Pages

0

Ini Cerita Aku

1:53 Ahad

Aku nak tulis lagi.
Hari yang lepas aku tegerak hati nak baca blog ZA, dan aku sangat suka entry dia yang satu tu. Andai dia diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak2, apa yang dia akan cakap pada diri sendiri masa tu?? dan dia jawab "jangan berkawan dengan budak racist.."

Hari ni.
Aku tengok filem pendek yang jugak pasal racist. ZA jugak yang belakon. Aku faham. Bagi budak melayu yang tinggal kat kampung, sekolah di kampung..memang prasaan keMELAYUan tu sangat tebal dalam diri dia kan. Bersyukur jugak aku tk jadi macam tu walaupun aku budak kampung..!!

Jadi aku mahu cerita pengalaman antara aku, BUDAK MELAYU MALAS dan CINA BABI. Dua kaum mejoriti kat tempat aku.

Ini cerita aku.

Sejak aku tadika, hingga tingkatan 5, aku belajar kat sekolah yang 100% orang MELAYU. seingat aku, masa aku DARJAH 1..aku ada kawan baik yang beragama Buddha, berbangsa SIAM. Nama dia Kantira Indra. Jadi setiap pagi, kami pergi skolah sama2. Naik kreta bapak dia, tapi bapak aku yang drive. Jadi bermula dari situ aku ada kawan yang bukan Melayu. Tapi masa tu, cuma dia sorang. Lepas darjah 2, aku tak jumpa dia lagi sebab aku pindah skolah.

Bila masuk tingkatan satu, aku blajar di skolah asrama penuh 100% MELAYU. Banyak Melayu yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia untuk blajar kat skolah tu. Jadi di situ, aku belajar mengenali ragam orang2 MELAYU dari negeri lain. Seingat aku jugak, kami memang diterap dengan semangt kemelayuan tahap MAX, bilamana setiap pagi masa roll-call, kena nyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API..yang bila aku ingat balik lirik2 tu...masyaallah, punya lahh racist..

Bila aku di tingkatan 4 sampai 5, aku tukar skolah kat kampung.. Yang rata2 pelajar memang dari area umah aku. Kalau jauh sikit pon, sikitttt je la. Yang pasti, semua dari kedah. Semua cakap loghat utara. Itu pasti.
Skali lagi aku bergelumang dengan hidup kemelayuan. Memang layu. Kat skolah tu lah aku kenal BF aku skarang. (nanti aku crita kenapa aku sebut tentang BF aku).

Habis skolah.
Aku kerja kat satu cyber cafe. Tokey dia CINA BABI. Dia banyak amik orang MELAYU BODO keja kat kedai dia. Sebab Melayu BODO..siyess! Senang2 je kena kencing. Temasuk laa aku. Tapi masa tu aku tak laa asa kena kencing sangat sebab aku baru kuar skolah..(huhh..?) Jadi aku blajar hidup jadi kuli cina. Tapi cina ni bagus sebab dia bagi aku smayang. Lama2, aku dengan tokey cina ni jadi kawan.

Tokey ni tak laa racist sangat.Tapi dia pecaya kat aku. Dia tinggal aku sorang2 jaga kedai sampai pukul 10 malam. Mungkin dia fikir aku bodo kot.Takkan nak rompak kedai dia pulak kann?? So tiap2 malam aku jaga CC sorang2. Selang 2 kedai dari cc aku ada kedai runcit Hindu jual rempah. Anak dia nama Renga. Boleh dikatakan setiap malam, si Renga ni akan suroh kuli Nepal bapak dia hantar air tin sama murukku atau apa saja yang aku teringin nak makan dari kedai dia. Selalunya PERCUMA.

Aku penah disuruh jadi kuli jual pendrive kat PC Fair, dari pukul 10pg sampai 10 mlm aku bediri tak boleh duduk. Bila aku toleh kiri kanan, aku sorang je penjual pendrive Melayu kat situ. Kiri kanan semuaa CINA. Aku member ngan sorang amoi ni dari KL, dia jual kamus elektronik tepi booth aku. So kami lawan sapa dapat jual.Mesti laa aku menang sbb aku jual pendrive aje..haha..end up, aku dapat pujian dari tokey cina tuu..sebab pendrive aku paling banyak terjual.. :)

Jadi aku dah ada 2 kawan berlainan bangsa skarang. Tokey CC dan Renga. 2 2 pon baik. 2 2 aku suka. Eh, 3..campur amoi kamus..!

Then aku decide untuk sambung tingkatan 6. Jadi aku bertukar skolah dari 100% Melayu, kepada skolah campur yang memang seimbang gak ratio bangsa dia. maksudnya, Melayu, Cina India semua sama banyak. Bermula lah hidup aku dengan kawan2 lain bangsa. Baru aku perasan India ni banyak cakap. Bising.

Masa tu aku tak brapa suka ngan orang India. Hindu. Kadang2 badan bebau. Jadi aku kawan dengan melayu aje. mana2 aku pegi ponn, dengan Melayu. Racist kan aku??

Masa tu, aku berpacaran dengan sorang mamat CINA. Hmm...aku kenal dia kat chat room. haha... Masa mula aku berbalas2 mesej ngn dia, aku banyak kutuk orang Melayu.. (sumpah tu 1st time aku ada kawan cina). Salah satu sebab, aku tatau nak cakap apa. Sebab lain, aku tak bajet dia nak kawan ngan aku sangat..sebab aku budak melayu yang pakai tudung, tak cun plak tu.

Kenapa aku kutuk melayu kat dia?? sebab aku benci tengok gaya budak2 melayu masa zaman aku tu. dress up tah hapa2. jadi aku luahkan kat dia, dengan harapan dia tahu yang aku ni bukan sama spesis macam budak2 tu. Jadi kami berpacaran dekat 2 tahun. Masa tu ramai yang tak pecaya bf aku cina. aku pon x pecaya!! Hmm masa tu, aku tau laa sikit2, geng2 melayu aku ni slalu kutuk aku & bf cina ni. Temasuk laa jugak BF melayu aku skrang..haha. Masa tu dia bukan bf aku lagi. So aku penah tanya dia sebab kenapa kutuk budak cina tu.

Memandangkan bf aku memang tipikal malay yang tinggal kat kawasan 100% melayu, jawapan yang aku dapat agak memeranjatkan. Aku masih ingat sampai skarang. Dia cakap, lebih kurang macam ni la 'kalau kami dapat tau ada budak cina dok angkut awek mlayu, memang kami tak lepas budak cina tu..'

Maksud nya, pompuan melayu memang tak boleh couple ngn budak cina lorrr..... Aku tak salahkan dia. ini terjadi disebabkan persekitaran. So puas jugak laa budak cina tu kena kutuk ngn geng2 aku dulu. Kena 'potong' laa..and what so ever..aku dah tak ingat lagi.

Selama 2 tahun, budak CINA BABI tu lah yang ajar aku cara befikir. Dia yang matang kan aku. Emm, maksudnya, proses kematangan aku bermula dari dia..haa ayat tuu baru betul. Walaupun dia cina, dia tak penah sentuh aku pon..!! Jadi aku untung jugak sikit dapat kawan ngan dia ni. Apa2 hal pon, kena jugak cakap TQ kat dia..TQ AHSENG!

Lepas tu aku tak kapel dah ngan dia. sebab dia TERLALU matang..haha. Masa tu aku muda, aku tak dapat ikut rentak dia. selain tu, aku takut jugak dia tak dapat trima ISLAM. so aku blah.

Bila masuk U, aku dapat kawan yang pelik2. Bukan Melayu, bukan cina lagi dah. Kali ni, bidayuh, iban dan campur2..
Sekarang aku dah dekat 3 tahun kat S'wak. aku slalu fikir kenapa aku x ngam sangat ngan Malay dalam kelas aku. Selalunya yang tolong aku, CINA..smlam yang tumpangkan aku balik pon..CINA..yang jaga tempat aku dalam kelas pon, CINA..kawan2 melayu ni baik mcm tuu aje..kawan melayu yang paling rapat si Azra tu pon, mak dia cina jugak.. Jadi memang aku asa slesa ngan orang2 mcm ni.

Aku rasa beruntung jugak sebab reject UITM dan masuk UNIMAS ni..kalau x, aku lagi racist kott. Sebab member aku yang MPP penah cakap, ko kawan ngn melayu, n lecturer bagi markah pon atas dasar nak tolong melayu jugak. Aku pelik bila kawan aku yang sama skolah dengan aku dlu boleh tampal sticket 'UITM MILIK ORANG MELAYU' kat cermin kreta dia. Nak aje aku sound, weh ko ingt orang cina nak masuk sgt ke UITM tu?? sebab anak bos bapak aku yang cina tu, UUM pon dia tanak masuko ko tahu?? sebab UUM ramai melayu..aptah lagi UITM..

Betul cakap ZA, bila ko ada kat negara orang, ko takkan kenalkan diri ko sebagai MALAY, tapi MALAYSIAN. Bertapa kerdil nya diri ko bila kat negara orang..yang penting jati diri ko tu...apa guna ko sibok nak pertahankan bangsa, tapi bila tengok akhlak anak bangsa ko sendiri pon dah kemana dahh arah tuju...baru blajar kat KL, tudung dah hilang, rabut dah kaler..betapa lemah nya jati diri anak bangsa melayu skarang..tu baru KL, belum UK ke US........



Nanti untuk entry depan aku review pasal filem pendek ZA tu..tajuk nya GADOH...tungggu...!
3

Ulasan karya terpilih...

Salam sejahtra...

Ok jam menunjukkan angka 11.45 malam..hampir 12 jam berlalu untuk entry yang lepas..haha..
Tadi siang aku ada janji temu. Aku ke Jabatan Perangkaan untuk cari data.. Ya kerja FYP laa apa lagikk...!!
Lepas maghrib tadi memang punya perasaan untuk update blog, tapi memang nampak gaya perlu tunggu sampai malam....waktu puncak memang slalu ada meeting...hmm

Jadi tadi aku singgah di Popular mencari novel HATIKU DI HARAJUKU...pernah dengar? ini bukan novel jiwang, ini novel thriller dari RAM..kamu kenal RAM? kamu tahu Tombuiro? atau Mandatori?? yaa...itu semua karya RAM...Ramli Awang Mursyid... Kalau kurang pasti..sila tanya mr.google... semua buku ini sudah lama di pasaran... tombuiro aku baca masa tingkatan 3... Hatiku di Harajuku karya RAM 2006... yaa dah lama...bg yang tahu, tahu lahh...

Jadi biar aku review sedikit tentang Sepasang Kasut dan Sliper Jepun.. buku ini aku jumpa di celah-celah timbunan buku 'hard-cover' di library... hehe...

Sebenarnya buku ini bukan buku puisi. Bukan juga buku sajak. Jauh sekali novel cinta... Ini kisah tentang catatan pengalaman seorang wartawan yang diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sipidan... haha.. yaa betul..!! Penulis buku ini memang seorang wartawan. Gaya penceritaan memang tersangat laa santai dan lucu. Sepasang Kasut & Sliper Jepun banyak berlatarkan suasana di Pulau Jolo (sebut Holo) yang terletk di selatan Filipina.. yang penduduknya menganggap senjata api itu barang wajib dimiliki di setiap rumah.. dan nyawa manusia pula bagaikan barang jual beli yang begitu murah...!!!

Jadi wartawan ini ditugaskan untuk membuat liputan ke kem Abu sayyaf untuk menemu bual 21 orang tebusan.. yang terdiri dari rakyat Malaysia dan warga asing.. Jadi dari situ lah cerita bermula.. Penulis ini bagai pertaruhkan nyawa menyeludup masuk ke kem Abu Sayyaf di tengah2 bukit dan akhirnya turut menjadi salah seorang tebusan..tapi mujur jugak dia dibebaskan sebab dia rakyat Malaysia.. (walaupun bukan beragama Islam)

Selain dapat baca pengalaman, memang dapat ilmu untuk jadi wartawan jugak.. sebabnya, penulis ini ada ceritakan teknik2 dan pancaroba untuk jadi seorang wartawan yang berjaya..pendek kata bukan senang...memang bukan senanggg....!!! Secara tak langsung, aku dapat tahu sejarah pulau Jolo... memang heaven laa untuk penyelam yang suka diving!!

Jadi buku ini dah kembali ke rak buku library minggu lepas.. & aku sudah tidak berminat untuk cerita lagi... jadi aku berhenti review disini. Memandangkan buku ini terbitan lama... jadi kalau aku review panjang2 pun aku pasti tak ada siapa yang berminat nak membaca..!!

Jadi rasanya baik aku rasa cerita tentang buku-buku yang segar di pasaran. 'Ulasan karya terpilih' untuk novel Sepasang Kasut berhenti di atas... ceh.. bagi yang buat thesis, mesti tahu istilah itu...haha..ya lahh, itu 'literature review' sebenarnya...aku sumpah jadi bahasa Melayu..!

Ok sekarang mahu tanya kamu... pernah dengar laskar pelangi??
Yaa..itu tajuk lagu nyanyian band Nidji..!!
Betul..!! Tapi tahukah kamu, Laskar Pelangi itu adalah nama sebuah novel yang terlaris sepanjang sejarah sastra Indonesia?? Ya novel ini dah difilemkan tapi aku masih bingung kenapa sampai sekarang masih tak ditayangkan di pawagam Malaysia...

Sebelum ini aku dah review pasal Lashkar Pelangi.. tapi untuk kali ini, aku mahu cerita tentangg trilogi buku ini..dan yang terbaru ada sambungan yang keempat..!!! woww...!!!


*Laskar Pelangi - Sang Pemimpi - Edensor

Sambungan Trilogi - Maryamah Karpov


Fuhh...sebenarya aku sangat teruja.. heyy jangan tertipu... sebenarnya aku cuma baca karya Andrea Hirata yang Lashkar Pelangi itu saja... yang selebihnya belum..jadi bila keluar versi ke4 memang aku sangat teruja..mahu cepat2 baca yang kedua...hahaha

Aku memang terlalu ingin untuk baca sambungan LP yang tajuknya SANG PEMIMPI...tapi masih belum cukup masa..mungkin dalam sedikit masa lagi aku akan cuba cari versi pdf.. jadi sasaran untuk 'seminggu 1 buku' lepas ini mungkin tercapai..!! mungkin.....

hahahah... *aku ketawakan diri sendiri...!!




Mungkin kah tercapai sasaran aku itu? nantikan jawapan nya....




OnTarget: Mahu tonton drama Jepun 1 Litre of Tears.. tapi masih belum ada masa..walau CD dah ada atas meja.. :(
0

I See You...

Salam

Bagi yang dah tengok filem AVATAR, mesti tersenyum baca tajuk entry kali ni..
Yaa... ayat itu dari filem yang super hebat Avatar.. yang aku cuma tonton pakai laptop, versi cetak rompak, tanpa suara & subtitle semalam... tapi masih tetap terasa dan melekat dalam otak lepas bangun pagi ni.... lantas terus ke meja laptop untuk menulis...

owhh betapa aku rindu untuk menulis lagi..!!

ok..aku hanya ada 30 minit!! Jam menunjukkan angka 11.54 pagi..

(blurr skejap..)

ok.... aku sebenarnya kurang waktu utuk menulis skrang... banyak kerja yang 'on target' tak dapat aku laksanakan 'on time'...arghh... perkara yang menyakitkan..!

oh ya..aku sebenarnya mahu tulis tentang review buku SEPASANG KASUT & SLIPER JEPUN.... tap review yang dijanjikan memang mengambil masa yang lama untuk aku duduk & tulis...sebab2 nyaa??

1. minggu lepas aku jatuh sakit...rasanya 2 hari aku tak dapat fikir apa2 langsung melainkan makan & tido... masa 1st day period, perut aku tetiba sakit teramat, muntah2 pulak lagi....yg membuatkan 1 cafe tu panic...yess, we called it 'panic @ the cafe..' kekeke

lepas tu terus kena cucuk kat bont*t dan dihantar pulang naik ambulan... waktu itu sudah tidak dapat berfikir dengan waras lagi... apatah lagi duduk di study carrel dan menulis blog.... itu mustahil! jadi berlanjutan lahh jarak untuk entry lepas hingga entry tebaru...huhh

2. laptop aku pulak jatuh sakit.. hishh ini memang sangat menyusahkan... jadi mengambil masa yang agak lama untuk sembuh..dan recover....hmmm..skarang masih pening2 lalat..!!

3. aku punya dateline bersama lecturer...ok ini hal thesis. aku bergelut dengan satu software dipanggil SPSS... yang buat aku tak lena tidur semata2 takut tak sempat nak key-in data ontime... at last, lecturer dengan selamba menangguhkan dateline kami... sebab dia pon busy ngan thesis dia jugak...haha...

Jam menungjukkan ke angka 12.07..

Aku masih punyai sedikit masa....hmm lepas pulang mungkin aku akan tulis review buku tu..arghh... mungkin sudah basi juga...tapi tak mengapa..sekurang2 nya dapat jugak habiskan 1 buku untuk minggu itu...sebenarnya aku meletakkan sasaran seperti ini.. "seminggu 1 buku.."
Ye laa memandangkan aku punyai masa 5 hari untuk cuti (yg aku bangga2 kan itu..)
Tapi masih jugak tak dapat ke library untuk spend time cari buku yang bagus.....

Sebabnya...daripada cari buku..baik aku cari data untuk FYP aku...

arghhhh lagiii!!

Jadi kamu sudah tahu betapa aku sangat sibuk dengan kerja2 berkaitan kuliah..mungkin hanya ada masa untuk FB... jadi bila baca tuduhan2 liar yang mengatakan aku ni ada sifat 'pendengki' itu memang fitnah besar bagi aku... sebab aku tak punyai banyak masa untuk dengki dengan orang lain..sebabnya juga...hidup aku sudah sempurna...jadi untuk apa aku perlu dengki??

aku mahu tulis ayat ini sebagai penutup;

Andai kamu fikir saya ini dengki pada kamu, maka kamu kemukakan bukti dan hujah kamu mengenai hal itu.. atas dasar apa saya dengki kan kamu? senaraikan apa saja perkara, saya sentiasa percaya kemenangan dan kebenaran akan berpihak kepada saya...kerna yang dengki itu kamu, bukan saya..yang hati busuk itu juga kamu...bukan saya... Jadi kamu jangan fikir saya akan berganjak walau seinci pon untuk berhadapan dengan manusia seperti kamu.. dan bagi saya, bermaki-makian dalam facebook itu adalah perkara yang sangan TIDAK profesional.. jadi saya diam2kan saja...tapi tak bermakna kamu dapat memfitnah saya sesuka hati dalam blog keji kamu itu..... jadi semua orang tahu, yang tersungkur itu sememang nya KAMU ...bukan saya..bukan....


12.25. Siap menulis.
2

Sepasang Kasut & Slipar Jepun


Ini cuma entry pengenalan..
Perkara yang rasanya sangat bagus untuk dikongsi.
Tapi full review belum siap bikin..!
huhu..
Jangan lupa..
Saya ada 5 hari untuk itu...
Jangan lupa juga..
Saya ada Projek Tahun Akhir yang masih belum gerak...
adoi.


0

Kelibat Ping Ping...

Amaran: Entry ini mengandungi satu gambar yang agak "hekk ellehhh..."
Kerek ke pakai sandle PING?? Poyo ahh!!



Ok. Jadi hari ini sudah masuk minggu ketiga. Rasanya macam baru semalam daftar kolej untuk semester pertama..wooho..
Minggu ini jumpa sahabat handai yang dah bebulan TAK JUMPA..dan hasilnya adalah seperti diatas..haha..memang c****a mereka ini..tak sudah2 buat aku lupa diri.

Minggu ini buat julung2 kali aku masuk kelas EBM3023 - Entrepreneurship, Development & Inovation. *Siyes aku tak penah eja ENTRE$%^%$@#$^ dengan betul..

Dan buat julung2 kali jugak aku ber'kelas'kan bilik yang tidak pernah sekali pun aku jejak selama 5 semester di FEB. fuhh..Semster terakhir yang penuh dengan kejutan! Bilik yang ala-ala panggung wayang tu tak sedikit pun buat aku mengantuk untuk dengar lecture dari orang yang HEBAT macam Dr. Harry..It's...WOWWW!!! Lecturer ini hebat!! sangat hebat bagi aku.. *setakat ini..

Jadi hari ini aku sudah sempurnakan '2 hari penuh kelas..' & mulai besok Cik Nadira, sila cuti untuk 5 hari..!! Owhh itu umpama satu ungkapan indah [terlalu indah sebenarnya] untuk orang malas macam saya!!! Lebih indah dari ungkapan SYG AYG cayy!!ahahaha...kerek loe!!

Yang saya tahu, ungkapan in jarang-jarang dapat selepas masuk dunia 'kerja'..jadi seboleh-bolehnya saya mahu enjoyyy!!..2 bulan cuti di kedah, & hampir 4-5 bulan diminta 'bercuti' di Kuching..hahah..itu memang heaven!!!

Heyy, nanti dulu..mengapa begitu yakin??? FYP belum bergerak nih..yes, my final year project..Ok usah terlalu risau.aku perlu banyak berehat supaya dapat fokus!! tapi aku perlu update blog jugak!!! hihihi...

Jadi setakat ini dulu. Ada 1 entry pengenalan di atas!! jumpa lagi!!


Jeritan batinku??
Mujur tak demam...lepas 3 jam dalam bilik kuliah dengan basah kuyup!

Deea Kuat!

0

KAU PERGI - AIZAT..

Dari mula memang firasat aku lagu ni akan menang AJL..sebab lirik dia bagi aku memang penuh dengan 'sentimental value'...credit to PETE TEO..

ENGLISH VERSION..

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong
The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life – you’re my sweetest nightingale
But I can’t hear it here no more
And I go
I go
Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face


Ni MALAY VERSION...

Kau Pergi....

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
0

Mari Mengisi Ruang yang Kosong....


Amaran: Gambar diatas disiarkan akibat kekecewaan terlampau si penulis yang kuchiwa selepas mengetahui harga SEBENARRR Nissan Latio kat malaysia...Jadi mood agak 'swing'...perenggan 1 & 2 mungkin tiada hubung kait....mungkin.....

Ok. Hari ini menulis lagi untuk sambungan entry lepas..ewahh..

Tanggal 9 Januari, dunia berputar seperti biasa. Buat lah apa-apa saja atau jangan buat apa-apa sajalah...esok tetap masih ada.. Orang yang pergi tidak lagi dapat kembali untuk duduk bersembang-sembang dan menceritakan pengalaman hidup. Jika berbaloi untuk diceritakan, maka........ceritalah awal2 dari skarang..... [Jackson Sawatan, 2006]
I'm reading his book currently. Perlu habiskan malam ini juga supaya besok boleh pinjam yang lain..but i'm so-called to continue my writting on the previous entry..hehe :)
Actually i'm quite excited with what WILL happend on this year..somekind of a sentimental value lahh...like a splendid years of the century..hopefully it'll happen in a flawless way..Insyaallah..

Here I come in my final semester on Bechelor Degree of International Economic.. (in-on-of??) to be honest i've done it bad...and not really satisfied with the certain result of certain subjects...owhh how I wish I could turn back time.... but here it comes my last semester..where make me realised how fast was the time passes by in my life..where i'm heading to 23..which I consider it as OLD enough to face the world...

Apart from the final year - last semester thing..there will always be an empty spaces for all the memories in here..that I could not replace with any other else...memeories, friends, & people..the feeling in here where i knew sooner or later i will left is just something very hard..and valued.. Here's the place that shape my vission..!! How i wish i could stay even longer!!!
Insyallah in this 5 months time everything will come to the end..people might hate to say goodbye but..yeah..people left!people change! hurmmm....

In this becoming Mei...our relation will turn to 'year 3'...hehe..insyaallah..I always pray for that.. And my final exam will be be around also..and I'll left...yet my birthday will be next...so its 3 BIG things will happen in MEI...i wish i could hold..

Because i'm pretty sure on June I will become a job hunter...very new title for 'freshee' graduate like me...wohh...and maybe i'll fly to Sarawak again for my convo..yeahh...i can't really wait for that event... meet everyone again!!!wohoo....

So thats it...for the last few years i've been thingking about studies and lalala...having fun... hanging out.. lalala again.. hope it will remain. Thinking that I'm ready to face the world now.. with the another chapter of my life..!!!

Go i must...return i will bebeh..!! Chill!
0

Twenty Ten Here We GO!!

AMARAN: entry ini ditulis dalam keadaan suhu yang agak rendah. Anda diminta kencing dahulu sebelum meneruskan pembacaan.. TQ.

Wadda fishh~

Assalamualaikum..salam sejahtra..salam 1 malaysia..salam tahun baru...salam maal hijrah...
Meh meh kita bersalam salaman...ok ini entry TAHUN BARU aku.. Walaupon kalender menujukkan tarikh 8 Januari.. Peduli apa? ada aku kisah??? *woohoo..sound lil bit harsh there..

Owhh no..no...nadira masih cuba menjadi seorang yang cool untuk semangat tahun baru.. Entah sampai bila dapat bertahan.. :) Yess, small petty things doesnt distract me so much...Coz hey, we're in 2010 lahh...and now I am 22 TAHUN STENGAH...heading to 23?? oh my...

*dude...it just a numbers...who cares?????

IZITT????Ok so behave like you are 22 TAHUN STENGAH lahh...got my words??no?? ok laa I translate..22 TAHUN STENGAH means 22 years + half.....Hahahahaha...translation apekah???

*weyy apehal nak stress sangat ngan 22 tahun stengah ko tu??

Hai encik bintang ni tak penah nak support aku.. ok it just a numbers..2010 pon numbers.. Tapi different numbers sometimes giving us different meaning..and for me, even 2009 gave me a very sad ending..
* Yaa mehh??... Yelarrr...ko tak nampak aku nages sampai tesumbat hidung dengan hingus sendri tuuu????? 2010 appeared with a very good start..as smooth as ko START moto pegi pasar malam beli rangka ayam yang rangup...krrrrr.....

Mari bermula dengan APA YANG DAH BERLAKU; ye la since its 8th already...dan aku akan sambung dengan APA YANG BAKAL BERLAKU untuk tahun ini... wei wei banyak event kaw tahu? *apehallll...???

Ok ni part yang PAST TENSE;
err...should i do numbering??or point form??or essay??

*Numbering...sebab ko lemah essay!! SPM dpt E kan??

Hek eleh..E pon, aku amik gak SPM..ko amik ke??

Wei bila nak start daa??
ok first come first!! wohoo i'm back....back again..back in action!! I'm currently in my 2nd hometown..mana lagi kalo bukan Sarawak..finishing my last semester here..insyaallah. enjoying my 5 days holiday per week in the same room as before..same housemate as before..sob sob..

I entered class in the 2nd week.. It was my 1st...i repeat FIRST class in 2 months time where i have to face 6 hours non-stop lecture .... *hg tipu..ada stop satt laa... Ala jap je ponn...

Anddddd......after 2-months-without-doing-nothing-holidays....my extra-ordinary brain have suddently forced to work on EBI3043 Business Law and Ethics...hahahah...sumpah tekejut otak aku...untuk 1 jam pertama aku memang blank...NO...for the whole 3 hours class aku blank...B.L.A.N.K...

*can i 'fill in the blank'?

Eh bintang ko pandai cakap bahasa english ekk??haha...

Babe..aku ase subjek ni susah (sebab my uncle have took this paper before and he repeat 3 times kot) Ok aku ase paksu aku tu bodo! No no..i'm jocking!

Sudah dengan business law...aku bertukar dewan kuliah dari kampus Timur ke Barat..dari Business Law kepada GKP1073 Pengajian Warisan dan Budaya...hahah..apa punya combination la kan.. Ok part ni best.. Dalam 5 semester aku kat Unimas ni..aku TAK PENAH blajar atas tangga dewan kuliah... Skali pon tak penah..tp untuk 2010 @ semester 6 @ final year - final sem ni (insyaallah), aku blajar atas tangga...3 jam plak tu. Habes cramp segala urat saraf serta abdomen..owhhhh...
sebab kelas tu penuh arr...dah la masuk sorang2 takde geng..pandai jugak aku nak hidop upanya..hahah.. *wild wild west....

Memang patot pon la dapat cuti 5 hari...untuk recover..hakhak..
Ada lagi..slama aku blajar untuk bechelor degree ni jugak..mind set aku memang slalu berkata 'free-rider' tu adalah manusia paling keji..erkk..i mean, free-rider ni teruk arr...TAPI pada saat dan ketika hari2 terakhir aku di unimas ni, lecturer yang turun daripada planet mana tah ni ckp satu quote yang bejaya menukar mind set aku.... "lebeh baik u dapat ahli kumpulan yang FREE RIDER daripada dapat yang banyak cakap @ bossy..."

*wehh lecturer..aku ase ko sangat betul dalam hal itu...

Fuiyohh...lecturer apekah?? buat julung2 kalinya jugak...dalam sem terakhir ni jugak insyaallah, semangat aku kat Bahasa Melayu bekobar2..haha..sebab pensyarah aku ni memang mengagung2kan BM walaupun beliau adalah cikgu BI seblom ni...perghh..aku memang suspek arr kat org tua nih...dia cakap "mak bapak tu adalah 'failure' bila anak dia tak tahu cakap bahasa ibunda.." cam dia la contohnya..she blamed herself when her son never understand IBAN..see?? apa yang nak dibangga kan sangat dengan bahasa penjajah ni???

Ok..cukup untuk hal akademik...6 jam yang sarat dengan 1001 makna tersirat untuk aku.

Bicara tentang hari sebelumnya...ni aku pakai numbering sudah..nothing important:

1. Zul dah tangkap 1 kreta baekk punya..So betambah la tanggungan dia.aku bangga jugak..tapi tak la teruja sangat since tu bukan kreta aku ponn..kreta boyfriend aku je..aku tumpang je...penah la jugak pandu uji kat highway..tp still tak truja sangat sebab TU KRETA ORANG WEII...cuma bangga je ngan BF sendiri..gud gud..keep it up!!

(aku ade mngidam 1 kete ni..siyesly buat aku takleh tido.aku tak penah angau kat sebijik kreta seblom ni weh..apa yang menyedihkan, aku dapat tau harga kreta tu BAPAKK MAHAL..sial betol la..sedey sgt2..Baru nak dreaming jadikan kreta tu 1st car aku...tp cm tak affordable je. Unless aku jadi bini number 5 BUNG...mwahahaha...sengal!!)

2. Okeh pasal menda alah yang buat aku ketat hidung ngan hingus sendri tu...bitch ke hape2 je la..aku tutup buku dah. enough said.

3. Family: i've got a new family members..namanya MOHD HARITH MANSUR B. Mohd yusry.. Dajah dua..in other words, i just have another new lil Brother..wohooo..so manja sesangat..Officially aku ade 5 bradik aa kot skarang..yessza...

okeh...thats enough..untuk future tense tu nanti je aku update..ada 2 hari lagi cuti baiii...menda future ni tak bleh lebey2..nanti tak jadi kan tak pasal2 kena ngumpat...haha..


till then..have a very good days everyone..!! Happy new year..happy always!! see ya fellas!
Jeritan Batinku?
batin aku tak menjerit pon malam ni..bagoss!
Back to Top