Pages

4

Proses Pencarian Bermula

SHALOM
(Its Hello in Hebrew)

Selawat dan salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.A.W dan para sahabat.


Ketemu lagi di ruang blog. Sudah agak lama aku biarkan entry lepas di ruang teratas. Belum ada masa untuk aku update selalu. Masih dalam mood 12 Rabiulawal. Tetap setia menghadap tv, melayan cerita2 ilmu berkisarkan perjuangan Nabi S.A.W.. sebelum terlambat, aku ingin sekali ucapkan Salam Maulidur Rasul untuk semua.

Untuk kesekian tahun, kita menyambut hari kelahiran Nabi, tapi sejauh mana amalan dan sunnah nabi kita jadikan ikutan? Sedalam mana kecintaan kita pada Nabi sekalian alam? Jika dihayati perjuangan Nabi Muhammad SAW, nyata sesiapa saja mampu mengalirkan air mata.. Malah aku juga pernah sekuatnya menahan air mata ketika mendengar satu kuliah tentang perjuangan Nabi untuk tegakkan Islam..

Ohh sangat pilu rasanya bila terkenangkan kisah itu. Diceritakan ketika tubuh Nabi berdarah akibat dibaling batu, baju Nabi kotor dibaling najis..Nabi menangis akibat menahan sakit.. Lantas malaikat yang menjaga gunung dan bukit bukau turun ke bumi dan semahunya ingin menghancurkan penduduk Thaif dengan runtuhan gunung ganang...kerna malaikat juga turut merasa hiba melihat Nabi dihina. Namun atas kecintaan Nabi pada penduduk Thaif, Nabi menolak dan terus berdoa semoga penduduk di Thaif mendapat hidayah Allah SWT..Itulah Nabi..!

Rasanya sampai bila-bila pun aku mahu cerita itu terus ada dalam fikiran serabut ini... sekurangnya dapat aku simpan untuk diceritakan pada anak cucu.. :)
Bak kata entah siapa-siapa, tak kenal maka tak cinta..Jadi berkenalan lah dengan Nabi kita untuk memupuk kecintaan itu..semoga mendapat rahmat dan petunjuk Allah SWT..ameen..

Wow..deea ceritakan kisah nabi? mesti dia cilok dari page mana-mana nih...tak mungkin. Deea itu nampak macam jahil agama. dress up tah hapa-hapa...mana mungkin dia cerita kisah nabi?????

owhh aku pasti ada yang akan berfikir begitu. Maaf, aku tak ada masa nak layan fikiran rigid seperti itu.. Aku dalam proses mencari sebenarnya...Sampai bila-bila pun aku harap aku akan terus bersemangat untuk 'mencari'....apa yang aku carikan??? Itu biar aku simpan. Tapi percaya atau tidak, aku sukakan majlis ilmu..!

Aku percaya setiap manusia pasti terdetik untuk melalui proses itu... hummm...rasanya, tak perlulah dihebohkan apa yang aku atau kau dah buat untuk lakukan proses 'mencari' itu yaa .. aku tidak hingin nak cerita, dan aku juga tidak mahu bertanya. Bagi yang kenal aku dari luaran, akan fikir aku ini jahil agama.. Ya sememangnya aku jahil. Sampaikan segala gerak geri dan pakaian aku menjadi hal bagi sesetengah golongan..

kenapa? sebab pemakaian kita tak sama? Sebab baju kau labuh dan aku singkat? Sebab tudung aku tak menutupi dada seperti yang kau mahu? Lantas menjeling aku atas dan bawah? Dan segala jenis pakaian aku menjadi isu? Wahh...kalau itu halnya, memang sungguh cepat kau menilai..

Malangnya.. itulah aku.

Sila banding pakaian aku dari sekolah, keluar sekolah, masuk U, sem 1, hingga kini...ada yang berubah? Jika YA, sila jelaskan dimana...sumpah aku tak marah..!

Tudung aku saiznya sama dari dulu...maaf, aku tak berstokin bila keluar..Jauh sekali pakai inner untuk baju kurung..haha. Oh ya, aku bersosial juga kamu tahu? Aku ada boyfriend kamu tahu?? dan raamaii kawan lelaki...aku balik jam 1 pagi ya bila keluar malam...tapi tak bererti aku ini terlalu tuli...

aduhhh..sebenarnya aku tak mahu ulas panjang lebar tentang perkara ini..bagi yang kenal aku, maka inilah aku..Bagi yang belum, aku tak penah peduli jelingan sinis bila kau pandang aku dari jauh. biarlah. aku tak mahu hipokrit. buat apa pura2 baik, sedangkan di luar sana aku buat banyak maksiat?? dan buat apa pura2 nak tunjuk brutal? sedangkan memang hidup kau tak pernah kenal itu semua??

Jadi buat lah apa saja, asalkan berpada-pada..pergilah bersosial, asal tahu bila waktu solat. pergilah berdating, asal kau tahu batas-batasnya...pergilah ke tempat2 maksiat, tapi jangan ikut apa mereka buat. Pergilah, keluarlah waktu malam hingga dini hari, supaya kau dapat lihat kehidupan sebenar. wajah sebenar masyarakat kau sendiri...supaya dari situ kau dapat menilai..Pergilah ke konsert, dengarlah musik apa yang mereka bawa, tapi jangan lalai hingga terikut-ikut rentak mereka.. & jangan pula kau lupa untuk ke majlis ilmu untuk tingkatkan ilmu & taqwa..

Kan baru seimbang??

Jangan pula kau asik berpura menjadi solehah, sedangkan hati tak senang melihat gerak geri manusia lain. Buat apa berpura dengan labuhnya hijab yang kau pakai?andai dalam hati sebenarnya sedang memberontak..jiwa bagai sedang disiksa?? malu lah kau pada diri sendiri...

Aku juga manusia..sama juga seperti kau kann? Aku juga lemah, sama seperti kau juga kan? Pada fitrahnya kita adalah sama. Yang menentukan darjat kita disisi Allah itukan iman dan taqwa?? bukan pakaian, bukan paras rupa..apa kau dah lupa?



Pandanglah sesuatu dengan mata hati...kongsi bersama aku nanti..!!


Sampai Ketemu Lagi!!

Update fast-fast

Salam to all..

Sementara tunggu bihun sup masak, aku mahu update blog. :)

Entry lepas sepatutny aku bicarakan tentang Fasisme & fasiq. Tapi nampak gaya aku lebih banyak melalut tulis yang tah hapa-hapa...

Jadi sementara tunggu bihun sup masak, aku jelaskan serba sedikit apa sebenarnya fasisme @ fasis... ehh fasiq pun perlu jelas kan juga? ok aku bukan orang yang pandai agama ya...tp aku jelaskan juga apa yang aku faham....

Lately memang aku mengekori rapat cerita2 politik tanah air. Jadi bila banyak baca blog, banyak term baru aku blajar.. Sebenarnya fasisme adalah perkataan untuk golongan yang menolak secara mutlak amalan demokrasi @ kebebasan bersuara. Fasis dalam pemerintahan slalunya lebih merujuk kepada sesebuah kerajaan yang berteraskan Regim... contoh pada zaman terdahulu adalah seperti pemerintahan firaun...kemudian Nazi...dan mesoillini... emm jika di malaysia? fikir-fikirkan ....

Jika di-google kan perkataan fasisme, akan ada juga huraian dari penulis buku HARUN YAHYA.. kamu kenal Harun Yahya? Jika tidak, sila ke library sekarang untuk dapatkan 1 dari siri buku beliau..!... 1 pon jadi lah untuk buat kamu tertarik dan terus akan ke perpustakaan laju-laju untuk baca siri yang keseterusnya.. *(sbb aku juga baca buku beliau di perpustakaan awam...)

Harun Yahya lebih banyak menjuruskan makna fasisme dalam ideologi Darwinis... oh pada sesiapa yang belum kenal HY, beliau adalah seorang yang menolak sekeras-kerasnya ideologi darwinisme...Tolak - beserta alasan nyata yang ditulis secara ringan-santai-mudah faham...

Sesuai untuk dummies mcm aku!
HY banyak menyentuh tentang ideologi2 barat sebenarnya... dan menghuraikan dalam buku beliau melalui gambar rajah dan bahasa mudah faham.. seolah2 menfokuskan kepada pembaca yang di bawah umur yang berminat untuk mengenal agama & tuhan mereka. Bila baca buku HY, kita tak perlu buka ensyclopedia hanya untuk tahu 'bagaimana wujudnya bumi..' setakat ini, aku fikir HY adalah penghurai perkara2 asas terbaik dalam buku2nya... sila baca untuk tambah ilmu!

Jadi untuk lebih faham tentang Fasisme, sila jangan tak sila klik web ini... :) kamu pasti teruja...!!

Pada mulanya aku fikir fasis ini bahasa arab yang seakan2 fasiq, rupanya bukan. (bodohnya...) Fasiq sememangnya berasal dari bahasa arab yang membawa 2 maksud- Fasiq Akbar & Fasiq Ashgar

1. Kefasiqan akbar (besar) yang bersifat kulli (menyeluruh). Artinya keluar dari Islam secara keseluruhan dan ini sama dengan kufur. Sehingga orang kafir bisa disebut fasiq dalam pengertian ini.

2. Kefasiqan ashghar (kecil) yang bersifat juz’i (sebagian). Artinya keluar dari sebagian ajaran Islam dengan cara melakukan dosa besar. Dari pengertian ini seorang mukmin yang melakukan dosa besar disebut fasiq atau Al-Fasiqul Milli (orang fasiq yang masih dalam agama Islam) atau Mu’min Naqishuh Iman (mukmin yang imannya kurang) atau Mu’min bi Imanihi Fisiq bi Kabiratihi (mukmin dengan imannya, fasiq dengan dosa besarnya).

*ini cilok dari blog.. :P

sudah jelas sekarang?? sila jangan terkeliru mcm aku lepas bacaini ya...

kita ubah tajuk. sementara aku mahu telan bihun lembik ala2 putu mayung...... -_-''

Hey, kamu tahu? Pemimpin idola aku Anwar Ibrahim telah tersenarai dalam global thinker? beliau di ranking ke-32.. dan aku sangat bangga. Lebih suka bila baca perenggan ini;

On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, "Anything revolution -- out!" even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, "Anwar, out of 10 books, can you send back one?" So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, "We should reject this."

Menarik bukan?? haha...

Klik sini untuk tengok senarai penuh.

Rasanya cukup setakat ini. aku mahu makan dan terus buat kerja. minggu depan aku ada midterm exam tapi nampak gaya masih belum bersedia..

Sebenarnya aku ada 2 cerita mahu kongsi, tp biar aku hold dulu. Aku beli sebuah buku baru2 ini.

Hampir 3 minggu aku tunggu buku ini untuk sampai depan pintu...


Teruja nya bila selak, ada tandatangan penulis!!


Nampak gaya aku perlu kerja keras untuk mid-term, assignment dan PTA.
jadi buku ini aku jadi barang-wajib-bawa dalam beg
entah bila dapat habiskan...
baca bila ada kelapangan masa sementara tunggu kelas mula
huhu...

Minta maaf gambar x diedit.
tiada masa untuk itu



till then,
see ya next time
assalamualaikum..!
0

Bertukar tajuk...

Salam untuk semua..

Ewah.. seperti ungkapan 'ISLAM UNTUK SEMUA'

aku tukar tjuk..Fasiq & Fasisme akan ditulin dalam entry yg lain...

Alangkah bagus andai aku dapat menikmati kedinginan salji di Vancouver... mahu tonton sendiri olimpik musim sejuk di sana.. :)

Dalam masa yang terluang, minda yang agak serabut, otak tentunya tengah serabai... aku mahu tulis apa yang aku fikir, sebelum turun jogging. Hari ini seperti ari-hari lain. Aku hanya bertemankan lap top dan telefon bimbit. Ohh, aku juga ada TVcard..aku beli untuk tonton berita. Tapi nampak gaya berita di TV buat aku mual. Aku lebih suka jadikah Malaysiakini sebagai wadah penyampai berita telus setiap tengah hari...ya, aku baca berita di kala waktu tengah hari.

Bila banyak membaca, aku akui banyak tahu menda baru. Jadi untuk sehari dua ini, aku gemar follow agenda & perdebatan hal2 politik di facebook. Aku tak minat nak jaga tepi kain orang. Baca blog yang tah hapa-hapa pon rasa buang masa bagi aku. Politik juga boleh jadi perkara 'buang masa' bagi sesetengah manusia..tapi tidak pada aku..

Haha..aku sebenarnya begitu banyak masa terluang. Lepas jogging nanti, mungkin kepala tak serabut lagi dengan kerenah manusia, dan aku bisa fikir seperti biasa semula. Sebabnya, ada terlalu banyak perkara dan tugas perlu aku laksana, tapi masih belum ada mood untuk 'run' ...

Dalam sibuk membaca hal-hal politik dan isu semasa, aku belajar beberapa terminologi baru. sepeprti aku katakan pada entry lepas, aku cuba untuk lihat sesuatu perkara dalam perspektif berbeza. Mungkin akal aku kurang panjang untuk hurai perkara itu, tapi rasanya memadai kalau aku hanya hurai dalam konteks pemahaman aku..rasanya itu lebih baik. Mengapa perlu aku berlagak pandai?sedangkan kamu semua tahu aku bodoh.. :)

huh..rasanya aku perlu solat & turun jogging skarang.will be right back.aku tinggalkan blog tergantung begini.....

************************************************************************

*snap shot sebelum pulang

Bersambung ke entry seterusnya...!

0

Ini Bulan C.h.e.n.t.a

Salam..

Jangn lupa ini bulan Febuari...
Kita berada dalam bulan cinta..

Disaat ini hati, jiwa dan sanubari aku penuh rasa cinta.
Rasa cinta pada diri. Rasa cinta pada keluarga. Rasa cinta pada alam. Rasa cinta pada sahabat.
Dan rasa cinta pada sang kekasih.
Aku mahu hidup aku terus seperti ini.
Dipenuhi rasa cinta.

Cinta itu adalah anugrah. Cinta itu fitrah.
Manusia takkan bisa hidup tanpa cinta.
Manusia menerima sesuatu dengan hati yang penuh dengan cinta.
Jadi cinta rupa-rupanya adalah keperluan.

Aku.
Aku memerlukan cinta dalam hidup.
Aku lemah tanpa cinta.
Ya...aku juga lemah kerana cinta..!!

Di saat ini, aku slalu khuatir.
Adakah cinta aku ini cinta hakiki?
atau hanya cinta berlandas nafsu?

Cinta aku.
Kecintaan aku pada usia begini..
sebenarnya pada apa? atau sebenarnya pada siapa??

Aku mahu masuk ke syurga kerana cinta.
Namun aku tahu.
Tidak kurang juga yang dihumban ke neraka kerana cinta!
Kemanakah hala tuju cinta yang aku agung2kan sebenarnya?

Aku mahukan kecintaan ku itu diredhai..
Aku mahukan kerinduan aku itu diberkati..
Aku dambakan kecintaan dan kerinduan yang sejati..
Namun layakkah aku memperoleh cinta sedemikian?
Layakkah aku dicintai oleh seorang pencinta hakiki??

Ohh adakah aku sedang mengeluh?
Adakah aku sudah mula lemas dengan cinta dunia yang aku sanjung dan banggakan?
aku sama sekali bingung..
Aku capit dengan cinta. aku lelah.

Namun masih kah bisa aku bernafas tanpa cinta?

Aku sudah jauh dari landasan.
Landasan menuju cinta yang sejati.
Suatu masa dulu, aku kagum dengan anugrah cinta yg Allah kurniakan pada aku.
Namun pada saat ini, cinta aku hanya ibarat....
aku kurang pasti....

Aku benci dengan cinta itu.
Cinta yang murah nilai harganya.
Cinta yang tanpa matlamat dan tujuan.
Cinta yang tanpa hala tuju dan pedoman.

kini hanya tinggal aku sendiri mencari konklusi..!!
Tanpa ada sesiapa yang mengerti..


arrghhhhh
aku mahu keluar....!!!!
tunjukkan aku dimana jalan keluarrr.....!!!!!!!



Jeritan batinku;
siapakah yang mampu mengembalikan nafasku dari kesesatan..??
0

di sebalik VALENTINE


dipetik dripda: akhi mohamad


salam..buat sahabat2ku yg disayangi,di sini ana nak selitkan tntg ape itu valentine day..sbbnya tarikh tsbt smakin mghampiri utk disambut oleh psgn2 kekasih ni..msti ramai xtau tntg ini..dan mgkn jga rmi yg dh tau tapi buat2 xtau..jadi,marilah kita sma2 luangkn sdikit msa bagi mgetahui dgn lbh lanjut tntg hal ini..smpaikanlah pda yg lain agar mrka tidak terikut2 dgn ape yg diajarkn oleh org2 barat..sesungguhnya, ini adalah slh satu cara or blh dkatakan muslihat oleh musuh2 islam utk myesatkan akhlak n akidah umat2 islam n strsnya mjatuhkn umat islam itu sndri..


Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman memerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella... Lihat seterusnya..
yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova,... Sepanyol pd 14 Februari. Jasanya itu dianggap olehRatu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh
dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu.

Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya.

Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya. beliau sgt kasih n cinta akan umatnya hinggakan ke akhir hyatnya n shingga beliau dbangkitkan kmbali ktika hari phitungan( hari kiamat) nanti..

jadi, wahai sahabat2ku yg dsygi, sedarilah hakikat ini..dunia kini sudah smakin mghampiri akhirnya.. prbanyakknlah amal sbagai bekalanmu di akhirat kelak dan jauhilah kmungkaran dan kemurkaan Allah.. sbagai renungan bersama..

salam..
0

Dan Perbicaraan Pon Bermula

Salam to all.

oooo hoii... blog aku berwajah baru. Kali ini lebih berketerampilan..

Entry kali ini aku nak cover beberapa benda yang berlegar-legar di sekeling aku.
ok, quick update & straight to the point.

Bicara 1.
Perbicaraan DSAI dah masuk minggu ke-2.. aku sebenarnya begitu berminat mengikuti menda2 macam ni.. Perbicaraan ni menarik sebab di sini lah kita sebagai golongan pelajar/mahasiswa/pelapis/generasi baru dapat menilai sejauh mana undang-undang & demokrasi di negara Malaysia tercinta ni dilaksanakan.. adakah dengan telus dan berintergriti? atau sebaliknya.... Aku tak berminat untuk ulas panjang.. Tapi aku mahu lihat perubahan.

Perbicaraan ini umpama drama wayang yang wajib tonton.. & aku harap masih ada saki baki demokrasi di situ... Di sini tiada lagi isu politik. Aku lebih melihat isu ini sebagai isu kezaliman & ketidakadilan kepada manusia yang difitnah..!

Mari kita lihat siapa yang kena...!!

Bicara 2.
Isu politik lagi..haha.. esok kita bakal mengetahui siapa MB Perak yang sebenarnya. Skali lagi aku bukan lihat isu ini atas dasar politik semata2, tapi lebih kepada isu demokrasi yang sudah diratah-ratah.. dan suara rakyat Perak yang sudah dicampak dalam longkang. Aku mahu tahu siapa menang...!

Bicara 3.
Minggu lepas aku dengan susah payah telah berjaya mengharungi perasaan malas untuk ke majlis ilmu. Alhamdulillah.. tanpa ajakan sesiapa, tanpa iringan sesiapa, aku gagahkan jugak untuk masuk dalam majlis ceramah motivasi ni..


*Poster baekk pnyaa kat dinding..


Dulu masa aku masih mentah, cikgu aku penah cakap;

"nadira, bila masuk U nanti, kamu jangan lupa untuk mencari ilmu kerohanian. perbanyakkan usrah. sebab ilmu ni takkan datang pada kamu kalau kamu tak cari.."

Jadi aku pegang ayat cikgu aku ni sampai skrang. Walaupun aku sorang2 kat sini, memang secara relatifnya aku jarang sangat untuk join majlis usrah.. (ishh tuu semua geng tudung labuhh...), tapi aku masih tetap berminat untuk pegi surau & join majlis agama..ye, walaupun sorang2.. :)
Jadi, sila jangan nilai aku dari sudut pakaian yang 'kurang' labuh itu ye..

'Harga Segulung Ijazah' bagi seorang yang bernama Nadira rasanya cukup murah. Dari sini baru aku rasa aku ni useless. Aku ini manusia untung yang tak pernah kenal erti syukur. Aku hanyak seorang pemudi yang tak pernah menyumbang apa2 untuk agamanya..itulah aku. Aku ini masih beruntung jika dibandingkan dengan saudara Islam yang lain.. yang menempuh kepayahan hidup, berperang & pertaruhkan nyawa untuk perjuangkan tanah air...dan yang paling penting untuk pertahankan agama dan akidah..

Jadi aku mahu keluar dari kepompong itu. Aku mahu lihat dunia dalam perspektif berbeza. Aku mahu berfikir matang.. sesuai dengan usia 23 tahun aku..& 53 tahun merdeka.. Penceramah itu menyedarkan aku tetang usia muda. siapa aku pada usia 23 tahun ini? soalan yang masih tak mampu untuk aku jawab.

Aku tidak mampu untuk jadi manusia hebat lagi pada usia ini.. Cuma aku harap dapat jadi manusia yang berguna.. Kerana, sebaik2 manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada manusia lain. Jadi dengan segulung ijazah yang tak seberapa ini, harap dapat memberi manfaat pada manusia lain juga, insyaallah.

Aku didengarkan dengan cabaran yang terpaksa umat islam tempuh skarang... & di Malaysia, masalah keruntuhan akhlak, kerapuhan jati diri & sebagainya menjadi ancaman besar kepada anak2 melayu yang beragama Islam. Aku mula sedar akan tanggungjawab sosial untuk berdakwah. Cuma barangkali aku masih tidak mampu untuk menjadi seperti yang diharapkan. Jadi lebih baik kiranya aku berdakwah & perbetulkan persepsi dan fahaman aku sendiri.. sebelum aku mula mentarbiyah manusia lain. Itu lebih penting.

*memang tak ramai yang suka majlis macam ni

Jadi di saat Islam mula diperkotak katik dan dipermainkan..dimana aku? Sabda Nabi SAW 'Islam di akhir zaman umpama buih di lautan' semakin menjadi kenyataan.. Jumlah nya ramai, tapi ketinggalan dalam semua bidang..bilangan nya 1/4 penduduk dunia, tapi lemah bak buih.. boleh dilambung ke kiri dan kanan..tiada pendirian umpama lalang..




Dan salah seorang itu adalah aku..
untuk itu, adakah aku masih punyai nafas yang panjang untuk bertahan..?
-tiada jawapan-
0

GADOH (2009)

Hari ini hari selasa.

Aku nak tulis blog. sebenarnya aku baru sudah tonton drama jepun sedih tahap dewa, I LITRE OF TEARS tu..

Jadi kepada sesiapa yang belum tengok, sila dapatkan crita tuu skrang...!! siyess best nak mampos..nak aku review ke??hahah..tapi drama tuu dah lama.."tonton drama ini buat anda merasa sangat berdosa andai tidak mensyukuri nikmat hidup.." :)

Ok mari smbung kisah entry lepas..Ohh, sebelum tu nak buat sikit pembetulan. Aku bukan tuduh semua pelajar UITM tu racist, tapi cuma sebilangan aje..yang terlalu ekstrim dengan bangsa melayu ni..hmm...tapi memang bukan semua..yang aku kenal semua ok..tapi yang aku DENGAR, semua pelik2....huh..

Ok. cukup. Aku nak tulis menda lain..pasal drama GADOH (2009). Sambungan isu racist untuk entry lepas. Bagi sesiapa yang belum tengok, patut tengok. Terutama untuk orang yang ekstrim, obses & radikal sangat pasal isu bangsa ni. Main actor nya ZAHIRIL ADZIM..pelakon kacak yang pandai tulis blog tuuu...haha

Gadoh ni adalah satu drama yang cuba nak terapkan mesej 1 malaysia la. Jalan crita bermula dengan kes gadoh antara geng melayu & geng cina kat satu skolah menengah. Memang tak leh ngam langsung 2 geng ni... Oleh sebab makin kronik, jadi cikgu skolah tu mencadangkan supaya guru besar tubuhkan satu kelab teater. Jadi budak-budak jahat ni (melayu & cina) tepaksa la ikut bengkel teater tu. Bila lama2 praktis, masing2 mula ada kesedaran..bukan semua cina jahat. Bukan semua Melayu bagus! Tapi ada 1 dialog dia yang aku rasa betul; "Melayu ni bodo, blajar tak pandai pon boleh masuk universiti.."

Maksud aku, bukan statement ni yang betul...tapi mentaliti orang cina memang macam ni ponn kat orang mlayu. Jadi drama ni bagi aku, watak yang dibawak oleh plakon2 tu tak laa aku puas hati sangat, (kecuali ZA), tapi aku puji crita ni sebab kekuatan skrip dia. Apa yang crita ni cuba sampaikan memang realiti. Inilah realiti sebenar rakyat malaysia. Persepsi & mentaliti sebenar masyarakat Melayu terhadap Cina. dan cina terhadap Melayu... yang konon nya 1 malaysia ni..

Aku rasa review aku macam tak best je...
Tapi aku memang sarankan korang tengok crita ni. Mungkin tak menang award, tapi storyline dia penuh mesej walaupon cara dia lakonkan watak tu, simple aje...crita ni pon tak lama, 1 jam 15 minit je kot tak silap aku.

So sila layan ayat-ayat di bawah;

MELAYU
Gelap.
Apa yang aku lihat hanyalah kegelapan.
Mata ini untuk melihat.
Tapi apa yang nak dilihat?? Jika semuanya gelap??
Ini cerita aku. Cerita kami..
Cerita kita yang hidup dalam kegelapan.
Berikan kami cahaya, agar kami dapat melihat semula..

CINA
Kita ak buta.
Kita hanya hidup tanpa cahaya.
Yang membolehkan kita melihat.
Lihatlah sekarang. Bukalah mata.

MELAYU
Aku dan kamu, apa bezanya??
Warna kulit ka??
Bahasa pertuturan ka?
Budaya? Keturunan?? apa???
Itukah alasan untuk kita bermusuhan??

CINA
Jika ya, kami rela dibutakan mata.
Dari hidup dalam kegelapan.

Bapa saya kata, kita Cina mesti kerja kuat!!
Negara ini Melayu punya.
Melayu tak guna! tak hormat sama Cina!
Jadi saya tak suka sama Melayu.
Melayu Bodo. Pemalas. Penindas.
Aku hanya kawan dengan Cina.

MELAYU
Aku tak ada kawan selain Melayu.
Aku diajar bahawa Cina adalah Bangsa penipu!
Aku percaya..!
Jangan bagi Cina kuasa, nanti Melayu hilang negara..
Aku percaya..!!
Aku jadi benci dengan mereka.
Aku diajar bahawa Cina adalah musuh, aku percaya!!
Aku benci mereka..

INDIA
Aku tersepit.
Aku tak boleh lari.
Aku yang slalu jadi mangsa.
Melayu, Cina, hanya fikir tentang kamu..!
Bagaimana dengan aku?
Kamu ingat aku apa?binatang?
Yang tak ada perasaan?
Yang kamu boleh sepak terajang?

Sampai bila kamu mahu tolak aku?
Sampai ke dinding?
Sampai aku mengamuk, membunuh?
Itu yang kamu nakk?
Aku hanya mahu berkawan.
Hidup bersaudara.


HENTIKAN PERGADUHAN INI.



*ini skrip 'teater' dalam drama tu..
Bagi aku memang kuat mesej dia. jelas..!
Jadi kepada manusia di luar sana..fikir2kan lah..
Tak ada yang untung kalau kita saling bermusuhan.. :)


*buat ape nak gado2???bakar2???

*unite kott....


see ya..!
Back to Top