaikum..zassss

********

ok2.sila jangan muntah.

aku fikir aku sedang berada di awang-awangan tadi. ini hadiah paling best kot. tq sayang. of koss laa i syang u...haizz!!

hahai rindunya~
0

Entry Terakhir di bumi Sarawak.

assalamualaikum.

what a long long week i went through. and finally here i am, menghitung detik-detik sayu untuk tinggalkan bumi sarawak. sumpah aku emo.

ok2..mari kita berblogging. memang minggu ni sangat panjang. tapi sangat singkat jugak aku rasa. YEAAH ENTRY INI JUGA SANGAT PANJANG. sila bersandar untuk mengelakkan sakit blakang... huhuu..

kerana ini entry terakhir aku di kuching...kott..

29hb lepas officially aku habis final exam. alhamdulillah. semoga semuanya seperti yang diharapkan..doakan aku berjaya dapat scroll ye kawan2..ehehe

previously . . . . . .

30th april 2010

ada slot makan-makan bersama supervisor. at first lecturer yang aku kenal since semester dua ni asik ulang ayat2 puaka berbunyi 'i help u a lot u know..without me i donno what happened to your PTA..u should belanja me la...i want seafood..i want lobster...!'

adeh..!

memang SV aku banyak tolong kami. memang jugak aku terhutang data n buku n ilmu dengan dia. memang aku nak belanja dia kalau aku banyak duit. ahaha.. so kami decide tarikh yang semua orang free untuk ajak dia kuar makan. bepeluh jugak la nak sediakan bajet lobster dia tu.. then last week ialah birthday beliau juga, so kami share2 duit beli dia kek.

supervisor aku sangat laa hepi menerima perkhabaran ini. siap nak bawak wife n sons n jiran2 tetangga lagi sebab makan free. di kala itu kami hanya mampu mengelap peluh dengin yang mula menitik2 di dahi...phew!

we are the first team arrived. semangat woo nak belanja sv.
kami telah berpakat untuk makan saja apa yang dia order.sobsob

sesi makan2 sangat cepat. aku tak sempat snap gambar lauk pon.
HO. my sv telah meng-order ketam & udang & lobster & sup sesuka hati beliau
dan makan dengan begitu berselera..ciss!

ahahh...ni la sv aku. dr. puah chin hong
padahal semasa sesi makan2 tadi dia tak sedar pon telah berlaku pergerakan duit-duit kertas di bawah meja..
macam orang exchange ganja!

HO lagi...!
of kos laaa supervisor aku yang belanja!!
haha. what a gimmick!
tq arr sir for belanja me!!

hell yeah..i'm shoo glad to be d odd ;)

1st may 2010

eh eh..dah 1st may rupanya...inilah hari yang aku tunggu-tunggu. finally. ok hari ini genap 3 tahun aku berpacaran dengan zul..alhamdulillah. moga Allah panjangkan jodoh kami. sebenarnya aku tak penah celebrate pon tarikh ni, sebab since our first date, every 1st may aku ada di sarawak. tapi zul cakap, takpa, insyaallah tahun depan boleh kot celebrate sama.

ok start tahun depan aku nak pura2 tak ingat tarikh ni. tak pon aku nak pura2 sakit...ini disebabkan laporan dari kawan-kawan aku yang outing pada hari tersebut menyatakan semua pasaraya penuh sesak. wayang full house. parking susah cari. jalan jammed. what da what???? aku rela tidur saja di rumah. sorry sayangku. mungkin kita patut tukar saja tarikh anniversary kita kepada 25hb...eh kan itu hari u dapat gaji???? ahahahah...funny..funny...

ok sebagai hadiah, aku telah request zul untuk tulis surat cinta.. tunggu la nanti entry depan2 aku publish surat cinta dia tu...semangat sungguh beliau bila disuruh tulis surat cinta. cuba aku request macam ni; 'yg, u tolong i tulih surat rasmi mintak kerja boleh...??' ngahahaha...konfom zul akan bagi 1001 alasan tak munasabah. keh2

2nd may 2010

hoyeyy..aku berangkat ke sibu untuk main. trip to sibu makan masa 6 jam naik hillux. hujan lebat di sepanjang perjalanan. sebelum sampai tu, ada 4 biji kreta terbabas. maaf, tak ada highway mcm semenanjung. yang aku boleh katakan, jalan cuma 2 lane - 1 hala ke sibu, dan 1 lagi hala ke kuching. kiri kanan hutan. ala macam jalan pergi ke Baling ikut jalan lama. macam tu la sebijik...

fuh ini baru namanya travelling! perkara paling bermakna bagi aku dalam trip ini ialah dapat duduk himpit2 dalam kreta dengan orang yang sewel.

muka tetap maintain cool ;)
walaupun masing2 macam dah nak terberanak dalam kreta tu
adoilaaaa.....
foto ini diambil semasa berenti minum di Sri Aman
nasib baik barang di blakang dah di seal dengan plastik sampah :)

ketika berenti kencing kat 1 perhentian terpencil.

gila macam dalam movie hantu.. kan slalu dalam movie2 seram tunjuk sekumpulan anak muda travelling dan singgah di motel terpencil. dan selepas itu seorang demi seorang akan dibunuh without mercy punya macam friday the 13th tuuu... ha begitulah rupa bentuk tempat rehat yang kami singgah ni. akibat takut dibunuh, kami cuma snap sekeping gambar sahaja.. :P

oh. ini gambar paling terbaik dalam hidup aku. sila enjoy.
aku snap masa ikut mak azra beli sayur di market sibu.
6 jam travelling memang rasa berbaloi je bila dapat snap gambar macam ni..
ehehe..

kesian ayam ni..
ada 1 lagi dalam facebook aku. malas nak uplod dah.

on my way back to kuching.
see see...seram x seram jalan macam ni??

eh ini gambar mabuk2 ketika karokk di sibu.

finally dapat jugak aku dengar suara merdu azra n janet. yeahh...janet telah membuat gimmick dengan memilih untuk menyanyikan lagu 'heaven' dan ketika lagu 'heaven' itu berada di pertengahan, tiba2 ayat ini pula yang keluar; 'woi bukan lagu ni laa...'

ngahahahaha....

itu bukanlah lagu 'heaven' yang janet nak nyanyi tetapi entah heaven mana tah... yang peliknya, mula2 intro tu baekk je dia nyanyi.. dah sampai tang chorus baru sedar tesilap lagu...!!

hahahahaha. walau mcm mana pon aku tetap puas hati la dengar janet nyayi lagu walaupun silap. merdu wooo!!

my purple-hill dari sibu

oh ya..nak jugak aku letak. ini buah tangan aku dari sibu. sepasang purple-hill yang berharga CUMA RM10..apaaa??
ya. cuma rm10..bersedialah untuk aku balut seluruh kaki dengan plaster supaya tidak melecet nanti...ngehehe


5 may 2010 (today)

aku dah ada di hostel. aku dah berjaya menyerahkan thesis aku pada supervisor tadi. sayu sungguh nak keluar dari bilik dia tu. dia pon muka berat hati jugak nak tengok kami keluar. eh tak la, ayat tu aku buat2 aja untuk tambahkan kesayuan. ehehe...

thesis aku dah siap dijilid

macam nak menangis aku tengok nama aku atas kulit thesis ni. tapi tahan aje lah. hopefully all the hard time will eventually paid. aku dah go through banyak menda demi nak menjayakan misi 3 tahun di sini. bukan stakat pergi balik kuliah aja. tu yang aku sayu sangat tu. harap dapat jumpa lagi la sahabat2 baik aku masa konvo bulan 10 nanti.

besok parent aku sampai. tak sabar nak jumpa jugak. untuk minggu ni tempat tidur aku berubah2 lagi. slasa lepas di sibu, rabu & khamis di kuching, jumaat insyaallah di KL, sabtu mungkin dalam train dan finally ahad di rumah berjumpa my bio2logical siblings...haha

aku tak sabar nak balik sungai petani. walau macam mana pon, orang-orang sarawak tetap di hati. ;)

go i must, return i will bebeh...!! kamek sayang kitak!

Back to Top